Mat Sabu hadiri majlis memperingati Chin Peng malam Semalam? Hilang Akal Ker Mat Sabu Ni....

SEBERANG PERAI: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikatakan akan menghadiri majlis makan malam bagi memperingati jasa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Turut dikatakan hadir dalam majlis itu adalah Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin.

Bagaimanapun tidak diketahui sama ada majlis itu anjuran DAP Pulau Pinang atau pihak lain.

Ini kerana kain rentang yang ditemui tergantung di sekitar Seberang Perai itu tidak menyatakan siapakah penganjur majlis berkenaan.
 
Majlis makan malam itu dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng.

Kain rentang itu jelas menunjukkan sokongan kepada bekas pemimpin gerakan komunis itu, apabila memetik kata-katanya, sebelum beliau meninggal.

"Saya yakin penuh bahawa api perjuangan dami keadilan sosial dan perikemanusiaan tidak akan padam," kata-kata Chin Peng dipetik sebagai berkata.
 
Penduduk sekitar Seberang Perai ternyata tidak selesa dengan perkembangan itu.

Mohd Ghazali Mansor, 42, berkata beliau hairan bagaimana kain rentang ini mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk dipasang.
 
"Saya rasa tidak selesa dengan penganjuran program ini. Mengapa kita perlu mengadakan majlis untuk mengingati individu yang pernah merosakkan negara kita?
 
"Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap penganjur program ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana