Posts

Showing posts from November, 2014

Najib mahu guna kekerasaan halang hak bersuara - PAS T'ganu

Image
Kebebasan bersuara ada batasnya...alahaiii PAS jangan jadi munafiklah.Lihatlah saja ahli PAS menyuarakan pandangan pada murtamar PAS tempoh hari sehingga merampas mikrofon...itu kebebasan bersuara ker namanya tu? Akta Hasutan 1948 adalah untuk kepentingan Negara kita sendiri.Janganlah buat andaian negatif.Inilah cara PAS....pandai berkata kata.Kenyataan nya hanya main wayang jugak.

Tarikh hudud terserah kepada Kelantan....

Image
KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan ke Parlimen rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan, bukannya bidang kuasa Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hukum berkenaan. "Kita (Kerajaan Pusat) tidak ada masalah mengenainya (rang undang-undang tersebut), dan ianya adalah hak kerajaan negeri," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran GLCs Peringkat Kebangsaan kali Pertama 1436/2014M di Balai Islam di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapha dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud. Jamil Khir mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar N...

Kerajaan tetap tidak benarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik - Zahid...Masih ada mempertikaikannya

Image
AYER KEROH: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerajaan sama sekali tidak akan membenarkan abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaysia (KPM), Chin Peng dibawa balik ke negara ini. Beliau berkata, sewaktu zaman komunis, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah menyebabkan ramai polis atau tentera yang gugur. "Kalau Chin Peng seorang yang mahu dihormati, bagaimana dengan saudara mara dan anak beranak kepada polis dan tentera yang telah dibunuh oleh pengganas komunis akibat individu itu. "Saya tidak emosi dalam perkara ini, tapi berapa ramai yang mati berbanding mahu menghormati yang seorang ini (Chin Peng)," katanya pada sidang media selepas perasmian Festival Motosikal Persatuan Motosikal Berkuasa Tinggi Malaysia (SAM) Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini sebentar tadi. Ahmad Zahid mengulas laporan Pengerusi Setiakawan Malaysia Abad ke-21, Lee Huck Tee yang mendesak agar kerajaan membenarkan mayat...

Mujahid & Mahfuz Lupa PAS Lebih Kerap Mungkir Janji & Tak Tetap Pendirian

Image
Apabila bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman menyuarakan sokongannya di atas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948, sejujurnya penulis rasa terkejut kerana tidak menjangkakan ada juga pemimpin PAS yang celik dan matang fikirannya. Lantaran sokongan Dr Rani itu walau pun nadanya masih sedikit prejudis, terbit sekelumit rasa hormat penulis pada PAS kerana dalam fikiran penulis merasakan mungkin PAS dalam proses untuk keluar dari kepompong kejumudan yang mana selama ini asyik membangkang tanpa mempedulikan baik buruk sesuatu perkara. Malangnya segala-galanya berubah bila penulis terbaca komen oleh Ahli Parlimen PAS Parit Buntar yang juga AJK PAS Pusat, Mujahid Yusoff Rawa bersama Ketua Penerangan parti itu, Mahfuz Omar yang menyelar pengumuman DS Najib itu sebagai tindakan mungkir janji & tidak tetap pendirian. Seperti penulis tulis dalam artikel sebelum ini, memang benar DS Najib telah berjanji untuk me...

Mat Sabun meroyan lagi ''Umno cetus perkauman umno mahu alih perhatian rakyat terhadap ketirisan ekonomi''

Image
kami sering dapat surat terbang. “Dalam surat itu dinyatakan kononnya orang Cina buat rancangan untuk hapuskan hak orang Melayu, hapuskan sistem beraja. Orang Cina akan perintah Malaya, buang pemimpin Melayu dan Melayu akan jadi Red Indian,” jelas Mat Sabu. Katanya, mereka tersepit kerana mahu mendapatkan kuasa dan pengaruh kononnya demi mempertahankan Melayu. “Daripada saya darjah enam sampai sekarang, inilah kerja Umno yang buat saya geram, benci, benci dan benci Umno,” tegasnya. Alahaiiii....Sapa la yg didik mat sabun ni, terlajak bodoh dia ni.....tak layak jadi pemimpin PAS

ZURAIDA KAMARUDDIN MARAH BILA DITAHAN TIDAK MEMASUKI SARAWAK...PADAN MUKA MULA LAH MEROYAN MULUTNYA

Image
 Salah seorang ahli rombongan Anwar Ibrahim, Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita PKR merangkap Ahli Parlimen Ampang telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pagi tadi dan tidak dibenarkan memasuki Sarawak. Penahanan Zuraida telah menimbulkan keresahan PKR yang menganggap tindakan Kerajaan Negeri Sarawak menghalang kemasukan pemimpin politik PKR sebagai mencabuli kebebasan hak asasi manusia. Ini bukan yang pertama bagi Zuraida Kamaruddin kerana sebelum ini beliau pernah juga dihalang memasuki Sarawak bersempena kempen Pilihan Raya Kecil Balingian. Akibat penahanannya, Zuraida mencetuskan perasaan tidak puas hati terhadap imigresen kerana tidak memberikan penjelasan mengapa beliau sekali lagi tidak dibenarkan memasuki Sarawak. Kenapa pula membenarkan Anwar Ibrahim, Nik Nazmi, Nurul Izzah dan beberapa pemimpin PKR yang lain memasuki Sarawak? Telah menjadi polisi Sarawak yang berhak dengan tidak membenarkan mana-mana individu yang memasuki Sarawak ...

MASHITA SEDIA BERDEPAN DENGAN DAP DAN DIANA SOFEA DEMI ISLAM......

Image
Ketua Wanita UMNO Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak gentar dengan tindakan beberapa pemimpin DAP membuat laporan polis atau menyamannya kerana membangkitkan isu pembakaran Al-Quran dalam perbahasannya pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kelmarin. “Kalau DAP atau Dyana Sofea hendak saman atau sebagainya apa “locus standi” (hak untuk mengambil tindakan di mahkamah) yang mereka ada? “Saya bercakap dalam sebuah perhimpunan parti bagi menyedarkan masyarakat Islam. Kalau ada seorang Islam yang tidak sensitif Al-Qurannya dibakar, laungan azan dimaki dan orang Islam dicaci sampai dibawa makan di gereja, kita boleh menilai siapa dia. “Pada saya masyarakat sudah cukup bijak untuk menilai siapa dipergunakan oleh siapa. Saya nak cakap, hari ini jangan kita tak kenal siapa musuh kita. Ada agenda sulit daripada musuh-musuh Islam supaya kita menikam sesama sendiri. “Saya akan tetap mempertahankan agama Islam. Saya perlu mencerminkan betapa seseorang Islam sangat tercabar dengan apa yang ber...

Inilah MajoÅ•iti Rakyat Mahukan....Tiada lagi amaran – PM

Image
Kerajaan tidak akan memberi amaran lagi kepada mereka yang menjadi penghasut antara kaum dan agama selepas Akta Hasutan 1948 dipinda pada sidang Dewan Rakyat akan datang. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, akta tersebut akan diperkukuhkan dan ditokok tambah bagi memastikan setiap kaum saling menghormati antara satu sama lain. Menurut beliau, langkah memperkukuhkan akta itu juga adalah isyarat jelas bahawa tidak ada sesiapa yang harus takut dan bimbang jika dia tidak melanggar undang-undang negara. “Selepas ini dah tak ada amaran. Jangan bagi amaran lagi, Kita tak nak amaran lagi. Kita nak pastikan keamanan dalam negara kita. “Tak ada siapa yang harus takut kalau dia tidak mengapi-apikan, menghasut orang. Kalau kita ini bukan penghasut, tak ada apa yang kita harus bimbang,’’ tegasnya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2014.

Mat Sabu hadiri majlis memperingati Chin Peng malam Semalam? Hilang Akal Ker Mat Sabu Ni....

Image
SEBERANG PERAI: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikatakan akan menghadiri majlis makan malam bagi memperingati jasa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng. Turut dikatakan hadir dalam majlis itu adalah Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin. Bagaimanapun tidak diketahui sama ada majlis itu anjuran DAP Pulau Pinang atau pihak lain. Ini kerana kain rentang yang ditemui tergantung di sekitar Seberang Perai itu tidak menyatakan siapakah penganjur majlis berkenaan.   Majlis makan malam itu dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng. Kain rentang itu jelas menunjukkan sokongan kepada bekas pemimpin gerakan komunis itu, apabila memetik kata-katanya, sebelum beliau meninggal. "Saya yakin penuh bahawa api perjuangan dami keadilan sosial dan perikemanusiaan tidak akan padam," kata-kata Chin Peng dipetik sebagai berkata.   Penduduk sekitar Seberang Perai ternyata tidak selesa dengan perkembangan itu. Mohd Ghazali Manso...

Akta Hasutan: Najib tak berjanji, sebaliknya kata mahu mengkaji

Image
KUALA LUMPUR: Reaksi pihak pembangkang yang mendakwa Perdana Menteri 'mungkir janji' berhubung pengekalan Akta Hasutan 1948 diibaratkan seperti 'cacing kepanasan', kata Perwakilan Kedah, Haji Mohd Kamal Saidin. Beliau berkata, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada waktu itu tidak pernah berjanji untuk memansuhkan akta zaman British itu, sebaliknya hanya berkata mahu mengkaji akta tersebut. "Bagi yang yang tak setuju maka mereka buat berbagai tohmahan fitnah.. semalam saya baca surat khabar, pihak pembangkang telah membangkitkan nahawa Preiden kita kononnya tak menepati janji tentang Akta Hasutan. "Bukan beliau berjanji nak hapuskan, beliau kata nak dikaji, nak diteliti.. tapi dengan syarat. Ini kena jawab bila balik ke kawasan.. Presiden tak pernah berjanji tapi sebaliknya minta syarat...kalau mereka beri sokongan dan keyakinan, kalau umno terus menerajui maka kita akan mengkaji," katanya sambil mendapat tepuka...

Najib: Tiada 'warning' lagi untuk batu penghasut

Image
KUALA LUMPUR: Pindaan kepada Akta Hasutan yang bertujuan melindungi kesucian agama Islam dan memastikan agama lain tidak boleh dihina akan dibentangkan dalam sesi Parlimen akan datang. Ketika mengumumkan demikian, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tempoh memberi amaran kepada 'batu penghasut' sudah berakhir dan tumpuan sekarang ialah membawa mereka ke muka pengadilan. Najib turut mempertahankan keputusan mengekalkan Akta Hasutan 1948 sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga keamanan dan keselamatan negara. Najib berkata akta itu penting untuk memastikan agama Islam, kedudukan orang Melayu, raja-raja Melayu dan askar Melayu dipertahankan bersama kepentingan kaum lain. Berucap menggulung perbahasan pada Persidangan Tahunan Umno 2014, Najib berkata Peguam Negara akan diminta untuk mengambil tindakan yang diperlukan. “Kalau kita tidak menghasut, tidak ada apa untuk dibimbangkan. Jangan jadi penghasut. Tidak ada warning (amaran) lagi,” kata Najib. “Kita nak pastikan ...

Najib: Anwar adalah perasuah terbesar....Butakah Penyokong PR selama ini?

Image
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan “ibu kepada segala rasuah” apabila didakwa menawarkan RM100 juta menerusi sekutunya kepada seorang Menteri selepas PRU 2008, kata Perdana Menteri. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memetik laporan media mengenai pendedahan Menteri Luar Datuk Anifah Aman bahawa beliau ditawar wang itu oleh seorang sekutu Anwar untuk menyakinkan 10 wakil rakyat Sabah BN lompat parti. Anifah berkata beliau telah turut ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan baru. “Bukankah ini the mother of all corruption (ibu kepada segala rasuah)? Kita dituduh macam-macam tetapi yang membuat angkara adalah pembangkang,” kata Najib semasa menggulung perbahasan di Perhimpunan Agong Umno 2014. Anifah memberitahu Mahkamah Tinggi kelmarin bekas timbalan pengerusi KFC Holdings (M) Berhad, Datuk Ishak Ismail menawarkan RM100 juta kepadanya untuk melompat parti. Anifah berkata Ishak, yang berkait rapat dengan D...

Melaka haram logo arak di papan iklan...PAS Tak Malu Ker pada UMNO melaka?

Image
Logo minuman keras tidak lagi dibenarkan menghiasi papan iklan dan sengkuap pada premis dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) khususnya di badar raya ini bermula September lepas. Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata pemilik premis akan diberi tempoh enam bulan daripada tarikh tamat tempoh lesen perniagaan dan iklan mereka tahun ini untuk menukar papan iklan yang mematuhi peraturan tersebut. "Sebanyak 14,400 premis akan terlibat dalam peraturan ini dan kita jangkakan pada awal 2016, tiada lagi premis dalam kawasan pentadbiran MBMB khususnya Bandaraya Melaka menggunakan logo minuman keras pada papan ikan dan 'retractable awning' mereka. "Jika pemilik premis gagal berbuat demikian setelah diberi tiga notis, mereka akan dikompaun RM250 di bawah Undang-undang Kecil Iklan MPMT 1983 dan papan tanda mereka akan diturunkan," katanya kepada pemberita semasa meninjau penggunaan papan iklan gegantung di Jalan Ong Kim Wee di Melaka,...

Kedudukan UMNO dan BN dalam bahaya - Jangan Haraplah PR Nak Membantu Melayu..

Image
Kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai penaraju kerajaan kini dalam bahaya jika persepsi dan pandangan orang muda terhadap parti tidak berubah. Muhyiddin berkata jika situasi tersebut berterusan, dengan hanya penurunan dua peratus sahaja sokongan berbanding PRU13, BN boleh hilang kuasa sebagai penaraju kerajaan. "Graf kedudukan kita sekarang menunjukkan penurunan, kalau situasi tidak bertambah baik, hanya dengan dua peratus penurunan undi kita dalam keadaan bahaya. "BN pasti akan kalah; kita dalam keadaan amat bahaya," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO, di PWTC petang Sabtu. Menurut Muhyiddin, jika turun dua peratus BN hanya akan dapat 103 kerusi Parlimen dan untuk bentuk kerajaan memerlukan 112 kerusi. "Sebaliknya jika kita kerja kuat dan naik sokongan dua peratus kita dapat 141 kerusi Parlimen, kalau naik 5 peratus 159 lebih dari majoriti dua pertiga," ujarnya. Untuk dapat dua pertiga majoriti ker...

Mari Perjelasan Mashitah jelaskan mengenai ustazah express,,,,

Image
"Siapa makan cili, dia terasa pedaslah. Kalau artis yang berhijrah itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang berunsur menghukum mana-mana pihak, menghina mana-mana parti politik, dia tak perlu berasa gusar," begitulah komen Datuk Dr Mashitah Ibrahim mengenai kenyataan dua artis, Aishah dan Abby Abadi yang menghentamnya menerusi pro-pembangkang. Mashitah juga menegaskan kenyataannya mengenai "ustaz dan ustazah express" dalam ucapan perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) telah diputarbelitkan oleh beberapa pihak atas nama politik yang cuba nak mengatakan bahawa dia menentang artis-artis yang berhijrah. "Ucapan saya adalah mengenai kekeliruan yang dirancang oleh pihak musuh termasuk mengelirukan institusi ulama. "Saya menyebut orang yang berhijrah termasuk artis boleh berkongsi pengalaman dan harapan mereka dengan masyarakat tetapi golongan ini tidak boleh mengeluarkan hukum kerana mereka bukan orang yang layak bercakap mengenai hukum hakam agam...

Ingat isu video 'spender besar'...PM kata kalau pemimpin UMNO sudah lama terjun lombong

Image
Ini bukan lucah tetapi serius...amat serius.Mungkin sebab itu Datuk Seri Najib Tun Razak curi masa untuk sentuh hal ini dalam ucapan pengulungan beliau di Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir petang Sabtu. Perdana Menteri membawa kisah pendedahan klip video seks oleh pihak tertentu tidak lama dulu yang sudah diketahui umum dakwaan mengaitkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali. Isu berkenaan telah diberi jolokan oleh kalangan blogger sebagai 'spender besar' melihat pada aksi orang dalam video itu yang sedang sarungkan seluar dalamnya yang besar. "Pemimpin tidak betul dia ( pembangkang) bela habis-habisan sampai sudah nampak spender besar pun, masih terlepas..." katanya tanpa menyebut nama siapa yang dirujuknya itu. Juga tanpa menyebut nama tetapi jelas merujuk kepada klip video China Doll yang riuh tidak lama dulu dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau berkata ," Dah keluar video dia boleh kata, "eh itu bukan saya, perut saya tak boro...

Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya Mara Ke Separuh Akhir, Singkir Juara Bertahan

Image
SKUAD  Harimau Malaya berjaya mengulangi pencapaian 2012 mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki selepas menyingkirkan juara bertahan Singapura, 3-1 pada aksi peringkat Kumpulan B Sabtu malam. Skuad bimbingan Dollah Salleh itu melengkapi aksi peringkat Kumpulan B dengan mencatat seri tanpa jaringan ke atas Myanmar, tewas 3-2 kepada pendahulu kumpulan Thailand dan menang ke atas pasukan tuan rumah. Kemenangan ini amat penting buat pasukan negara selepas berdepan dengan pelbagai kritikan pedas gara-gara aksi hampar dalam beberapa siri aksi perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum ini. Lebih bermakna, tiga pemain senior negara meranapkan impian juara bertahan ini untuk melebarkan rekod pasukan paling banyak menjulang trofi kejohanan ini. Mohd Safee Sali yang pernah meraih gelaran Pemain Terbaik kejohanan ini ketika skuad negara muncul juara pada tahun 2010, membuktikan sentuhannya masih berbisa dengan membuka jaringan pertama pada minit ke-61 selepas kedua-dua pasukan terikat t...

Pemuda Umno amal konsep kesederhanaan tolak tuduhan pembangkang

Image

Undang-Undang Bukan Hak Mutlak Majlis Peguam

Image
KUALA LUMPUR 29 Nov -  Majlis Peguam tidak berkuasa mutlak dalam membincangkan dan memutuskan sebarang penguatkuasaan undang-undang di negara ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, Unit Perundangan UMNO yang ditubuhkan membuktikan bahawa Majlis Peguam tidak mewakili suara semua peguam.   "Kita bersuara dan pertahankan apa yang ada di dalam Perlembagaan. Bona Fide Friends of UMNO buktikan suara Majlis Peguam tidak mewakili suara seluruh rakyat. "Soal perundangan adalah hak seluruh rakyat. Undang-undang perlu laksanakan secara adil dan saksama. "Kita sama-sama tambah baik Akta Hasutan," katanya semasa ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebentar tadi. Unit itu yang juga dikenali sebagai Bona Fide Friends of UMNO ditubuhkan pada awal November di bawah Biro Perundangan dan Perlembagaan UMNO.

Video....PAU 2014 !!! Kisah Beruk Gamat Dewan Merdeka

Image

Inilah UMNO Yang Ku Sayangi....Jangan Hina Islam, Cabar Hak Melayu

Image
 KUALA LUMPUR, 29 Nov - Perhimpunan Agung UMNO 2014, berakhir dengan mesej tegas dan lantang Presiden parti bahawa hak keistimewaan orang Melayu, Raja dan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan negara, tidak boleh dipertikaikan lagi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata seluruh rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah mengenai perkara berkenaan, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada usaha memajukan negara. "Kebebasan pun ada had. Kebebasan bukan mutlak. "Tak boleh hina agama Islam, tak boleh cabar hak istimewa Melayu, tak boleh persoal sistem Raja-Raja Melayu, askar Melayu dan kita jaga kepentingan kaum lain. "Jadi, amanlah kita. Asyik berbalah memanjang...kerja lain tak jadi. "Saya nak kita memberi fokus bahawa kita majukan negara Malaysia tercinta ini. "Kita nak bawa Malaysia ke depan. (Bukan) asyik berbalah saja," katanya dalam ucapan penggulungan perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. Keteg...

PUAK CAUVINIS KEPANASAN......BEBBB

Image
Kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam seperti cacing kepanasan apabila Dato' Sri Najib mengumumkan semalam dalam ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agong UMNO bahawa Akta Hasutan bukan sahaja akan dikekalkan, malah akan diberi penambah-baikan dalam bentuk melindungi agama Islam dan kedaulatan Malaysia! Mereka mendakwa Dato' Sri Najib mungkir janji untuk menghapuskan Akta Hasutan! Benar, Dato' Sri Najib ada memberi jaminan akan menghapuskan Akta Hasutan sebelum PRU-13 dahulu. Namun perlu diingat, Dato' Sri Najib membuat jaminan tersebut atas premis: 1. TIADA MANDAT MENGHAPUSKAN AKTA HASUTAN. Dato' Sri Najib memberi jaminan tersebut atas premis kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam termasuk pengundi kaum Cina akan memberi mandat jelas kepada beliau untuk memimpin Malaysia selepas PRU-13 demi membangunkan negara untuk mencapai wawasan negara maju menjelang 2020. Ternyata kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis ...

SI PENGECUT BERNAMA HISHAMUDDIN RAIS RANCANG AMBIL TINDAKAN TERHADAP NAJIB

Image
Aktivis sosial Hishamuddin Rais akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kerana menyiarkan klip videonya di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini. Video yang dimainkan ketika Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan memberi gambaran Hishamuddin bersalah atas kes hasutannya walaupun kes berkenaan masih dalam perhatian Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. “Saya menghubungi peguam saya. Hasil daripada perbincangan dengan peguam, kami bersependapat untuk menghantar surat tuntutan kepada Najib. “Surat peguam saya ini bertujuan memberi amaran kepada Najib agar memberhentikan penyebaran klip video yang bersangkutan dengan diri saya yang ditayangkan di Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung di PWTC sekarang ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut firma guaman yang mewakili Hishamuddin, Daim dan Gamany, klip berkenan memaparkan Hishamuddin sebagai pesalah di bawah Akta Hasutan. Dalam penyata tuntutan kepada Najib semalam ...

Mahasiswa Ingin Jadi Blogger Pertahankan Perdana Menteri dan Isteri, Terima Kasih Nurfarhana !

Image
1) Usul Ucapan Dasar Presiden … Wakil Kelab Mahasiswa Luar Negara, Nur Farhana Mohd Anuar… pelajar perubatan dari Moscow menyatakan hasrat ingin menjadi blogger mempertahankan PM Najib Razak dan Rosmah Mansor dari serangan pihak pembangkang. Beliau menyatakan kekecewaan terhadap penulis blog pro-UMNO yang lambat bertindak membalas serangan yang dilakukan oleh pihak lawan yang rata-ratanya menabur fitnah dan cerita palsu mengenai kepimpinan negara. Bagi saya ini satu teguran yang ada asasnya dan perlu diterima oleh bloger dan faceboker umno (termasuk diri ini) kerana jika umno ingin terus berkuasa. Parti keramat ini perlu menguasai media sosial ekoran sikap generasi baru yang malas untuk membaca akhbar. Terima Kasih atas teguran.. InsyaAllah akan kami baiki kelemahan ini..tahniah adik Nurfarhana kerana peka pada isu negara walau jauh di Rusia.Orang umno khususnya Puteri dan Wanita perlu menerima pandangan pelajar ini yang datang dari golongan muda ini. Jangan dibunuh bakatny...

MUNGKIR JANJI? ANWAR DAN AZMIN MEROYAN......TAHAP OTAK 3 SUKU

Image
Gara-gara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membuat pengumuman di Perhimpunan Agung UMNO 2014 bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan, tak semena-mena ramai pemimpin PR yang semacam tersampuk dek penyakit gila meroyan tampil membantahnya. Antara yang sakan meroyan termasuklah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali yang cuba menyindir dan menghentam DS Najib yang didakwa sengaja memungkiri janji sendiri untuk menghapuskan akta tersebut. Penulis tak nafikan hakikat DS Najib pernah berjanji untuk mengkaji dan menghapuskan Akta Hasutan 1948 untuk digantikan dengan akta lain yang diharapkan akan lebih baik, tapi hakikatnya baru sahaja ura-ura nak dihapuskan sudah ada pihak mengambil kesempatan menimbulkan suasana tidak tenteram. Pihak yang dimaksudkan itu telah dengan sengaja mencetus provokasi dengan cuba mencemar kesucian kalimah Allah SWT yang nak dikristiankan, menyebarkan fahaman liberalisme & pluralisme agama, membawa idea...

LIHAT BAGAIMANA CARA KETUA MENTERI P.PINANG MELAYAN TETAMU.....ANGKUH TU

Image
Tidak perlu belajar ilmu psychology untuk membaca bahasa badan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Cara beliau duduk dengan deligasi pelabur-pelabur luar negara amat memalukan bagi seorang pemimpin di Malaysia. Mengangkat kaki kanan diletak tinggi di atas kaki sebegini amat biadap dan tidak sopan dalam majlis formal. Belum pernah lagi rasanya kita melihat keadaan sebegini di dalam mana-mana perjumpaan pemimpin tempatan dan dunia. Cara duduk Ketua Menteri Pulau Pinang ini mungkin hanya boleh dilihat di perjumpaan kongsi-kongsi gelap, mafia dan perjumpaan bapak-bapak ayam. Ianya melambangkan sifat sombong dan takbur. ' No sense of decorum and common courtesy'. Amat memalukan!

Harga Petrol Dijangka Turun Tiga Atau Empat Sen Seliter...Alhamdulilah

Image
KUALA LUMPUR: Pengguna tempatan berharap bukan sahaja harga petrol lebih rendah, malahan caj pengangkutan serta barangan dan perkhidmatan lebih murah berikutan penurunan harga minyak di pasaran global dan pemansuhan subsidi bahan api bermula Isnin ini. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sememangnya dijangka berlaku penurunan pada harga minyak dalam tempoh terdekat. "Kami sedang melakukan pengiraan purata harga pasaran untuk RON95 dan diesel pada November dan akan menggunakan angka itu untuk menetapkan harga baru pada Disember. "Berasaskan kepada trend pasaran ketika ini, mungkin ada penurunan antara tiga atau empat sen," katanya. Bagaimanapun, Presiden Persatuan Pemilik Lori Pan-Malaysia, Jong Foh Fit berkata, terpulang kepada pengusaha secara individu sama ada mahu menurunkan fi atau tidak. "Berdasarkan peruntukan dalam Akta Persaingan Malaysia, pengusaha tidak boleh dipaksa u...

Tangkapan Pihak Berkuasa....Hanya pakai seluar dalam, coli

Image
Kuala Lumpur – Seorang pelanggan yang sedang mendapatkan urutan erotik daripada wanita separuh bogel cuba melarikan diri ketika sebuah premis refleksologi di Taman Danau Kota di sini, diserbu petang semalam. Bagaimanapun, usaha lelaki berusia 40-an itu sia-sia berikutan premis berkenaan sudah dikepung manakala tukang urut wanita yang hanya memakai seluar dalam dan coli itu turut ditahan ketika bersembunyi di dalam almari. Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) siri ke-6 bermula jam 3 petang hingga 8 malam itu, membabitkan 300 anggota daripada pelbagai agensi diketuai Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

AKTA HASUTAN DIKEKALKAN AMBABIGA PULA MEROYAN....PORAHHH LAH

Image
AMBABIGA CABAR MIC MCA DESAK NAJIB KERANA KEKALKAN AKTA HASUTAN TIDAK MERUJUK KEPADA PARTI KOMPONAN BN ''MIC MCA HARUS DESAK NAJIB MANSUHKAN AKTA HASUTAN 1948, KERANA KEPUTUSAN ITU TANPA MERUJUK KEPADA KE DUA DUA PARTI TERSEBUT'' ***WOI AMBABIGA,KO TAK PAYAH NAK HASUT MIC MCA LAK.. BAIK KO KERAH PUAK2 BARUA KO TU BERHIMPUN DAN GULING2 DIJALAN RAYA TUNTUT AKTA HASUTAN DIMANSUHKAN...

UMNO...Jangan bangga 3.6 juta ahlinya..Ada Tak Pergi Mengundi

Image
KUALA LUMPUR 28 Nov. – UMNO tidak boleh sekadar berbangga dengan jumlah ahlinya yang kini menjangkau 3.6 juta orang kerana tidak semua layak dikategorikan sebagai ‘orang UMNO’. Wakil Mahasiswa Na­­sional, Nur Farhana Mohd. Anuar mentakrifkan ahli UMNO sebagai individu yang mendaftar keahlian dengan parti manakala ‘orang UMNO’ pula sanggup berjuang bermati-matian untuk mempertahankan parti. “Orang UMNO akan memperjuangkan parti dengan penuh semangat dan iltizam de­mi agama, bangsa dan negara,” kata pelajar ta­­hun lima Universiti Perubatan First Moscow State, Rusia ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2014, di sini hari ini. Ahli Kelab UMNO Luar Negara Moscow itu turut mencuit perhatian para perwakilan apabila menyelitkan beberapa ayat dalam bahasa Rusia contohnya perumpamaan yang bermaksud ‘perjalanan seribu batu ini bermula daripada langkah yang pertama’. Para perwakilan tidak dapat menahan ketawa apabila Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badr...

Kekal Akta Hasutan – ISMA harap ketegangan masyarakat ditamatkan..Bagus semua Kaum...Kenapa PR otaknya lain Fikirannya?

Image
BANGI, 27 Nov – Pengumuman Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pagi tadi bahawa Akta Hasutan 1948 dikekalkan diharapkan dapat menamatkan ketegangan masyarakat yang dicetuskan oleh puak-puak yang mencabar Islam, menghina Melayu dan mencabar institusi raja. Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik berkata, beliau berharap agar pengumuman itu juga dapat mendidik pihak-pihak yang ekstrem dan melampau supaya menghormati perlembagaan. Selain itu katanya, ia juga dapat meredakan kebimbangan mereka yang sayangkan negara terutamanya masyarakat Melayu dan bumiputera.

Program UMNO 'Syok Sendiri' PR..... ada Ker Berani Kata Seperti Ini?

Image
KUALA LUMPUR, 28 Nov - Kepetahan dan kebijaksaan Nur Farhana Mohd Anuar ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2014, yang memasuki hari kedua hari ini, "menambat hati" Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin. Penuntut tahun kelima First Moscow State Medical University, Rusia, itu 'mencuri' hati Badruddin apabila menyelitkan bahasa Rusia dalam perbahasannya dan setiap kali itu juga terpaksa mengucapkan 'mohon izin pengerusi' selepas diingatkan beberapa kali bahawa perbahasan mestilah dalam bahasa Melayu. Badruddin juga beberapa kali mengajukan perkataan tertentu kepada Nur Farhana untuk mengetahui maksudnya dalam bahasa Rusia dan bila cuba menyebutnya, seluruh hadirin di dalam dewan tertawa kerana sebutan dan bunyi Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan itu kedengaran pelik serta melucukan. Dalam perbahasannya selama 15 minit, Nur Farhana dengan lantang berkata Umno tidak boleh berbangga dengan...

Keterbukaan Umno Pikat Nurhidayah

Image
KUALA LUMPUR: Walaupun usianya baru setahun jagung dan pengalaman dalam politik masih mentah, ia tidak menghalang gadis kecil molek ini untuk menceburi bidang yang penuh berliku. Bagi Siti Nurhidayah Mohd Firdaus, pengetahuannya mengenai perjalanan politik negara mungkin cetek, tapi dia yakin penglibatan dan suara generasi muda sepertinya diperlukan sebagai pewaris kepimpinan masa depan. Justeru menurut gadis berusia 22 tahun itu, dia tertarik dengan keterbukaan Umno, khususnya mengenai peluang yang diberikan parti itu kepada golongan muda sepertinya. "Saya tertarik dengan Umno khususnya Puteri kerana mereka lebih dekat dengan belia. Golongan seperti kami diberi peluang untuk bersuara dan memberi pendapat. "Walaupun masih muda, suara kami sentiasa didengari dan hak-hak kami diperjuangkan," katanya yang menganggotai Pergerakan Puteri Umno Bahagian Johor Baharu. Ketika ditemui pada majlis pelancaran Sekretariat Mahasiswi Nasional (Swinas) di Perhimpunan Agung Um...

PUNYA le kemaruk jawatan, manusia yang bernama Anwar Ibrahim

Image
manusia yang bernama Anwar Ibrahim dan Kem tidak henti-henti memujuk ahli parlimen Sabah supaya meninggalkan Barisan Nasional (BN) dalam usaha ketua pembangkang itu untuk mengambil alih Putrajaya menjelang 16 September, 2008, sekali gus dia menjadi Perdana Menteri (PM). Tembelang si al-jub itu pecah sekali gus dia (Anwar) di aibkan di Mahkamah Tinggi hari ini, Jumaat. Saksi pembela Datuk Raime Unggi , yang juga Ahli Parlimen Tenom, berkata usaha berterusan Anwar itu membuat beberapa ahli Parlimen membincangkan melompat parti itu banyak kali, termasuk di luar negara. Katanya, perkara itu pada mulanya dibangkitkan oleh ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman pada 2008 apabila beberapa wakil rakyat bertemu di Hotel Le Meridien di Kota Kinabalu. Di perjumpaan itu, beliau dapat tahu Ronald Kiandee (ahli Parlimen Beluran) ditawarkan RM5 juta supaya melompat parti, kata Raime ketika disoal balas oleh peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Anwar. Raime berkata, di perjumpaan itu...

BESAR KEMUNGKINAN ANWAR IBRAHIM TIDAK MAHU TERUSKAN SAMAN FITNAH KE ATAS ANIFAH AMAN APABILA SEMAKIN BESAR TEMBELANG 16 SEPTEMBERNYA PECAH!!

Image
Lagi cerita KERAJAAN 16 SEPTEMBER 2008 yang tidak jadi.... Ahli Parlimen Tenom, Raime Unggi, 44, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa kem Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tidak putus-putus berusaha untuk memujuk Ahli-Ahli Parlimen Sabah agar berpaling tadah selepas Pilihanraya Umum 2008. Ini menyebabkan, katanya, beberapa orang Ahli Parlimen membincangkan perkara itu beberapa kali termasuklah sekali di Macau selepas pertemuan mereka di Le Meridien di Kota Kinabalu. Raime berkata, Ahli Parlimen Kimanis Anifah Aman memberitahunya, tawaran tersebut telah dibuat sewaktu pertemuan di Le Meridein di Kota Kinabalu kepada beberapa orang Ahli Parlimen dari Sabah. Anifah Aman sering berada di hotel tersebut untuk menghisap curut di lounge hotel berkenaan. Menjelaskan tentang keperluan ke Macau, Raime memberitahu Mahkamah, ini adalah kerana puak Anwar Ibrahim tidak henti-henti memburu mereka dan lawatan ke bekas koloni Portugal terpaksa dibuat dengan alasan bermain golf walaupun...