Adakah Mohon Derhaka Akan Berlaku Di Selangor?

Kita disajikan dengan senario seolah-olah Anwar cuba menderhaka kepada Sultan Selangor dengan melanggar titah perintah baginda agar setiap parti dalam pakatan rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP mengemukakan lebih dari dua calon Menteri Besar Selangor. Anwar tetap senada dengan DAP yang masih juga mahu mencalonkan Wan Azizah sahaja sebagai bakal Menteri Besar Selangor.

Manakala PAS pula mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan rayuan Anwar Ibrahim dan tetap bertegas bahawa parti itu akan mengemukakan dua nama kepada istana Selangor untuk jawatan Menteri Besar. Dalam isu Menteri Besar Selangor ini nampaknya hanya PAS sahaja yang akan mematuhi titah pemerintah Baginda Sultan.

Mereka faham bahawa pakatan rakyat tidak boleh dilihat sebagai memaksa istana dengan bertindak mengemukakan hanya satu nama sahaja. Namun bagi PKR dan DAP mereka seolah-olah berpendapat bahawa kuasa Sultan perlu disanggah.

Beberapa kenyataan telah dikeluarkan oleh peguam yang berpihak pada mereka dan seorang yang kononnya pakar perlembagaan yang mereka iktiraf sendiri mendakwa bahawa tindakan Sultan Selangor menitahkan lebih dari satu nama dicalonkan sebagai Menteri Besar adalah bercanggah dengan undang-undang tubuh negeri Selangor.

Dengan erti kata lain PKR dan DAP seolah-olah Mohon Derhaka kepada Sultan Selangor. Walaupun begitu kesediaan PAS mencalonkan Wan Azizah untuk jawatan tersebut merupakan tanda penghormatan kepada PKR. Dengan itu PKR tidak boleh menuduh PAS sewenang-wenangnya.

Anwar sebenarnya telah merayu kepada PAS agar berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencadangkan Wan Azizah untuk jawatan itu. Nampak gaya PAS tidak termakan dengan pujuk rayu Anwar kali ini memandangkan isu kali ini melibatkan Baginda Sultan.

Walaubagaimana semua rakyat Selangor menunggu dalam debaran 3 September ini memandangkan ianya tarikh yang telah ditetapkan oleh Sultan Selangor untuk “submission” nama-nama calon Menteri Besar Selangor.

Adakah Sultan Selangor akan murka terhadap “sembah derhaka” Anwar dan DAP ataupun baginda bertindak untuk terus menunda ke tarikh yang lain sehingga lebih dari dua nama dihantar kepada baginda ataupun baginda terpaksa “akur” dengan desakan Anwar dan DAP. Sama-samalah kita tunggu 3 September ini.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL