Melaka haram logo arak di papan iklan...PAS Tak Malu Ker pada UMNO melaka?

Logo minuman keras tidak lagi dibenarkan menghiasi papan iklan dan sengkuap pada premis dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) khususnya di badar raya ini bermula September lepas.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata pemilik premis akan diberi tempoh enam bulan daripada tarikh tamat tempoh lesen perniagaan dan iklan mereka tahun ini untuk menukar papan iklan yang mematuhi peraturan tersebut.

"Sebanyak 14,400 premis akan terlibat dalam peraturan ini dan kita jangkakan pada awal 2016, tiada lagi premis dalam kawasan pentadbiran MBMB khususnya Bandaraya Melaka menggunakan logo minuman keras pada papan ikan dan 'retractable awning' mereka.

"Jika pemilik premis gagal berbuat demikian setelah diberi tiga notis, mereka akan dikompaun RM250 di bawah Undang-undang Kecil Iklan MPMT 1983 dan papan tanda mereka akan diturunkan," katanya kepada pemberita semasa meninjau penggunaan papan iklan gegantung di Jalan Ong Kim Wee di Melaka, Jumaat.

Sementara itu Zainal berkata MBMB akan memastikan papan iklan yang dipasang di kawasan pentadbirannya khususnya Bandaraya Melaka adalah mesra pelancong.

"Kita tidak mahu papan iklan itu mengelirukan pelancong. Kita mahu membantu pelancong mengenal pasti premis dan tempat dituju dengan mudah serta pantas," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL