UMNO...Jangan bangga 3.6 juta ahlinya..Ada Tak Pergi Mengundi

KUALA LUMPUR 28 Nov. – UMNO tidak boleh sekadar berbangga dengan jumlah ahlinya yang kini menjangkau 3.6 juta orang kerana tidak semua layak dikategorikan sebagai ‘orang UMNO’.
Wakil Mahasiswa Na­­sional, Nur Farhana Mohd. Anuar mentakrifkan ahli UMNO sebagai individu yang mendaftar keahlian dengan parti manakala ‘orang UMNO’ pula sanggup berjuang bermati-matian untuk mempertahankan parti.

“Orang UMNO akan memperjuangkan parti dengan penuh semangat dan iltizam de­mi agama, bangsa dan negara,” kata pelajar ta­­hun lima Universiti Perubatan First Moscow State, Rusia ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2014, di sini hari ini.

Ahli Kelab UMNO Luar Negara Moscow itu turut mencuit perhatian para perwakilan apabila menyelitkan beberapa ayat dalam bahasa Rusia contohnya perumpamaan yang bermaksud ‘perjalanan seribu batu ini bermula daripada langkah yang pertama’.

Para perwakilan tidak dapat menahan ketawa apabila Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin mencelah, “Pak Din tak faham, bunyi naga-naga,”.
Nur Farhana turut menyatakan para mahasiswa yang menyokong UMNO sanggup berada di barisan hadapan dalam mempertahankan parti daripada serangan tentera siber pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL