Strategi Puak Anwarinas Jatuhkan Hadi Awang
Ramai yang tidak tahu bagaimana PAS boleh terjebak dengan Anwar Ibrahim dan akhirnya menjadi pecacai PKR atau lebih tepat lagi, Anwar Ibrahim dan seterusnya DAP.
Semuanya bermula pada tahun 2003 menerusi pembabitan aktif kumpulan Anwarinas atau lebih tepat lagi digelarkan sebagai Parasit PAS. Kumpulan tersebut telah berjaya menjebak dan menjerat Presiden PAS, Hadi Awang agar akur dan tunduk kepada Anwar Ibrahim menerusi KERTAS KERJA AMANAT PRESIDEN PAS - STRATEGI 2 LAPIS.
Strategi 2 Lapis yang dimaksudkan adalah strategi untuk melunakkan PAS dengan PKR dan kemudian mengiktiraf Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Dalam Konvensyen Pilihanraya PAS yang diadakan di Bangunan Biro Perkhidmatan Angkasa Kelana Jaya pada tahun 2003, Hadi Awang telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk AMANAT PRESIDEN STRATEGI 2 LAPIS.
Kertas kerja tersebut sebenarnya disediakan dan disiapkan secara penuh muslihat oleh kumpulan pro-Anwar Ibrahim dengan penulis utamanya adalah Dr. Dzulkefly Ahmad yang juga merupakan Pengarah Pilihanraya PAS dengan dibantu oleh Dr. Hatta Ramli, Nizar Jamaluddin, Mujahid Yusuf Rawa, Khalid Samad, Husam Musa, Dr. Mariah Mahmud, Dr. Lo'Lo' Ghazali dan Kamaruddin Jaafar.
Bagaimanapun, kertas kerja tersebut telah ditolak oleh Konvensyen.
Kertas Kerja itu sebenarnya adalah untuk memulakan langkah PAS dipergunakan oleh PKR seluas-luasnya termasuklah pembahagian kerusi dalam PRU. Alasan yang diberikan adalah PAS tidak akan menang secara bersendirian. Untuk itu PAS perlu mengiktiraf Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Strategi dua lapis itu tersirat langkah untuk berikan kerjasama pada PKR seluasnya termasuk pembahagian kerusi dalam PRU kerana alasan PAS tidak boleh menang sendirian dan mengkitiraf Anwar sebagai Perdana Menteri.
Untuk memastikan rancangan mereka berjaya, kertas kerja tersebut hanya diberikan pada saat-saat akhir agar Hadi Awang tidak sempat meneliti kandungannya. Difahamkan, Hadi Awang hanya mendapat kertas kerja tersebut sehari sebelum Konvensyen bermula.
Dan Hadi Awang pun membentangkan kertas kerja tersebut dalam keadaan separuh yakin, keliru dan tidak selesa!
Selesai kertas tersebut dibentangkan, ia mula dibahaskan oleh Mat Sabu yang pada ketika itu masih lagi tidak menyukai kelompok Anwarinas bersama-sama Abu Bakar Chik. Disusuli pula oleh beberapa orang pemimpin PAS Pusat, negeri dan Dewan-Dewan yang lain.
Akhirnya, kertas kerja tersebut ditolak kerana ia dianggap membahayakan PAS dan masa hadapan parti tersebut.
Belum pernah satu kertas kerja yang dibentangkan oleh Hadi Awang ditolak oleh PAS tetapi kertas kerja yang memulakan langkah untuk membolehkan PAS dijajah oleh Anwar Ibrahim dan dibentangkan oleh Hadi Awang ditolak mentah-mentah.
Ramai yang melihat kertas kerja tersebut sebenarnya bertujuan mahu membunuh Presiden PAS dan memalukannya.
Gagal dalam cubaan tersebut, tidak menghalang kelompok Anwarinas untuk berusaha lagi dengan cara yang lain pula. Matlamat asal mereka adalah untuk menjatuhkan air muka Hadi Awang dan kredibilitinya.
Menghapuskan Hadi Awang dan meletakkan Anwar Ibrahim jauh lebih tinggi daripada Presiden PAS mahupun Mursyidul Am PAS sudah dirancang semenjak 1990 lagi iaitu menerusi kertas kerja yang disediakan oleh Shaari Sungip yang pada waktu itu merupakan Presiden JIM.

Comments