Apa cerita Tengku Razaleigh…makin ramai desaknya pimpin UMNO
Siapa saja yang kerap lalu lalang melalui depan rumah Tengku Razaleigh Hamzah di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur kebelakangan ini tentu merasa ada kelainan sikit suasananya. Dulu kebiasaannya rumah agam itu nampak sunyi saja.Namun akhir-akhir ini sejak selesai pilihanraya umum ke 14 saban hari kelihatan ada saja dereten kereta di pinggir jalan situ dan orang keluar masuk. Apa yang pasti kedatangan mereka bukanlah untuk ‘merayakan’ kemenangan Tengku Razaleigh menewaskan calon PAS dan PKR dengan majoriti 3,913 undi di kerusi Parlimen Gua Musang pada pilihanraya umum kali ini. Bukan satu…bukan dua…bukan tiga tetapi ini adalah pilihanraya kali ke 12 sejak tahun 1969 beliau bertanding dan menang kerusi itu. Tengku Razaleigh kini pegang rekod sebagai Ahli Parlimen paling senior di Dewan Rakyat. Mungkin ada yang sudah lupa bahawa beliau adalah pengasas dan CEO pertama Petronas selain pernah jadi Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Dalam UMNO pernah jadi...