Rakyat sokong keputusan Sultan Selangor

KLANG - Rakyat Selangor akan menyokong apa sahaja keputusan Sultan Selangor​, Sultan Sharafuddin Idris Shah​ dalam menentukan calon kerusi menteri besar yang bakal ditinggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pengerusi Angkatan Rakyat Sedar (Aras) Abdul Rahim Abdul Wahab berkata, ​hasil gabungan dari wakil  47 NGO ​dari seluruh pelusuk negeri hari ini datang berkumpul bagi menyatakan sokongan penuh terhadap titah yang bakal dikeluarkan oleh baginda.

​Katanya,  Sultan Selangor harus membuat keputusan yang tepat dalam menentukan pemegang jawatan tersebut kerana ia akan mempengaruhi masa depan pentadbiran serta rakyat negeri Selangor.

"​Objektif himpunan hari ini adalah demi menunjukkan sokongan kita kepada Sultan Selangor dan kami juga turut menyokong keputusan yang akan diambil oleh baginda," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

​Dalam pada itu, pihaknya turut menyatakan sokongan penuh terhadap Abdul Khalid yang masih menyandang jawatan tersebut.

"Perhimpunan ini tidak akan terhenti di sini, kami akan bawa ke daerah lain dan kami akan rancang serta jadikan Selayang dan Sabak Bernam bagi perhimpunan seterusnya, tengokah macam mana nanti," katanya.

"Insya-ALLAH, kami akan teruskan lagi himpunan-himpunan seperti ini,"jelasnya.

​Perhimpunan aman yang berlangsung di Stadium Sultan Sulaiman di sini hari ini disertai oleh 500 peserta dari pelbagai NGO yang masing-masingnya memakai baju berwarna kuning, merah dan juga hitam.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL