Kami Tidak Mahu MB Yang Hanya Tahu 'Bermain Kipas'

KLANG 30 Ogos - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Gerak Rakyat Arus Bawahan Selangor (GRABS) mengingatkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa rakyat di Selangor tidak memerlukan seorang Menteri Besar yang hanya 'bermain kipas' sahaja yang merujuk kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengerusi GRABS, Mohd Faisal Idris berkata, belum pernah lagi institusi Menteri Besar dicabuli sejak dipekenalkan pada tahun 1959 di mana pemilihan dilakukan menerusi pilihan raya ekoran dari percaturan politik PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup menggunakan isterinya demi mendapatkan kuasa.

"Sesiapa yang menggantikan Menteri Besar yang ini (Tan Sri Khalid Ibrahim) mesti lebih hebat daripada dia, bukan setakat alang-alang bermain kipas sahaja.

"Pada pilihan raya 1959 hinggalah sekarang di mana sistem tersebut berterusan di mana Menteri Besar yang dipilih melalui sistem pilihan raya adalah anak jati Selangor.

"Saya juga tidak pernah terfikir mana-mana negeri mahukan orang luar sebagai Menteri Besar mereka," katanya ketika berucap pada Himpunan 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor' di Padang Sultan Sulaiman di sini hari ini

Beliau menjelaskan, PKR disifatkan sebagai sebuah parti yang tidak berprinsip dan sentiasa menuding jari terhadap musuh politik tatkala berdepan dengan kesalahan sendiri.

"Mereka katakan UMNO menggunakan tektik kotor pada pilihan raya dengan cara blackout walhal mereka yang melakukan.

"Secara tidak langsung ini telah membuktikan bahawa PKR sebuah parti yang cakap tidak serupa bikin," katanya lagi.

Faisal turut menambah, rakyat seluruh Selangor perlu menanamkan satu tekad bagi mempertahankan negeri Selangor daripada jatuh ke tangan orang luar yang hanya mementingkan diri sendiri.

"Masa ini adalah masa untuk kita melihatkan komitmen dan keberanian kita semua untuk berdiri teguh supaya negeri termaju ini agar terus maju dan tidak dibiarkan untuk dirompak oleh pihak-pihak tertentu," katanya.

Himpunan 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor' diadakan bagi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menyelesaikan krisis kepimpinan di negeri itu.

Antara NGO yang terlibat termasuk Angkatan Rakyat Sedar (Aras), Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Persatuan Anak Seni Tanjong Karang, Persatuan Bekas Polis Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL