Undang-Undang Bukan Hak Mutlak Majlis Peguam
KUALA LUMPUR 29 Nov - Majlis Peguam tidak berkuasa mutlak dalam membincangkan dan memutuskan sebarang penguatkuasaan undang-undang di negara ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, Unit Perundangan UMNO yang ditubuhkan membuktikan bahawa Majlis Peguam tidak mewakili suara semua peguam.
"Kita bersuara dan pertahankan apa yang ada di dalam Perlembagaan. Bona Fide Friends of UMNO buktikan suara Majlis Peguam tidak mewakili suara seluruh rakyat.
"Soal perundangan adalah hak seluruh rakyat. Undang-undang perlu laksanakan secara adil dan saksama.
"Kita sama-sama tambah baik Akta Hasutan," katanya semasa ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebentar tadi.
Unit itu yang juga dikenali sebagai Bona Fide Friends of UMNO ditubuhkan pada awal November di bawah Biro Perundangan dan Perlembagaan UMNO.

Comments