Mari Perjelasan Mashitah jelaskan mengenai ustazah express,,,,

"Siapa makan cili, dia terasa pedaslah. Kalau artis yang berhijrah itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang berunsur menghukum mana-mana pihak, menghina mana-mana parti politik, dia tak perlu berasa gusar," begitulah komen Datuk Dr Mashitah Ibrahim mengenai kenyataan dua artis, Aishah dan Abby Abadi yang menghentamnya menerusi pro-pembangkang.

Mashitah juga menegaskan kenyataannya mengenai "ustaz dan ustazah express" dalam ucapan perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) telah diputarbelitkan oleh beberapa pihak atas nama politik yang cuba nak mengatakan bahawa dia menentang artis-artis yang berhijrah.

"Ucapan saya adalah mengenai kekeliruan yang dirancang oleh pihak musuh termasuk mengelirukan institusi ulama.

"Saya menyebut orang yang berhijrah termasuk artis boleh berkongsi pengalaman dan harapan mereka dengan masyarakat tetapi golongan ini tidak boleh mengeluarkan hukum kerana mereka bukan orang yang layak bercakap mengenai hukum hakam agama Islam," katanya ketika ditemui pada Jumaat.

"Semua kenyataan itu diputarbelitkan dan saya merasakan ia satu fitnah terbesar yang cuba dilakukan oleh sesetengah pihak yang mempunyai agenda politik," katanya.

Dalam ucapannya Mashitah juga tidak menyebut sebarang nama. Namun Aisah dan pelakon Abby Abadi telah "terasa" dan meluahkan kemarahan mereka terhadap Mashitah.

Mengulas mengenai tindakan beberapa pemimpin DAP membuat laporan polis atau menyamannya kerana membangkitkan isu pembakaran Al-Quran dalam ucapan perbahasannya pada PAU kelmarin.

"Kalau DAP atau Dyana Sofea hendak saman atau sebagainya apa "locus standi" (hak untuk mengambil tindakan di mahkamah) yang mereka ada?

"Saya bercakap dalam sebuah perhimpunan parti bagi menyedarkan masyarakat Islam. Kalau ada seorang Islam yang tidak sensitif Al-Qurannya dibakar, laungan azan dimaki dan orang Islam dicaci sampai dibawa makan di gereja, kita boleh menilai siapa dia.

"Pada saya masyarakat sudah cukup bijak untuk menilai siapa dipergunakan oleh siapa. Saya nak cakap, hari ini jangan kita tak kenal siapa musuh kita. Ada agenda sulit daripada musuh-musuh Islam supaya kita menikam sesama sendiri.

"Saya akan tetap mempertahankan agama Islam. Saya perlu mencerminkan betapa seseorang Islam sangat tercabar dengan apa yang berlaku hari ini. Saya tidak berasa sedikitpun takut kalau dicabar mempertahankan agama saya," katanya.

Pada Jumaat beberapa portal pro-pembangkang melaporkan laporan polis yang dibuat oleh beberapa pemimpin DAP terhadapnya atas dakwaan kononnya ucapan Mashitah boleh menimbulkan kebencian kaum.

Menurut Mashitah sebelum menyampaikan perbahasan, dia telah dimaklumkan oleh Ketua Wanita Kuala Kedah bahawa berlaku peristiwa di DUN Kubang Rotan (Kedah) di mana ada masyarakat Cina membakar AlQuran dalam upacara sembahyang.

"Jadi dalam ucapan, saya membawa beberapa peristiwa yang berlaku dan antaranya saya "quote" apa yang dimaklumkan oleh Ketua Wanita Kuala Kedah itu.

"Ucapan saya jelas. Saya tidak menghasut orang Melayu untuk bangun menentang atau memukul kaum Cina ataupun membuat sesuatu yang boleh menimbulkan kekecohan perpaduan."

Mashitah tidak menolak kemungkinan kelantangannya bersuara membuat pembangkang takut sebab selama ini tidak ada orang UMNO yang berani bersuara mengenai sikap golongan tertentu memperkotak-katikkan agama Islam.

"Saya harap ini menjadi contoh kepada orang Islam bahawa apabila masyarakat bukan Islam dicubit sedikit sahaja, mereka langsung bangun. Tetapi apabila orang Islam dilanyak sekeras-kerasnya  kita masih lagi berdiam.

"Makanya saya meminta mereka jangan berdiam dan bersuara di alam maya (siber). Saya tak kata, bangun menyerang mana-mana pihak.

"Kalau mereka nak saman saya atas alasan apapun, saya tunggulah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL