Video : ‘Orang tua umur 90 ni sensitif, dia ingat dia terbaik,’- Zahid
KUALA LUMPUR – “Orang tua umur 90 ni sensitif, dia ingat dia terbaik,”ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memerli bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang memperkecilkan nasihat dan pendapat orang lain yang lebih muda daripadanya. Ahmad Zahid berkata anggota Mubarak merupakan golongan yang masih diperlukan, dan sehubungan itu mereka tidak sepatutnya merasakan diri mereka dipinggirkan. “Mereka yang memasuki usia emas pasti merasa sensitif terutamanya mereka yang berumur 70 tahun, 80 tahun serta 90 tahun. Yang berumur 90 tahun ni selalu bernostalgia (menceritakan mengenai apa yang dilakukan dulu) seolah-olah dialah sahaja yang terbaik. “Saya tak merujuk kepada sesiapa dalam perkara ini… sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Kalau dah tiada jawatan dan kedudukan duduk diam-diam jangan kacau yang di bawah,” katanya secara sinis yang merujuk kepada perkembangan politik semasa yang melihat terdapat bekas pemimpin parti politik cuba men...