KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan kesal apabila niat baiknya untuk membantu keluarga tahanan yang mati dalam lokap polis, N. Dharmendran, telah disalah faham. Low, yang bertanggungjawab dalam hak asasi manusia dan intergriti, berkata pejabat beliau cuba menghubungi keluarga Dharmendran semalam untuk membantu berdasarkan 'hak asasi manusia'. Langkah itu bagaimanapun disalah anggap sebagai satu cara untuk menyelesaikan isu itu di luar mahkamah, katanya. "Ini tidak pernah menjadi hasrat kami," katanya, sambil menegaskan bahawa pihak berkuasa sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak mengenai perkara itu dalam memastikan keadilan terlaksana. "Kami cuba untuk menjelaskan bahawa kami bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, tanpa mengira fahaman politik," katanya dalam kenyataan di sini. Naib presiden PKR N. Surendran dilaporkan mendakwa bahawa ayah Dharmendran, G. Nagayarasamy, menerima panggilan telefo...