'Ini Amalan Songsang' : Nasrudin Tantawi Terus Bidas Anwar
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi terus mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengamalkan nepotisme dengan mempertahankan keputusan memilih isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.
Beliau turut mempersoalkan sama ada amalan nepotisme kini dibenarkan dalam politik Pakatan Rakyat (PR) walhal ianya pernah mendapat kecaman hebat ketika Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat satu ketika dahulu.
"Sewaktu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar Negeri Kelantan, menantunya Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman pernah dikritik hebat kerana dilantik sebagai CEO PMBK pada tahun 2009 dan akhirnya membawa kepada pengunduran beliau.
"Istilah nepotisme menjadi asas kritikan. PAS Pusat menasihati Kelantan dan Ariffahmi akur.
"Apakah selepas 5 tahun, Nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini? Atau nepotisme hanya untuk Ariffahmi menantu Tuan Guru Nik Abdul Aziz, tidak kepada yang lain?
"Kalau nepotisme dibenarkan dan diterima, kenapa baru sekarang ? sepatutnya ia sudahditerima pada 5 tahun yang lalu. Barangkali 5 tahun lalu tidak wajar isu nepotisme dibangkitkan bagi mewajarkan amalan nepotisme di hari ini," katanya dalam satu kenyataan di laman facebooknya.
Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Temerloh itu turut mengkritik pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang menyerangnya ekoran beberapa kritikan yang dilontarkan secara terbuka terhadap PKR.
Malah, Nasrudin menyifatkan kumpulan yang dikatakan lantang memperjuangkan kebebasan bersuara itu mengamalkan 'politik songsang'.
"Apabila kita mengkritik orang lain maka kita kata itu adalah demokrasi dan kebebasan bersuara. Hak untuk menyatakan pendapat dan pandangan.
"Bila orang lain kritik kita maka kita kata itu adalah pemecah belah pakatan. Tidak ikut saluran betul dan ia mesti dinyahkan agar tidak lagi mengkritik kita.
"Pandangan saya, ini adalah amalan songsang.
"Wajarnya sebagaimana kita mengkritik orang lain maka bersedialah untuk menerima kritikan. Elakkan maki hamun dan kata kata lucah atau kesat dalam kritikan. Bina politik matang," katanya.

Comments