Posts

Showing posts from January, 2016

PAS sedia 'bertembung' dengan DAP dalam pilihanraya Sarawak

Image
PAS akan meletakkan calon di 11 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan bersedia menentang mana-mana calon termasuk daripada DAP, kata pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Mustafa Ali. Beliau berkata 9 daripada kerusi itu merupakan kawasan lama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, manakala baki 2 lagi kerusi merupakan kawasan baru Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak yang menyaksikan pertambahan 11 kerusi DUN di negeri ini. Katanya keputusan PAS untuk bertanding di 11 kerusi tersebut juga dibincangkan bersama PKR kerana PAS masih mempunyai hubungan dengan parti itu dan tiada perbincangan diadakan dengan DAP. "Setakat perbincangan dengan PKR, kita tidak mahu ada pertindingan kerusi dengan mereka (PKR), tetapi yang lain boleh bertindih...tiada masalah sebab kita tidak ada hubungan dengan mereka. "Kita akan bertanding di 11 DUN, PAS akan meletakkan calon daripada pelbagai latar belakang termasuk profesional, agamawan dan ju...

Berbalah Lah Lagi Baik......Menyampah Betul Politik PR Ni...PKR tidak akan tunduk dengan tuntutan kerusi DAP

Image
PKR tidak akan tunduk dengan tuntutan DAP merebut kerusi kawasan luar bandar milik PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar tidak mahu pertelingkahan yang boleh diselesaikan dengan perbincangan, akan menjejaskan peluang PKR untuk memenangi kerusi setelah bekerja keras merekrut ahli dan mendapat sokongan pengundi di kawasan luar bandar. Beliau menyifatkan tindakan DAP sebagai sombong kerana berani menuntut kerusi luar bandar secara terbuka di media. Selain itu, tindakan DAP seperti mengingkari perjanjian persefahaman Pakatan Harapan antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara iaitu meletakkan seorang wakil atau satu lawan satu untuk setiap kerusi. “Perkara sedih berlaku di Sarawak iaitu DAP mencabar PKR untuk kerusi luar bandar. Jika mereka sudah masuk kerusi PKR dan mahu cabar PKR, kita sedih mengatakan bahawa kami tiada pilihan untuk menentang mereka. “Jangan sesekali secara terbuka dan memberitahu yang anda (DAP) mahu bertanding di 24...

Bahri SPRM Mengamuk Bila Abu Kassim Mahu Siasat Isu Isteri Kedua?

Image
Elok Bahri buat pencerahan terhadap laporan portal bicaranews ini. Memperbodohkan khalayak netizen dengan alasan akaun telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab hanya untuk menutup ‘love bite’ di leher dan paling tuntas ia diibaratkan sebagai “Baling batu, sembunyi tangan”. Walaupun tidak dinafikan ada sebahagian kecil netizen yang sememangnya suka diperbodohkan serta pantas mempercayai sesuatu berita tanpa perlu diselidiki entah benar atau palsu tetapi tetap gatal jari untuk viralkan tanpa memikirkan kesan buruk hasil perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan beretika dalam media sosial. Menurut Bicara.News lagi, mungkinkah itu alasan ‘konkrit’ yang digunapakai oleh seorang wanita yang menggelarkan diri sebagai datin walaupun beliau sedar dirinya berstatus isteri kedua kepada Pegawai Tertinggi SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin iaitu Datin Noor Haslina Abdullah apabila menaikkan satu posting di FB beliau dengan menyatakan beliau telah ‘mendapat’ kembali akaun FB peribadinya...

Cubaan Kelirukan Info Caruman KWSP, Si Bodoh Gagal

Image
NAMPAKNYA usaha pihak antikerajaan memutar belit fakta sudah sampai kepada tahap ‘bodoh sombong’ atau mungkin ibarat tikus baiki labu apabila sanggup ‘memusing’ cerita sebenar dan membuat andaian bukan-bukan. Terbaharu, kecoh di media sosial apabila seorang netizen dipercayai penyokong pembangkang menyebar dakyah jahat kononnya pengurangan 3% caruman Kumpulan Wang Simpan Pekerja (KWSP) sebagai ‘menipu’ rakyat. Penulis berkenaan merujuk kepada perutusan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan ketika berucap membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya pada Khamis lalu. Berselindung di sebalik nama “seorang rakyat Malaysia”, netizen itu cuba sembunyikan beberapa fakta dan pada masa sama memperbesarkan isu penurunan caruman KWSP sebagai konon taktik kerajaan ‘rompak’ duit rakyat. Barang kali ramai sudah baca hujah dangkal penulis ini dan pasti bagi yang tidak tahu hujung pangkal akan setuju bulat-bulat dengan tohmahan fitnahnya konon k...

Annuar mampu lonjakkan imej Umno yang agak terkebelakang

Image
SHAH ALAM: Pelantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan Umno yang baru berkuatkuasa semalam, diyakini mampu melonjakkan imej parti Melayu itu yang sedikit merosot kebelakangan ini ekoran pelbagai isu yang membelenggu rakyat. Menurut Pensyarah di Jabatan Kewartawanan Universiti Tun Abdul Razak (UTAR), Edwin Michael Muniandy, pelantikan Annuar yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu dilihat daripada kredibiliti beliau yang mampu mengendalikan isu, seperti yang pernah dihadapinya tahun lalu. Edwin merujuk kepada isu pembelian hartanah Dudley International House di Melbourne, Australia oleh anak syarikat MARA, Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) yang mencetuskan kontroversi ekoran dikatakan membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan.       "Ketua Penerangan Umno ini memainkan peranan yang sangat penting. Sejak jawatan ini dipegang (Datuk) Ahmad Maslan, kita nampak Umno tak bergerak ke depan (malah) terkebelakang dari sudut penerangan itu sendiri....

Kalaulah ini berlaku pada pemimpin BN.....anjing2 Pakatan mesti menyalak 24 jam!!!

Image

Syed Ali : DAP berniat jahat, cuba runtuhkan kredibiliti Tabung Haji

Image
KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee memberi amaran kepada DAP agar tidak mencampuri urusan pendoposit dalam Lembaga Tabung Haji (TH). "Saya minta DAP jangan cuba campur tangan dalam urusan yang bersangkut dengan kepentingan orang Melayu dan umat Islam, jangan cuba nak jadi jaguh yang tak diundang," tegasnya. Beliau berkata, TH masih relevan dan kekal kukuh sebagai instutusi yang menjaga kepentingan orang Melayu terutama bersabit dalam urusan menunaikan ibadat haji. "Apabila DAP cuba mencampuri urusan TH, seolah-olah mereka ada agenda tersendiri untuk menjahanamkan  institusi berkeaan yang sekaligus akan merugikan orang Melayu," tegasnya. Syed Ali mengingatkan parti rasis itu supaya 'menjauhi' isu yang menyetuh TH yang selama ini terbukti amat berkepentingan kepada orang Melayu dan umat Islam di negara ini. "saya naik ingatkan DAP, jangan cuba jadi penghasut dan menabur racun untuk merosakkan keyakinan pendoposit TH deng...

Inilah Otak Dan Mentaliti .....Pembangkang Ingat Senang2 Boleh Jumpa Raja Saudi?

Image
Dalam dunia Islam sejak zaman Empayar Ottomaniah lagi konsep payung (membantu)  jajahan  bukan sahaja terhadap tanah jajahan malah mereka juga menjaga keselamatan negara2 Islam yg diluar kekuasaannya juga. Malah jika dibaca buku2 sejarah peranan Empayar ramai tentera Empayar Ottomaniah yang berkampung di Aceh dan membantu kerajaan2 di Nusantara memerangi tentera penjajah. Jetru kisah dana dari Raja Arab Saudi bukan lah sesuatu yang memeranjatkan jika ianya memang benar2 berlaku. Jika diimbas kembali semasa Tun M dan DS Anwar memegang jawatan menteri kewangan pun mereka sering dikaitkan dengan dana dari negara2 Arab. Malah selepas DS Anwar dipecat pun orang ramai masih mengaitkan beliau kononnya banyak wang hasil dari dana dan sokongan dari negara2 Arab. Suatu yg tentera cyber pembangkang cuba rahasiakan daripada rakyaat Malaysia adalah, "ingat senangkan untuk sesiapa saja pergi nak mengadap Raja Saudi tanpa undangan?" Pastinya segala urusan adalah melalui orang teng...

Skandal Dana Israel RM1.2 Billion, Kenapa DAP Takut Saman Razali, Soal PMSP

Image
Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hairan dengan sikap pengecut DAP yang tidak mempunyai keberanian untuk menyaman bekas aktivis DAP, Mohamed Razali Abd Rahman berkaitan isu dana pilihan raya bernilai RM1.2 billion dari Israel. Presiden PMSP, Dato’ Seri Ramesh Rao berkata beliau telah menghubungi Razali dan bekas aktivis DAP itu bersedia mengemukakan bukti, jika DAP menyaman dan membawa kes itu dibawa ke mahkamah. “DAP kena jadi anak jantan. Dalam parlimen boleh bising, kat luar boleh bising. Sikit-sikit saman. Desak Datuk Seri Najib saman WSJ. “Sekarang saya minta awak (DAP), saman Razali, kalau kamu anak jantan. Jangan diamkan diri,”kata Ramesh kepada pemberita selepas menyerahkan satu memorandum ke Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur semalam. Ramesh (foto) berkata NGOnya, PMSP memberi tempoh dua minggu kepada DAP untuk mengemukakan saman terhadap Razali. Jika DAP gagal berbuat demikian, PMSP akan membuat laporan polis untuk kes tersebut dan akan mengadakan desakan s...

Kempen Gaya Mewah DAP Mula Dipertikai

Image
Walaupun penggunaan treller panjang sudah digunakan DAP sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), namun persediaan treller itu untuk persiapan kempen bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016 mula dipertikai. Ini kerana sampai sekarang, DAP gagal menjawab isu pemberian dana RM1.2 billion daripada Israel yang pernah didedahkan oleh bekas aktivis strategik DAP, Mohamed Razali Abd Rahman pada tahun 2012. “DAP Sarawak telah memperkenalkan trak kempennya dan ia merupakan satu persediaan untuk menghadapi pilihan raya negeri. “Dari mana punca dana mereka itu, makan malam pengumpulan dana, derma BRIM dari ahli-ahli mereka atau dari dana Israel RM 1.2 bilion ?” soal Ronnie Klassen. Penggunaan treler panjang oleh DAP itu dianggap sebagai satu strategi yang menjolok mata di Sarawak memandangkan parti itu bukan pemerintah, sebaliknya pembangkang yang hanya memiliki 12 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak daripada 71 kerusi pada PRN 2011. “DAPigs sekarang sangat kaya..selepas menda...

RPK DEDAHKAN PERGADUHAN DI SPRM DAN PENGARAH OPERASI KHAS SEBAGAI AGEN DAP!!!

Image
Mengejutkan dan terlalu sukar untuk dipercayai! Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali RPK, menerusi blognya, Malaysia Today, telah mendedahkan tentang perselisihan atau lebih tepat lagi pergaduhan antara Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed dengan Pengarah Operasi Khas, Bahri Mohamed Zin kerana perlanggaran protokol dan etika yang dilakukan oleh Bahri. Ditambah pula, isteri kedua Bahri sedang berhadapan dengan masalah kewangan dan keadaan itu membuatkan kedudukan Bahri lebih mencurigakan. Tulis RPK, Abu Kassim dan Bahri hampir bertumbuk di ibu pejabat SPRM apabila Bahri mengancam untuk mendedahkan Abu Kassim serta pegawai-pegawai tinggi SPRM yang lain, yang dituduhnya rasuah dan menyalahgunakan kuasa, sekiranya tindakan disiplin diambil ke atasnya dan dia tersadai di dalam penjara. Antara yang diungkit oleh Bahri adalah pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed. Bahri menuduh, mereka bukan sahaja dibunuh tetapi juga kes tersebut telah ditutup dengan maklumat...

Gambar Konvoi #BebasAnwar Tidak Dapat Sambutan....

Image
 Hari ini puteri sulung Ketua Umum PKR, Nurul Izzah Anwar melancarkan konvoi yang dinamakan #BebasAnwar. Konvoi ini akan berlangsung selama 24 jam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan akan berakhir di Penjara Sungai Buloh. Sayangnya, di sekitar pelancaran konvoi berkenaan petang tadi, sambutan pengikut-pengikut Anwar Ibrahim amat sejuk dan dingin. Peserta dan kenderaan konvoi boleh dibilang dengan jari. Tiada kelibat isteri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah yang sibuk berkempen di Sarawak. Apakah aura Anwar Ibrahim sudah mula dilupai ramai?

Riyadh sokong pemimpin 
Islam sederhana seperti Najib

Image
Dana lebih RM2 bilion oleh Arab Saudi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak me­nunjukkan sokongan Riyadh kepada pemimpin Islam yang mengamalkan kesederhanaan dalam perjuangan mengekang ekstremisme di seluruh dunia, menurut The Telegraph. Akhbar British itu, dalam laporan oleh wartawan Con Coughlin, berkata banyak negara Arab yang pro-Barat seperti Jordan, Maghribi dan Mesir, sebelum ini merupakan penerima sumbangan Arab Saudi ketika mereka berusaha untuk membendung pengaruh fahaman ekstremisme. “Ketika ISIL (atau Daesh) menggunakan berjuta-juta dolar yang dirampasnya dari bank-bank Arab yang dijarah dan operasi penyeludupan minyak yang lumayan untuk membiayai penularan ideologi ekstremisme Islam, inisiatif Arab Saudi untuk membiayai pemimpin Islam yang berfahaman sederhana menunjukkan betapa pentingnya untuk membendung pengaruh ekstremis yang menaja keganasan,” kata beliau. Artikel itu menyatakan bahawa Malaysia, yang mempunyai penduduk majoriti beragama Islam, juga menjadi sasaran...

Biar Betul Ni....Berlaku “Letupan” Di SPRM?

Image
Isu RM2.6 bilion telah mencetuskan bukan hanya perebutan kuasa dalaman Umno. Ia juga telah mencetuskan perebutan kuasa dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed, mahu mengambil tindakan disiplin terhadap Pengarah Operasi Khas, Bahri Mohamad Zin, atas sebab pelanggaran etika dan protokol. Tambahan pula, isteri kedua Bahri sedang menghadapi masalah kewangan dan beliau disyaki berada dalam kedudukan yang rapuh, yang bererti beliau terdedah. Bahri dan Abu Kassim hampir bertumbuk hari ini desas desus di ibu pejabat SPRM mengatakan peperangan terbuka dan pahit telah berlaku. Bahri telah mengancam untuk mendedahkan Abu Kassim dan pegawai-pegawai lain di SPRM yang beliau dakwa sebagai perbuatan rasuah dan salah laku. Bahri memberi amaran, jika mereka mengambil tindakan terhadapnya maka semua orang akan penjara. Di antara senarai jenayah tersebut, menurut Bahri, adalah pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed. Bahri mend...

Ambik 6% (GST) Bising, Bagi 3% (EPF) Pun Bising, Pembangkang Dah Gila?

Image
PENULIS tak rasa pakatan pembangkang yang diketuai DAP masih rasional.  Mereka sebenarnya ada masalah lebih besar (isu CEC tak selesai) dan calon Perdana Menteri pilihan mereka adalah seorang peliwat, maka itu asyik main persepsi negatif pasal kerajaan BN, lepas satu, satu. Terbaru caruman isu EPF pekerja dikurangkan 3%.  Apa masalahnya disitu pun penulis tak faham.  Pertama itu bukan kali pertama dibuat, dah beberapa kali sejak 1998, kedua, ini cerita tambah duit dalam poket rakyat, pun nak bising juga?  Ketiga, itu pilihan bukan paksaan pun dan ke empat, ini bukti kerajaan ada duit, bukan nak bankrap. Pakatan pembangkang yang diketuai DAP ini tak tahukah, ramai pekerja di luar sana yang memilih untuk carum EPF lebih dari 11% (walaupun undang-undang menetapkkan kadar 11%) sebab mereka mahu lebih banyak wang masa bersara nanti!!  DAP bodoh sangat ke tak tahu?  Isi borang 17A, selesailah masalah, tak payah pergi pejabat EPF pun, muat turun atau dapatka...

Video Panas Buat Geng PR.....Najib Tidak Terlibat Dalam Kes Bunuh Altantuya - Sirul

Image
PETALING JAYA: Sirul Azhar Umar telah bersumpah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006. Menerusi satu video berdurasi 55 saat, bekas komando polis itu dilihat duduk dengan mengenggam kedua-dua tangannya. "Saya mengerti apa kehendak sesetengah pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan seseorang," kata Sirul. "Saya tidak pernah diajar atau diasuh untuk memfitnah seseorang. Adalah berdosa besar kepada saya jika saya memfitnah seseorang itu. "Dan saya lafazkan di sini, Wallahi... Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat, tidak ada kaitan dengan kes ini," katanya. Ia merupakan video ketiga Sirul bersuara mengenai kes pembunuhan Altantuya. Menerusi video pertama, Sirul berkata, terdapat pihak berkepentingan yang cuba mensabotaj seseorang, tetapi tidak menyatakan sebarang nama. Video kedua menu...

Penulis pojok akhbar Cina tak puas hati prestasi PAN

Image
Selepas beberapa bulan beroperasi sebagai parti politik... kepimpinan Parti Amanah negara (PAN) dikritik oleh akhbar Cina  kerana tidak memenuhi 'harapan-harapan' mereka. Akhbar China Press bertarikh 26 Januari 2016 menyiarkan artikel bertajuk ‘Realiti dan persepsi antara kemajuan dan keterbukaan’ yang ditulis oleh Lai Shao Kwang disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C13. Menurutnya, pemimpin PAN nampaknya terlepas pandang banyak isu yang sepatutnya diperjuangkan mereka sebagai sebuah parti beraliran sederhana. Antaranya, cadangan beberapa pihak supaya dipisahkan troli yang digunakan oleh pelanggan Muslim dan bukan Islam di pasar raya. Cadangan itu dibuat susulan ada pengunjung membawa anjing dalam troli. Beliau kesal kerana PAN mengambil sikap berdiam diri dan tidak menentang cadangan tidak munasabah itu. PAN tidak berani campur tangan kerana bimbang hilang sokongan orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang. Untuk rekod bekas p...

PAS Akui Rakyat Sarawak Suka Kepimpinan Adenan

Image
KUCHING: PAS pada Sabtu mengakui kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menyukarkan pembangkang menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, hasil tinjauan rambang mendapati masih sukar bagi pembangkang mengatasi Barisan Nasional (BN) Sarawak pada pilihan raya negeri ke-11 itu. "Jika ditanya senario politik ketika ini bagaimana serta kemungkinannya, sejujurnya selama saya berada di Sarawak, saya pun ada bertanya secara rambang bukan tinjauan khusus, dan berdasarkan tinjauan yang kita lakukan, nampaknya masih sukar bagi pembangkang menang pada PRN nanti," katanya. Mustafa berkata, sebagai anggota sebuah parti pembangkang, beliau sepatutnya tidak boleh menyebut sebegitu, namun beliau bersikap realistik tentang apa yang didengar daripada rakyat Sarawak. "Mereka.. (rakyat) Sarawak kata tentang ini...saya gunakan istilah yang mereka guna 'terdapat beberapa perkara baik tentang Ketua Mente...

Menakutkan Sekali.....Penumpang Alami Detik Ngeri Pesawat Menjunam 24,000 Kaki

Image
PENUMPANG sebuah pesawat merasai pengalaman ngeri apabila pesawat itu menjunam 24,000 kaki dalam masa hanya lima minit. Seorang penumpang yang terkejut dengan insiden itu menceritakan detik cemas apabila pesawat Air Canada bagi penerbangan 549 mengalami masalah tekanan udara sehingga memaksa ia membuat pendaratan cemas. Ketika kejadian, pesawat berkenaan dalam penerbangan dari New Jersey ke Vancouver pada Jumaat malam. Tekanan udara di dalam kabin yang merosot menyebabkan topeng oksigen dikeluarkan secara automatik. Amaran kecemasan diisytiharkan dan juruterbang menurunkan pesawat secara mendadak dari paras 34,000 kaki kepada 10,000 kaki dalam masa lima minit. Pesawat itu kemudiannya dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson Toronto. Jurucakap Air Canada, Angela Mah berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden pesawat yang membawa 107 orang itu. - Mirror

PELIK...Kerajaan Arab Saudi masih tak nafi kenyataan Peguam Negara mengenai PM

Image
Kesian juga…ada kalangan yang sedang berhempas pulas nak terus ‘ mandikan’ Datuk Seri Najib Tun Razak dengan isu dana RM2.6 billion bukanlah mereka yang tidak ada otak.Ini termasuk dari puak pembangkang yang boleh dikira bijak pandai. Politik punya pasal senang saja… buat-buat bodoh dan putar apa saja yang boleh untuk bagi orang percaya. Antara yang sakan kena persenda di media sosial dan blog-blog puak sebelah sana sekarang ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi. Beliau digambarkan jumpa ‘orang mati’ yakni penyumbang dana itu.Ini merujuk kepada Almarhum Raja Abdullah yang meninggal dunia pada 23 Januari 2015. Apa lagi kalau bukan kenyataan Zahid beliau sudah temui ‘wakil’ penyumbang dana. Cuba baca balik berita pada 22 Ogos 2015 ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Sri Gading di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Di situ Timbalan Perdana Menteri mengesahkan secara peribadi sudah bertemu ‘wakil keluarga’ dari Asia Barat, yang mende...

KISAH DAN TELADAN

Image
Dari bilik mayat sebuah hospital, seorang ustaz keluar dan bertanya apakah si isteri mahu memandikan jenazah suaminya. Si isteri mengangguk tanda persetujuan. Ustaz tersebut kemudian bersama beberapa orang menemani si isteri memandikan jenazah suaminya. Si isteri menangis ketika memandikan jenazah suaminya. Sambil menangis isteri berkata, " Inilah janji kita sebagai suami isteri... Jika abang pergi lebih dulu maka sayalah yang memandikan jenazah abang. Andai saya yang pergi dulu, abanglah yang akan memandikan jenazah saya..." Dengan tenang si isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayang padamu... wahai suamiku... Semoga Allah mengampuni dosa-dosamu dan menyatukan kita di akhirat nanti..." Saat membasuh tangan jenazah suaminya, si isteri berkata... "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, rezeki yang masuk ke mulut kami... Semoga Allah memberi pahala untukmu wahai suamik...

DAP CUBA MENGHAPUSKAN HAK KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA DIDALAM PEMBELIAN RUMAH MEWAH.

Image
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencadangkan agar kerajaan negeri memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor. Katanya, langkah itu mampu memberi kesan ekonomi yang lebih baik kepada kerajaan Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu. Menurutnya, tidak ada sebab diskaun bumiputera dikekalkan melibatkan kedua-dua jenis hartanah itu kerana sudah tentu bumiputera yang terlibat dalam pemilikan tersebut adalah mereka yang berkemampuan. ''Jadi adalah wajar diskaun kepada bumiputera untuk pemilikan hartanah ini tidak dikekalkan kerana ia melibatkan nilai yang tinggi. ''Maknanya, bumiputera perlu berdikari dalam soal pemilikan hartanah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut Tony, pemansuhan diskaun itu mampu memberi kesan positif kepada ekonomi Selangor kerana selain mewujudkan nilai hartanah ya...

PRN Sarawak 30 April, Penamaan Calon 18 April – Adenan

Image
KUCHING: Tan Sri Adenan Satem membuat kejutan pada malam Jumaat apabila mengumumkan Sarawak bakal mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) pada 30 April ini. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak turut mengumumkan 18 April sebagai tarikh penamaan calon. Adenan mengumumkan kedua-dua tarikh itu dalam ucapannya ketika merasmikan Seminar Persiapan Menghadapi PRN-11 Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, di sini, malam Jumaat. “Saya sudah bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan memutuskan untuk menetapkan 18 April sebagai tarikh penamaan calon dan hari mengundi pada 30 April,” katanya. Namun Pengarah SPR Negeri, Datuk Takun Sunggah tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut. Adenan bagaimanapun tidak mengumumkan tarikh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan.

KILANG KICAP, ASAM JAWA KOTOR KENA TUTUP

Image
IPOH - Dua kilang pemprosesan makanan di kawasan perindustrian di sini diarah tutup selama dua minggu selepas didapati persekitarannya kotor. Dua premis masing-masing membabitkan kilang asam jawa dan kilang membuat kicap di kesan mengabaikan aspek kebersihan termasuk kehadiran najis binatang. Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pemeriksaan mengejut yang dilakukan di kilang pemprosesan asam jawa itu mendapati tempat penyimpanan barang dan tempat pembungkusan di tahap kurang memuaskan. Menurutnya, walaupun ada inisiatif dan usaha dari pengusaha kilang namun belum mencapai syarat-syarat ditetapkan dan masih terdapat banyak kelemahan. "Antaranya, pencahayaan yang kurang, pekerja tidak menggunakan apron serta penutup kepala malah ketika pemeriksaan dilakukan terdapat tali, plastik dan surat khabar di bekas asam jawa. "Selepas mengambil kira semua aspek, kilang ini terpaksa ditutup untuk memberi peluang kepada pemilik kilang melakukan kerja-kerja pembe...

ROMBAKAN : UMNO MENAMPAKKAN KESEDIANNYA BAGI MENGHADAPI PILIHAN RAYA

Image
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO hari ini menyaksikan Parti yang menjadi tunjang pemerintahan negara ini mengorak langkah mengukuhkan jentera Penerangan serta pilihanrayanya. Tan Sri Anuar Musa, Ketua Umno Bahagian Ketereh telah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baru bagi menggantikan Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan yang diberikan mandat baru sebagai Pengerusi Biro IT. Ahmad juga dilantik sebagai ahli MT bagi mengisi kekosongan jawatan yang sebelum ini pernah ditawarkan kepada Ustaz Kazim Elias. Selain daripada itu, jawatan Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO yang disandang oleh Dato Sri Shafie Apdal diganti dengan Dato Seri Azeez Rahim bagi memantapkan usaha menambah ahli UMNO dan mendaftar pemilih. Tempat Azeez sebagai Pengerusi Biro Kebajikan diambil alih oleh Dato Samsul Anuar Nasarah. Bagi memastikan generasi muda diberikan tumpuan yang lebih mendalam, Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa UKM, Dato Razali Ibrahim telah dilantik m...

Minta Maaf Lah PKR Nak Bertapak DI Sabah Dan Sarawak

Image
Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh pembangkang khususnya PKR sejak akhir2 ini di negeri Sarawak sebelum pilihanraya negeri berlangsung. Mesej "Demi Sarawak, Ekonomi Hebat, Masyarakat Adil" adalah retorik dan angan-angan yang cuba dibawa pembangkang untuk mempengaruhi minda rakyat Sarawak. Yang pasti, suatu ketika dahulu pihak pembangkang sering kali mempertikaikan pembangunan negeri Sarawak dan menganggap negeri Sarawak masih mundur berbanding negeri2 lain di Malaysia. Tetapi kali ini berani pula PKR meletakkan mesej atau manifesto 'Ekonomi hebat' sedangkan ekonomi negeri Sarawak telah hebat sejak pemerintahan BN antaranya memiliki loji terbesar pemprosesan gas cecair asli LNG di Bintulu, petroluem di Miri, penanaman koko terbesar di Sarawak yang merupakan komoditi ke empat terbesar di Malaysia, penanaman lada hitam di Sarawak dan banyak lagi ekonomi2 yan mempunyai prospek tinggi di Sarawak. Realiti dan Hakikatnya mesej yang cuba diguna pakai PKR Sarawak in...

SAJAK A.SAMAD SAID YANG MEREPEK! APA TUJUAN SEBENAR ORANG TUA NI

Image
 DASAR ORANG TUA YANG TAK MALU DAN NYANYUK. SASTERAWAN NEGARA YANG HILANG ARAH AKIBAT MINDA DICEMARI DAP. HAI Dayak.... berubah lah sempena tahun baru.. Hai Dayak.... Tanahmu semua dirampas orang ternama melayu dan kroni bn , ekonomi pula dikuasai cina, golongan profesional semuanya bukan kamu, warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa, Orang bangla pula menjadi Jaga, orang Nepal yang menabur baja, orang pakistan usung jaja karpet merata, Lalu dayak ada apa? harapkan ketua masyarakat , saling menyesat, harapkan hiburan, lagi best filem barat, harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat, harapkan tulisan, alkitab pun di hina, harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat! Hai dayak!!!?? masih tak puas di perbodohkan? sibuk mahu menjadi orang beriman dan berpangkat, rupanya rumah panjang menjadi usang dan kosong, hantu jadi penunggu, ditipu mentah orang atasan, konon perjuangan ini untuk kalian! kerja sikit, sembang kencang, banyak rungut, sikit ...

PKR makan keliling, undi Cina dan undi Melayu terjamin!Takuttt Bebbb Hilang Jawatan MB Tu

Image
PKR bertegas mahu mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Harapan (PH) dan dalam masa yang sama mengekalkan tahaluf siyasi dengan Pas. Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ini dapat memberi ruang cukup baik bagi parti itu dalam hubungan antara parti politik yang berpegang kepada semangat agenda reformasi untuk bawa perubahan dalam sistem pemerintahan negara. “Saya ingin tegaskan kita ingin kukuhkan hubungan dengan parti dalam PH iaitu DAP dan Amanah. “Pada masa sama mengekalkan kerjasama dalam PR bersama Pas,” katanya ditemui media selepas Majlis Amanat Pimpinan Pusat di sini hari ini. Mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Azmin berkata pihaknya ada melakukan perbincangan dengan Pas dan difahamkan sudah ada satu kata muafakat sudah dipersetujui. “Kita harus mengetahui hakikat pada PRN lalu Pas bertanding enam kerusi dan pertemuan itu kita telah membincangkan kedudukan kerusi yang akan dipersetujui secara bersama. “Dan sudah tentu kita perlu b...

Inilah Cara DAP memerintah.....Tauke Nasi Kandar Line Clear Mahu Bersara Selepas Pindah Outlet Ke K.Lumpur

Image
GEORGE TOWN: Kira-kira 70 peratus daripada pekerja, termasuk tukang masak di kedai nasi kandar popular Line Clear yang terletak di Penang Road akan berpindah ke Kuala Lumpur dalam tempoh dua minggu lagi. Walaupun masih beroperasi seperti biasa sehingga semalam, pengendali semasa, Abdul Hamid Seeni Parkir telah menerima notis pengusiran dan merancang untuk bersara. Resipi nasi kandar popular itu akan dibawa oleh anak-anaknya ke ibu kota. Salim Madinah, 37, wakil bagi pihak Abdul Hamid berkata, lelaki berusia 67 tahun itu telah merancang untuk bersara dan menghabiskan masa bersama cucunya. "Kami akan membuka outlet di Jalan Raja Abdullah di Kampung Baru, esok (Jumaat) yang akan dijalankan oleh anak-anak dan saudara-saudaranya," kata Salim, sambil menambah mereka akan menghidangkan nasi kandar untuk tujuan amal kepada golongan kurang bernasib baik pada hari itu. Bagaimanapun katanya, Abdul Hamid akan memberikan nasihat kepada anak-anaknya. Katanya, apabila pemegang...

Penulis akhbar Cina tak puas hati prestasi PAN

Image
Selepas lebih tiga bulan beroperasi sebagai parti politik... kepimpinan Parti Amanah negara (PAN) dikritik oleh akhbar Cina  kerana tidak memenuhi 'harapan-harapan' mereka. Akhbar China Press bertarikh 26 Januari 2016 menyiarkan artikel ertajuk ‘Realiti dan persepsi antara kemajuan dan keterbukaan’ yang ditulis oleh Lai Shao Kwang disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C13. Menurutnya, pemimpin PAN nampaknya terlepas pandang banyak isu yang sepatutnya diperjuangkan mereka sebagai sebuah parti beraliran sederhana. Antaranya, cadangan beberapa pihak supaya dipisahkan troli yang digunakan oleh pelanggan Muslim dan bukan Islam di pasar raya. Cadangan itu dibuat susulan ada pengunjung membawa anjing dalam troli. Beliau kesal kerana PAN mengambil sikap berdiam diri dan tidak menentang cadangan tidak munasabah itu. PAN tidak berani campur tangan kerana bimbang hilang sokongan orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang. Untuk rekod bekas ...

Lantik Exco kombinasi Umno, Pas...Apa Pandangan Anda?

Image
ALOR SETAR - Kedah mungkin boleh memulakan langkah mewujudkan kerjasama antara Umno dan Pas untuk sama-sama mentadbir negeri demi kepentingan dan kebajikan rakyat. Jika tidak dimulakan langkah pertama, sudah pasti kita tidak tahu hasilnya. Diharap Kedah boleh menjadi contoh dan ikutan untuk negeri lain dalam menjayakan hasrat murni kepimpinan atasan kedua-dua parti sebelum ini untuk mengadakan kerjasama politik Umno dan Pas. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk melakukan ujian yang belum tahu apa hasilnya kelak. Mungkin mereka boleh berjaya dan mungkin tidak. Tetapi sekurang-kurang mereka sudah berusaha ke arah itu - perkongsian kuasa sesama parti yang dterajui orang Islam. Seorang veteran Umno Kedah berkata, tidak salah untuk mencuba pendekatan yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun di negara ini iaitu parti pemerintah dan pembangkang berada dalam sebuah kerajaan untuk mentadbir sebuah negeri. “Apa salahnya kita mencuba sesuatu yang baharu. Ini bukan zaman 1950-an...