Posts

Showing posts from 2018

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul

Image
Kebiadapan ahli Parlimen DAP Jelutong, RSN Rayer ketika persidangan Dewan Rakyat semakin menjadi-jadi sehingga berani menyebut ‘kepala bapak’. Rayer ketika mencelah penggulungan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman, pada Selasa telah menujukan perkataan ‘kepala bapak’ kepada kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). Kebiadapannya itu telah membangkitkan kemarahan mereka. Antara yang bangkit membidas Rayer adalah Ahli Parlimen BN Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen BN Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar. Keadaan sedikit tegang di antara ketiga-tiga ahli Parlimen tersebut kerana Rayer berkeras untuk tidak menarik balik perkataan tidak senonoh itu. Ini memaksa Timbalan Speaker Nga Kor Ming.untuk campur tangan dengan membuat arahan supaya Rayer menarik balik kata-katanya . Beliau juga beri amaran supaya tidak lagi menggunakan perkataan tidak senonoh di dalam sidang Dewan Rakyat. “Yang dibangkitkan oleh YB Padang Terap adalah tentang

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

Image
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz percaya Umno akan bertambah kuat jika bersendirian terikat dalam BN bersama parti yang “tidak dapat bangkit segera”. “Saya rasa kita mahu bersendirian di semenanjung. Gerakan sudah habis dan jika mereka mahu BN mereka boleh ambil. “Berada dalam BN bersama Gerakan dan ditolak sepenuhnya oleh rakyat adalah beban yang besar,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Free Malaysia Today. Katanya, parti komponen lain seperti MIC, MCA dan Gerakn sudah kecundang dengan teruk dan mustahil dapat bangkit semula dalam masa terdekat. “Kalau mereka tidak bangkit macam mana BN hendak berfungsi? Kita harus terima kenyaaan BN sudah tidak ada,” katanya. Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong semalam berkata komponen BN patut mengadakan mesyuarat pusat bagi memutuskan untuk menguarkan Umno daripada gabungan itu, bukan meninggalkan gabungan itu.

Gerakan 'biawak hidup' dalam BN - UMNO Perak

Image
UMNO Perak menyifatkan tindakan Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong mendesak supaya mesyuarat majlis tertinggi diadakan bagi memutuskan status UMNO dalam komponen Barisan Nasional (BN) sebagai biadap dan tidak mengenang budi. Ketua Penerangannya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata ia seharusnya diberikan perhatian serius memandangkan kejayaan Gerakan terutama dalam memenangi kerusi pilihan raya sebelum ini banyak dibantu oleh UMNO. Beliau berkata, Andy seharusnya lebih bersopan dan melihat semula kepada kekuatan Gerakan yang diketahui kurang mendapat tempat dikalangan masyarakat terutama kaum Cina. "Gerakan ibarat biawak hidup di dalam BN yang terpaksa digendong oleh parti-parti lain terutamanya UMNO, dan hanya mengharapkan belas ihsan pihak lain untuk terus bernyawa. "Kemenangan calon-calon Gerakan sebelum ini banyak dibantu oleh jentera pilihanraya UMNO dan pengundi Melayu yang menyokong BN, termasuklah semasa Presidennya Datuk Mah Siew Kiong menang dal

BN sudah sampai garis penamat…UMNO kena bangkit sendiri

Image
Rasanya siapapun tidak perlu nak berdolak dalik lagi.Barisan Nasional yang ditubuhkan pada 1973 dari asalnya Perikatan kini sedang berhadapan dengan situasi ‘gone case’. Malah sejak pilihanraya umum ke 14 melabuhkan tirai pada 9 Mei lalu ada yang sudah membilang hari hayat gabungan 13 buah bekas parti pemerintah itu. Ini terbukti bila situasi di Sabah bergegar dengan tindakan UPKO kemudian LDP dan seterusnya diikuti PBS dan PBRS keluar dari BN pada hari pertama,kedua dan ketiga sejurus selepas pilihanraya umum. Pada Selasa pula menyaksikan empat parti di Sarawak PBB,PRS,PDP dan SUPP angkat kaki dari BN untuk tubuh Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk bergerak sendiri. Ia bukanlah satu langkah mengejut kerana ramai pemerhati politik sudah menduganya dalam lanskap politik terkini. Ibarat kata semuanya kena berpijak di bumi nyata dan mencari dahan untuk bergayut. Di semenanjung MyPPP yang berdepan kemelut dalaman juga sudah keluar dari komponen. Dari 13 anggota komponen BN

Pemilihan Presiden UMNO:Tengku Razaleigh buat sidang akhbar petang Sabtu...

Image
Jadi ke tidak Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan Presiden UMNO untuk pemilihan pada 30 Jun ini? Ikut undangan yang diterima oleh media pada Jumaat bekas Menteri Kewangan dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu dijadual buat sidang akhbar pada jam 2 petang esok,Sabtu. Undangan itu tidak sebut apa tujuan sidang akhbar tetapi dipercayai berkaitan desakan kalangan ahli agar beliau bertanding jawatan nombor satu parti itu. Hari terakhir serahan pencalonan ialah lusa,Ahad. Setakat ini Naib Presiden UMNO yang jalan tugas Presiden Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sudah serah pencalonan untuk jawatan Presiden.

“Saya Tetap UMNO, Dulu, Kini, Selamanya” – Ibrahim Shah

Image
Anggota Majlis Tertinggi Umno (dilantik) Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah menegaskan beliau tetap anggota parti yang setia. “Sebagai ahli Umno yang setia, saya tetap menyokong perjuangan Umno dulu, kini dan selamanya,” kata bekas naib canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM). “Perjuangan Umno dan BN sejak dahulu harus sentiasa dikenang dalam proses pembangunan dan kemajuan negara Malaysia.” Penegasan itu dibuat selepas Malaysiakini malam tadi melaporkan beliau sebagai berkata Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia ‘dijenamakan’ semula dengan mengeluarkan perkataan Umno, selari dengan prinsip menyokong kerajaan semasa. Dalam kenyataan awal pagi ini, Ibrahim berkata beliau hanya memaklumkan keputusan mesyuarat agung tahunan kelab itu yang beliau sendiri tidak hadir. “Saya tegaskan bahawa saya hanya memaklumkan perkara ini dan keputusan ini adalah keputusan yang dibuat melalui AGM,” katanya.

Perutusan Raya PM Tidak Berakhlak Islam

Image
KENYATAAN MEDIA: 1. UMNO kesal dengan perutusan Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berbaur politik dan cuba menghasut rakyat agar membenci Barisan Nasional serta UMNO. 2. Berbanding dengan perutusan khas titah Yang Dipertuan Agong yang menyentuh peri pentingnya institusi diraja dipertahankan, Dr Mahathir masih mempertahankan pembohongan Kabinetnya mengenai hutang negara dan bencinya kepada kerajaan terdahulu. 3. Seolah-olah beliau seorang yang suci umpama wali Allah, beliau menyebut kemurniaan Aidilfitri serta ajaran Allah tetapi beliau sendiri membangkitkan rasa benci melulu terhadap BN dan UMNO. 4. UMNO terkilan dengan sifat sedemikian. Perutusan itu sepatutnya digunakan untuk perpaduan nasional, saling bermaaf-maafan dan nada kegembiraan. 5. Bagaimanapun Dr Mahathir menggunakan kesempatan itu untuk menyalahkan kerajaan silam dan memuji Kerajaan PH yang baru lebih sebulan berkuasa ini sebagai ‘perfect’ atau sempurna dan tidak akan membuat

Apa cerita Tengku Razaleigh…makin ramai desaknya pimpin UMNO

Image
Siapa saja yang kerap lalu lalang melalui depan rumah Tengku Razaleigh Hamzah di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur kebelakangan ini tentu merasa ada kelainan sikit suasananya. Dulu kebiasaannya rumah agam itu nampak sunyi saja.Namun akhir-akhir ini sejak selesai pilihanraya umum ke 14 saban hari kelihatan ada saja dereten kereta di pinggir jalan situ dan orang keluar masuk. Apa yang pasti kedatangan mereka bukanlah untuk ‘merayakan’ kemenangan Tengku Razaleigh menewaskan calon PAS dan PKR dengan majoriti 3,913 undi di kerusi Parlimen Gua Musang pada pilihanraya umum kali ini. Bukan satu…bukan dua…bukan tiga tetapi ini adalah pilihanraya kali ke 12 sejak tahun 1969 beliau bertanding dan menang kerusi itu. Tengku Razaleigh kini pegang rekod sebagai Ahli Parlimen paling senior di Dewan Rakyat. Mungkin ada yang sudah lupa bahawa beliau adalah pengasas dan CEO pertama Petronas selain pernah jadi Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Dalam UMNO pernah jadi

Harga barang naik…bila sudah jadi kerajaan baru 'celik'

Image
Ingat balik masa riuh pasal isu kenaikan harga barang waktu kerajaan Barisan Nasional dulu kita langsung tidak pernah dengar para pemimpin Pakatan Harapan cakap mungkin ada sabotaj dan peniaga yang ambil kesempatan. Inilah yang dikata bila kena batang hidung sendiri barulah 'celik' tahu langit tinggi rendah dan lebih mudah jadi pembangkang dari jadi kerajaan. Semua mereka terus menerus ‘berpesta’ serba serbi hentam dan salahkan kerajaan kerana kenaikan harga barang dan kos sara hidup. Kini sebagai pemerintah mereka sendiri dapat melihat realiti masalah di depan mata. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ,Salahuddin Ayub yang ditemui  wartawan di Kota Iskandar Johor Ahad beritahu isu kenaikan harga barang ketika ini dijangka dibincangkan kabinet, Rabu ini. Salahuddin kata beliau difahamkan terdapat pihak yang masih mengambil kesempatan menaikkan harga barangan yang ditetapkan, seperti jualan daging. "Sebagai mana saya difahamkan, Fama (Lembaga Pemasaran P

Sedih Kan!!!! Cuma 2.4 peratus kaum Cina undi BN pada PRU14…- Annuar Musa

Image
Tahukah anda bahawa cuma 2.4 peratus saja kaum Cina yang mengundi BN semasa pilihanraya umum ke 14 baru ini. Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata kadar itu adalah yang paling rendah dalam sejarah. Baginya kalau 24 peratus pun sudah rendah inikan pula 2.4 peratus saja. Beliau memberitahu kadar berkenaan diperolehi menerusi analisa yang dibuat keatas keputusan PRU14. Annuar menyatakan demikian dalam majlis berbuka puasa bersama Ketua-ketua Penerangan Bahagian UMNO  dan Yayasan Permai di Kuala Lumpur petang Ahad yang turut dihadiri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. Sebaliknya analisa itu mendapati undi orang Melayu pada BN masih kuat berbanding gabungan parti lain. Katanya ikut pecahan 46 peratus orang Melayu undi BN, 28 peratus undi PAS dan 25 peratus undi Pakatan Harapan. Dari 222 Ahli Parlimen semuanya 140 orang Islam manakala 82 bukan Islam. Itu,kata Annuar angka dari segi komposisi keseluruhan Ahli Parlimen. Namun dari sudut kerajaan Pakatan Harapan pula

Inilah Kerana Melayu Mudah Lupa....Tunjuk Pangkat Kat Lim Kit Siang...Ptuihhhh

Image
Apa jasa Politik DAP beri kepada Bekas bekas Perjuang ini...?Inilah dikatakan Bangang tak bertempat nak tunjuk Bodoh Sombongnya.

Tun Daim terbelit gara-gara nak perlekeh GST…Bangangnya Kuda Tua Ni

Image
Siapa yang tidak kenal Tun Daim Zainuddin.Masa jadi Menteri Kewangan zaman pentabiran Tun Dr Mahathir Mohamad dulu beliau sangat digeruni. Ikut ceritanya beliau bukan digeruni kerana garang sangat tetapi kerana gelarannya ‘Daim yang diam’. Selain itu tentulah kerana andaian popular beliau salah seorang insan kepercayaan utama Dr Mahathir. Ada macam-macam cerita pasal Daim.Ada yang kata susah nak berkira dengannya.Kalau appointment 10 minit dengannya biasanya alamat cuma dapat mengadapnya tepat 10 minit. Juga yang menjadi bualan hangat waktu itu ialah kisah ‘budak-budak’ korporat Daim.Antara yang popular Tan Sri Halim Saad dan Tan Sri Tajuddin Ramli. Dalam konteks sepak terajang politik UMNO Daim bukanlah satu faktor besar yang boleh mempengaruhi situasi. Beliau hanya pernah jadi Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Merbok dan Bendahari UMNO Malaysia. Selain diketahui sangat kaya raya dan berniaga besar cuma bayang Mahathir pada dahinya yang buat Daim nampak cukup gah

Jamal Abdillah ajak peminat pangkah BN demi kebajikan rakyat

Image
Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah menasihatkan peminatnya di seluruh negara supaya mengekalkan kerajaan sedia ada pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) esok. Beliau berkata, ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak sudah banyak melakukan perubahan lebih sembilan tahun lalu termasuk menjaga kebajikan rakyat yang memerlukan. Sehubungan itu, katanya, pengundi diminta tidak mempertaruhkan nasib mereka dengan memilih parti pembangkang yang nyata hanya memperjuangkan kepentingan diri, berbanding nasib rakyat. "Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan, kata manis dan janji pembangkang kerana mereka akan lakukan apa saja untuk mendapatkan kuasa. "Apabila sudah dapat (kuasa) kelak, nasib kita diabaikan kerana mereka hanya memikirkan kepentingan diri. "Lihat saja 'kapal' mereka yang mempunyai empat nakhoda dan ia menggambarkan betapa sukarnya untuk mentadbir dengan baik sedangkan masing-masing mahu duduk ditampuk pemerintahan,"

Bonus tiga bulan kepada penjawat awam Selangor - Noh Omar

Image
TANJONG:  Barisan Nasional (BN) Selangor akan memberikan bonus tiga bulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini sekiranya berjaya menawan semula Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kali ini. Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pemberian bonus itu akan dilaksanakan dalam Belanjawan 2019 ini. “Kalau kerajaan negeri ketika ini yang banyak hutang dan boleh muflis gara-gara hutang air sahaja tapi masih boleh berjanji beri bonus tiga bulan, kita (BN) juga boleh. “Malah kita ada Kerajaan Persekutuan untuk bantu dan janji kita lebih menyakinkan daripada mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan penyerahan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah Sempadan di sini hari ini, dipetik Utusan Online. Penyerahan PDM itu dibuat antara DUN Sungai Burong dan DUN Permatang ekoran kajian persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Turut hadir calon BN DUN Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias dan calon BN DUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak.

KEJI! DAP GUNA TAKTIK KOMUNIS SERANG LEE CHONG WEI...POLITIK DAP POLITIK KOMUNIS

Image
Hanya kerana wira negara, Datuk Lee Chong Wei keluar untuk menyokong BN tidak bermakna beliau perlu diserang oleh penyokong DAP dengan cara begini dan dipanggil “running dog” atau “Chowkow“. Taktik DAP untuk menyerang individu yang bercakap menentang mereka ini adalah taktik era komunis yang sangat lama untuk menghasut ketakutan untuk menghalang orang daripada mengkritik DAP atau bercakap baik tentang lawan DAP. Itu hanyalah cara mereka untuk menindas kebebasan bersuara dan demokrasi. Datuk Lee, jangan risau, kerana ramai yang berfikiran seperti anda. Selain daripada saya, mereka yang lain yang telah dipanggil sebagai “running dog” baru-baru ini kerana menentang DAP dan mengatakan kebenaran termasuk DAP Dr Tan Seng Giaw dan bekas ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau sendiri – kedua-duanya telah memberikan perkhidmatan setia selama berdekad-dekad kepada DAP tetapi sekarang diperlakukan dengan cara ini. Rakyat Malaysia – terutamanya rakyat Cina Malaysia tidak perlu takut untuk

“TONY PUA HIPOKRIT, PELAWAK YANG HEBAT” – ARUL KANDA

Image
KUALA LUMPUR – Tony Pua dilabel hipokrit kerana menggunakan tuduhan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai modal politik walhal perkara itu masih belum dibawa ke mahkamah. Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy menyifatkan situasi yang dihadapi syarikat itu sebenarnya serupa dengan apa yang dialami Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkenaan kes pembelian banglo di bawah harga pasaran. Ini selepas Setiausaha Publisiti DAP itu mengeluarkan siri video di laman YouTube yang menghentam firma pelaburan kerajaan tersebut. “Sebenarnya nombor dan maklumat yang digunakan Tony Pua dalam video itu adalah berdasarkan dakwaan yang dibuat oleh DoJ. “Sehingga hari ini DoJ masih belum membawa perkara ini ke mahkamah untuk dibicarakan apatah lagi diputuskan sama ada memang berlaku kesalahan tersebut atau tidak. “Ini situasi sama yang dialami oleh Guan Eng tetapi mengapa Tony tidak menjadikannya sebagai isu jika dia

Bekas Exco kerajaan Pakatan Perak sokong BN

Image
Bekas Exco kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Datuk Osman Jailu menganggap Datuk Seri  DrZambry Abd Kadir seorang Menteri Besar yang berjaya melaksanakan tugas dengan baik berbanding  Nizar Jamaludin. Untuk rekod Nizar yang dulu dari PAS dan kini menyertai parti Amanah pimpinan Mat Sabu menjadi Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat bertahan hanya selama 11 bulan sebelum kerajaan pimpinannya tumbang. Menurut Osman, selama dua penggal mentadbir negeri Perak, Dr Zambry berjaya memacu Perak menjadi sebuah negeri yang pesat membangun. ``Saya perhati secara detail, Dr Zambry berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik ibarat `langit dengan bumi’ berbanding Nizar,’’ katanya kepada pemberita di sebuah hotel di Ipoh pada Ahad. Kata Osman lagi, contoh terbaik yang harus diberi pujian apabila Dr Zambry turun padang mendekati rakyat Perak menerusi program permukiman yang berjaya menyelesaikan banyak isu dan permasalahan rakyat. Dr. Zambry tambahnya merupakan contoh pemimpin terbaik berbandi

Najib kecewa dengan senior UMNO yang khianati parti...Dasar Tak Sedar Diri Lah Tu

Image
Datuk Seri Najib Tun Razak kecewa dengan tindakan beberapa anggota senior UMNO yang sanggup mengkhianati parti dan perjuangan bersama selama berdekad lamanya pada waktu getir UMNO menghadapi pilihan raya umum. Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau tidak percaya individu-individu ini sanggup berbuat demikian sedangkan mereka telah mendapat pelbagai manfaat daripada parti. "Malangnya ada orang dapat macam-macam daripada UMNO, jawatan tinggi, pendapatan yang kaya tapi sanggup dia tikam UMNO dalam saat-saat macam ni," katanya di hadapan 600 veteran badan bukan kerajaan di kediaman Sri Kenangan di sini hari ini. Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad dan calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Peramu Jaya pada Pilihan Raya Umum ke-14, Datuk Seri Sh Puzi Sh Al. Najib yang akan pertahankan kerusi Parlimen Pekan berkata beliau bagaimanapun 'tabik' kepada pemimpin-pemimpin veteran yang

Dalil mengapa perlu tolak Mahathir di Langkawi...

Image
Persatuan Pelancongan Langkawi menggariskan beberapa dalil mengapa pengundi perlu menolak Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di kawasan Parlimen tersebut esok. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zainudin Kadir berkata, yang pertama, ketika era Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menipu penduduk atau pemilik calet di Pulau Kok di sini. Katanya, pada masa itu, kebanyakan penempatan calet telah diusahakan oleh anak Langkawi sendiri namun Dr. Mahathir membiarkan kawasan tersebut dimanopoli oleh sebuah syarikat selepas kerajaan pada masa itu membeli tanah di situ. “Pada mulanya, kerajaan diketuai Mahathir berjanji dengan pemilik tanah untuk membangunkan kawasan itu untuk orang ramai beriadah. Tetapi sebaliknya apabila ia diambil dan dibayar dengan harga murah, kawasan itu dibiarkan dimonopoli oleh sebuah syarikat sehingga hari ini. “Kita rakyat merasa tertipu dengan permainan

Kunci mati... Najib umum tiga khabar gembira jika BN menang

Image
Selain dari berbagai tawaran dalam manifesto Barisan Nasional, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan khas mengakhiri kempen BN untuk pilihan raya umum ke 14 mengumumkan tiga khabar gembira untuk rakyat Malaysia. Berlatar belakangkan rumah ayahnya, Tun Razak Hussein di Peramu Pekan Pahang, Najib berucap selama 35 minit di depan ribuan penyokongnya mengumumkan golongan muda berusia bawah 26 tahun yang bekerja akan diberikan pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya BN menang Rabu malam. "Ini bermakna orang muda yang bekerja yang berusia 26 tahun ke bawah, tidak kira banyak mana pendapatan mereka tidak perlu membayar cukai. "Saya tahu orang muda memerlukan wang yang mencukupi untuk pelbagai tujuan seperti membeli kereta, sewa rumah dan memberi wang kepada ibu bapa. "Jadi sebagai sebuah kerajaan BN begitu prihatin, maka pertama kali dalam sejarah Malaysia, mereka berusia 26 tahun ke bawah tidak perlu membayar cukai. "Pengumuman ini bermakna c

HATI-HATI WAYANG DAP....SEDAR LAH PENYOKONG PKR

Image
DALAM apa keadaan sekali pun, satu hakikat yang perlu ‘dihadam’ oleh pengundi negeri ini sebelum memangkah pada 9 Mei nanti adalah, gabungan pembangkang PKR yang bertuankan DAP tidak mungkin sama sekali mampu untuk membentuk kerajaan Persekutuan. Sedarlah, selagi mana umat Melayu diterus berpegang kepada prinsip menjaga kedaulatan Islam, Melayu dan tanah air, DAP dalam apa keadaan sekali pun tidak mungkin dibenarkan menjadi teraju di negara ini dengan majoriti orang Melayu di Malaysia akan terus menolak kebiadaban mereka. Bayangkanlah, bagaimana orang Melayu yang merupakan golongan majoriti di negara ini mampu memberi peluang kepada pakatan yang bersekongkol dengan DAP ketika calon-calon serta penceramah dari parti itu sanggup mencerca serta menghina pemimpin Melayu mereka sendiri yang kononnya sangat-sangat dihormati iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad? Bagaimana agaknya pandangan Nga Kor Ming serta Hew Kuan Yau terhadap ahli-ahli biasa, kepemimpinan di peringkat bawahan serta ora

Kor Ming tak patut hina Dr M - Wan Azizah...Bangang Pemimpinan PH ni

Image
BAKRI: Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Kita tidak sepatutnya kata perkara seperti itu kerana kita sudah bersama-sama dalam Pakatan. Dr Mahathir sudah membuat video yang mengatakan beliau mahu membetulkan kesilapan masa lalu," katanya kepada pemberita selepas berucap pada ceramah di Bukit Naning dekat sini, dipetik Mstar Online. Ditanya sama ada Pakatan akan menegur Kor Ming, Dr Wan Azizah berkata: "Anda perlu tanya DAP berkaitan perkara itu." Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Pakatan mengutuk kenyataan Kor Ming dalam klip video berdurasi 1 minit 53 saat yang dimuatnaik dalam laman Facebook "Gerak Perak" yang kononnya menunjukkan pemimpin DAP itu menghina Dr Mahathir dalam satu ceramah. Menerusi rakaman video yang tular di me

Padan Muka!!!! 70 ahli PPBM Pasir Gudang keluar parti

Image
JOHOR BAHRU: Seramai 70 ahli PPBM Bahagian Pasir Gudang hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu ekoran kecewa dengan kepimpinan parti berkenaan. Setiausaha PPBM Bahagian Pasir Gudang, Zamrin Hamzah berkata, tindakan itu dibuat kerana ketua bahagiannya, Dr. Hashim Yusoff tidak dicalonkan. "Kami merupakan sebahagian daripada jentera yang menggerakkan kempen PPBM di bahagian ini, namun apabila tiba masanya, ketua bahagian kami tidak dicalonkan. "Sehubungan itu, kami telah membuat keputusan untuk meninggalkan PPBM dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini," katanya dipetik Utusan Online. Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang akhbar di TS Hotel, Taman Rinting, di sini sebentar tadi.

VIDEO JENTERA PKR BOIKOT KEMPEN DI KERUSI PANAS PULAU PINANG

Image
Jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari kawasan sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal dilaporkan lumpuh selepas ramai dikalangan mereka mengumumkan keluar parti, selain akan memboikot kempen pilihanraya umum kali ini. Tindakan kesemua ahli PKR itu selepas kecewa dengan kepimpinan parti di peringkat negeri dan kebangsaan yang mengabaikan dan tidak lagi mempedulikan suara anggota khususnya mereka di peringkat akar umbi. Tidak akan berkempen sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan belum terfikir untuk menyertai mana-mana parti lain pada ketika ini, kata Ahli Jawatankuasa PKR Tasek Gelugor, Mohd Fauzi Hassan selepas mengumumkan keluar dari parti. Semalam, seramai 200 ahli PKR termasuk Mohd Fauzi mengumumkan meninggalkan parti berkenaan, susulan mendakwa diabaikan kepimpinan parti di peringkat negeri dan kebangsaan. Mohd Fauzi berkata, mereka mengambil tindakan berkenaan selepas tidak berpuas hati dengan pucuk kepemimpinan PKR ketik

AHLI PPBM KELUAR PARTI, MUAK DENGAN KONFLIK DALAMAN DAN PEREBUTAN KUASA

Image
TANJUNG MALIM: Perselisihan faham akibat perebutan kuasa dan jawatan sehingga tidak lagi terkawal membuatkan lebih 80 ahli Pertubuhan Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tanjung Malim bertindak keluar parti. Ahli parti itu dan penyokong parti berbuat demikian selepas muak dengan situasi itu dan sebulat suara menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Barisan Nasional (BN). Mereka terdiri daripada ahli PPBM Tanjung Malim, Behrang Stesen, Behrang 2020, Slim Village dan Behrang Hulu termasuk beberapa ahli PKR. Bekas Pengasas PPBM Tanjung Malim, Hazvee Hafiz, 47, berkata, wujud pergerakan lain yang menidakkan kepemimpinan di bahagian itu selain tidak memandang dan menghargai langsung usaha mereka. “Bila nampak pergerakan lain muncul untuk menidakkan kami di Perak maka kami keluar. Orang tak suka kami keluarlah. “Tidak ada apa yang kami mahu tunggu lagi,” katanya ketika ditemui selepas program Penyokong Pakatan Harapan (PH) Kini Menyokong BN di sini, hari ini. Yang turut hadir, cal

BN YAKINI KEKAL PENGUASAAN DI TERENGGANU

Image
KUALA TERENGGANU: Keputusan Barisan Nasional (BN) negeri mengekalkan 17 bekas Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN), selain menampilkan semula tiga bekas pemimpin ‘otai’ pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini, diyakini mampu mengekalkan penguasaan BN di negeri ini. Selain mengekalkan 17 ADUN dan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) langkah BN negeri mengetengahkan 15 Pegawai Penyelaras Dewan Undangan negeri (DUN) juga dianggap pilihan tepat kerana rakyat sudah berpuas hati dengan tugas dilaksanakan selama hampir empat tahun. Tiga ‘otai’ yang ditampilkan semula pada PRU-14 adalah bekas ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid yang akan bertanding di kerusi Parlimen Hulu Terengganu, bekas ADUN Chukai, Datuk Mohamad Awang Tera (Chukai) dan bekas ADUN Permaisuri, Datuk Abdul Halim Jusoh (Permaisuri). Kehendak, aspirasi rakyat Manifesto tambahan BN negeri hasil cetusan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang diadun daripada cadangan lapan Ketua UMNO Bahagian dan pemimpin

PEMANDU TEKSI MENGAKU SKIM TEKSI KRONI MAHATHIR MEMBEBANKAN

Image
Selepas membuktikan kepada pemandu teksi bahawa Rosmah tidak memiliki Grab, saya bertanya kepadanya berapa banyak yang beliau bayar untuk teksi itu. Dia memberitahu saya dia membayar RM3,000 sebulan selama 5 tahun – tidak termasuk cukai jalan, petrol dan insurans yang dia perlu bayar sendiri. Dia kemudian memberitahu saya teksi hanya berharga RM70,000. Kemudian saya mula mengira … RM3,000 sebulan X 12 X 5 sama dengan… Sebelum saya dapat menyelesaikan kira-kira saya, dia berkata .. “RM200,000 boss! Kita kena tipu”. Kemudian saya berkata “wow” .. ini adalah disebabkan tindakan Mahathir memberi beribu-ribu permit kepada syarikat kroni. Abang pemandu itu kemudian berkata .. “Tidak. Berpuluh-puluh ribu permit -bukan beribu-ribu.” Saya berkata pinjaman RM70,000 dalam tempoh 5 tahun bermakna ansuran RM1,400 sebulan – kurang daripada separuh daripada RM3,000 sebulan yang anda bayar sekarang. Jadi, saya bertanya mengapa dia tidak berhenti membawa teksi dan kemudian memandu Grab

MASYARAKAT CINA TERSINGGUNG DENGAN DAKWAAN PEMIMPIN DAP

Image
KUALA LUMPUR: Masyarakat Cina di negara ini tersinggung dengan dakwaan pemimpin DAP, Nga Kor Ming, kononnya mereka boleh menerima cara ceramah beliau yang berunsur maki hamun, kurang ajar, biadab dan tidak menghormati orang lain. Jurucakap MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker, berkata masyarakat Cina secara keseluruhannya adalah komuniti yang baik dan dihormati, sekali gus tidak mungkin akan menerima cara biadab berkenaan. Malah, beliau berkata, mereka amat terkejut dengan gurauan biadab Kor Ming terhadap calon pakatan pembangkang bagi kerusi Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikatakan sedang menunggu ajal. “Jika Kor Ming mahu membuat lawak mengenai seseorang lebih tua, berlawak mengenai Dr Mahathir bermain judi mahjong dengan mendiang Lee Kuan Yew selepas mati, atau menggelar Dr Mahathir sebagai kuda ditunggang, dia perlu melakukannya atas nama sendiri dan bukan mendakwa kononnya masyarakat Cina boleh menerima atau menyokong penghinaan seumpama ini. “Penyokong DAP mun

GUAN ENG ‘JANJI’ TIDAK AKAN HAPUSKAN TOL DI PULAU PINANG SEHINGGA SELESAI KONTRAK

Image
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa berceramah di Alor Setar petang ini ‘berjanji’ akan mengekalkan tol di Tol Sungai Nyior jika terus memerintah selepas pilihanraya umum ini. Alasannya, pihak kerajaan negeri hanya akan menghapuskan tol itu setelah selesai membayar balik hutang kepada pihak yang melaksanakan jalan tol itu. Pada PRU13 lalu kerajaan DAP Pulau Pinang menjanjikan tol itu akan dihapuskan, namun dikekalkan sehingga sehingga PRU14 dan kutipan tol akan diteruskan jika Pakatan Harapan menang. DAP negeri itu tabur lagi janji konon untuk jadikan Pulau Pinang sebagai negeri bebas tol jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah pun menghapuskan beberapa tol di negara ini termasuk mengecualikan bayaran tol kepada pengguna motosikal yang melalui Jambatan Pulau Pinang. Pakatan Harapan menjanjikan Lebuh Raya Utara – Selatan bebas tol, sebaliknya Tun Dr. Mahathir Mohamad pula tidak bersetuju kerana kata beliau kutipan

“DAP ADALAH MUSUH SEBENAR DALAM PRU-14 YANG SEDANG ‘MEMPERKUDAKAN’ PARTI LAIN”

Image
KOTA BHARU: DAP adalah musuh sebenar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang sedang ‘memperkudakan’ parti lain termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memecah-belah orang Melayu dan Islam di negara ini. Justeru, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata orang Melayu dan Islam perlu bergabung tenaga menentang DAP yang mahukan dasar sosialisme kerana agenda parti itu bukan lagi rahsia. Calon Parlimen Ketereh itu berkata, soal agenda parti itu tidak pernah tersembunyi, malah ia dinyatakan dengan jelas melalui ucapan pemimpin tertingginya seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan mendiang Karpal Singh sebelum ini. Katanya, PRU adalah medan perebutan kuasa yang berjalan sekian lama di mana DAP berusaha berkali-kali dan pelbagai cara untuk memecahbelahkan orang Melayu dan Islam. “Jangan kita lupa parti yang menentang Barisan Nasional (BN) sejak 60-an adalah DAP yang datang dari Singapura dan bertapak di bumi Malaysia. Keazaman mereka adalah untuk meruntuhkan apa yang dib

MEMBELI ‘PENONTON’ DI MEDIA SOSIAL UNTUK BINA PERSEPSI...TAK SANGKA VIEW VIDEO PH RAMAI

Image
KUALA LUMPUR: Parti politik tertentu dikesan membeli ‘penonton’ untuk memanipulasi Facebook (FB) Live ketika penganjuran ceramah mereka, bertujuan meningkatkan jumlah tontonan untuk membina persepsi, kononnya lebih popular dan berjaya menguasai media sosial. Felo Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata tindakan terbabit juga dibuat bagi mewujudkan ‘winning psyche’ atau rasa menang. Beliau menyatakan, teknik itu dikesannya menerusi satu ceramah politik anjuran sebuah parti yang berlangsung di Jerlun, Kedah, apabila pautan FB Live acara itu dikongsi menerusi tiga akaun FB berbeza. “Ketiga-tiga akaun FB yang dibuka secara berasingan ini, berkongsi satu persamaan iaitu jumlah penontonnya. Jika kita teliti ceramah di Jerlun yang disiarkan menerusi tiga akuan FB berbeza, mempunyai penonton seramai 14,000. “Maksudnya, ada 14,000 menonton juga ketiga-tiga FB ini se