Inilah Majoŕiti Rakyat Mahukan....Tiada lagi amaran – PM
Kerajaan tidak akan memberi amaran lagi kepada mereka yang menjadi penghasut antara kaum dan agama selepas Akta Hasutan 1948 dipinda pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, akta tersebut akan diperkukuhkan dan ditokok tambah bagi memastikan setiap kaum saling menghormati antara satu sama lain.
Menurut beliau, langkah memperkukuhkan akta itu juga adalah isyarat jelas bahawa tidak ada sesiapa yang harus takut dan bimbang jika dia tidak melanggar undang-undang negara.
“Selepas ini dah tak ada amaran. Jangan bagi amaran lagi, Kita tak nak amaran lagi. Kita nak pastikan keamanan dalam negara kita.
“Tak ada siapa yang harus takut kalau dia tidak mengapi-apikan, menghasut orang. Kalau kita ini bukan penghasut, tak ada apa yang kita harus bimbang,’’ tegasnya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2014.

Comments