PUNYA le kemaruk jawatan, manusia yang bernama Anwar Ibrahim
manusia yang bernama Anwar Ibrahim dan Kem tidak henti-henti memujuk ahli parlimen Sabah supaya meninggalkan Barisan Nasional (BN) dalam usaha ketua pembangkang itu untuk mengambil alih Putrajaya menjelang 16 September, 2008, sekali gus dia menjadi Perdana Menteri (PM). Tembelang si al-jub itu pecah sekali gus dia (Anwar) di aibkan di Mahkamah Tinggi hari ini, Jumaat.
Saksi pembela Datuk Raime Unggi , yang juga Ahli Parlimen Tenom, berkata usaha berterusan Anwar itu membuat beberapa ahli Parlimen membincangkan melompat parti itu banyak kali, termasuk di luar negara. Katanya, perkara itu pada mulanya dibangkitkan oleh ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman pada 2008 apabila beberapa wakil rakyat bertemu di Hotel Le Meridien di Kota Kinabalu.
Di perjumpaan itu, beliau dapat tahu Ronald Kiandee (ahli Parlimen Beluran) ditawarkan RM5 juta supaya melompat parti, kata Raime ketika disoal balas oleh peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Anwar. Raime berkata, di perjumpaan itu Anifah yang dianggap sebagai pemimpinnya, memberitahu mereka yang hadir supaya tidak menerima sebarang tawaran daripada Anwar atau sekutu pemimpin pembangkang itu. Katanya, semua mereka setuju dengan cadangan Anifah itu.Tetapi tawaran-tawaran itu datang tak putus-putus dan kami (Anifah, Ronald dan Raimee) membincangkan perkara itu sekali lagi di Macau, katanya. Raimee memberi keterangan dalam saman malu Anwar terhadap Anifah yang kini Menteri Luar.
Anifah didakwa melafazkan kata-kata berunsur fitnah itu ketika sidang akhbar di Washington bersama-sama bekas Setiausaha Negara Hilary Clinton. Beliau memberitahu wartawan Anwar menawarnya jawatan Timbalan Perdana Menteri jika dia dapat memujuk ahli parlimen dari Sabah supaya melompat parti bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memenangi 140 kerusi pada pilihan raya 2008. Tapi, tuhan itu adil dan tidak mengizinkan perkara itu berlaku. Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar mendakwa tuduhan Anifah tidak berasas, cuai dan dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing.
Memang le. Siapa tak kenal Anwar. Bila dia terdesak, dia akan berbuat apa sahaja, dan apabila keabaiban tercabar atau di bongkar, dia (Anwar) mencari jalan bagi menutup kesilapan yang dia lakukan, dan akhirnya jalan terakhir ialah dengan membawa kes orang yang kononnya memalukannya ke Mahkamah. Itulah kerja anwar sampai ke tua, dan akan masuk kembali ke penjara Sungai Buloh tak lama lagi diatas kesalahan kes liwat II nya. Bagi IBM, itu adalah pengajaran yang patut Anwar terima, kerana selama ini dia bebas berbuat apa sahaja yang dia suka.
Mengkritik kerajaan dan menfitnah adalah 'asam garamnya'. Tak habis-habis si al-jub ni menghasut dan memburuk-burukkan kerajaan. Segala apa yang kerajaan buat, semuanya tak betul bagi beliau. Maka, apabila kes saman dan menfitnah si Anwar ini yang dibuat terhadap Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, IBM percaya akan berpihak kepada Menteri Luar. Kalau tak percaya, tunggu. Orang yang sombong dan yang telah banyak menyusahkan rakyat dan negara seperti Anwar ini harus di ajar.

Comments