PELIK...Kerajaan Arab Saudi masih tak nafi kenyataan Peguam Negara mengenai PM

Kesian juga…ada kalangan yang sedang berhempas pulas nak terus ‘ mandikan’ Datuk Seri Najib Tun Razak dengan isu dana RM2.6 billion bukanlah mereka yang tidak ada otak.Ini termasuk dari puak pembangkang yang boleh dikira bijak pandai.

Politik punya pasal senang saja… buat-buat bodoh dan putar apa saja yang boleh untuk bagi orang percaya.


Antara yang sakan kena persenda di media sosial dan blog-blog puak sebelah sana sekarang ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.


Beliau digambarkan jumpa ‘orang mati’ yakni penyumbang dana itu.Ini merujuk kepada Almarhum Raja Abdullah yang meninggal dunia pada 23 Januari 2015.


Apa lagi kalau bukan kenyataan Zahid beliau sudah temui ‘wakil’ penyumbang dana.


Cuba baca balik berita pada 22 Ogos 2015 ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Sri Gading di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.


Di situ Timbalan Perdana Menteri mengesahkan secara peribadi sudah bertemu ‘wakil keluarga’ dari Asia Barat, yang menderma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri.


Beliau samasekali tidak menyebut bertemu Almarhum Raja Abdullah.


"Saya berjumpa dengan Ketua Pegawai Pelaburan daripada penderma, serta pemegang amanah keluarga berkenaan, tidak perlu saya sebut nama, tetapi saya bertanya kenapa dana ini didermakan kepada Malaysia.


"Pihak ini memaklumkan Malaysia bukan satu-satunya negara yang menerima derma ini, tetapi juga negara Islam lain," katanya.


Kenyataan itu cukup jelas.


Namun putarannya sekarang Zahid didakwa cakap mengarut dan berbohong jumpa Raja Arab Saudi yang sudah meninggal dunia.

Mereka cakap bagaimana beliau cakap pada 22 Ogos 2015 ada jumpa penyumbang sedangkan Raja Abdullah mangkat pada 23 Januari 2015.


Memang ramai yang sedang meroyan tidak tentu hala sekarang setelah Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali umum pada 26 Januari 2016 bahawa tiada kesalahan jenayah dilakukan Najib dalam kes itu.


Melalui pengumuman itu beliau juga pertama kali sebut sumbangan dana itu adalah dari keluarga diraja Arab Saudi.


Jumlah derma sebenarnya cuma USD681 juta bersamaaan RM2.08 billion dan bukan RM2.6 billion seperti yang selama ini dilaporkan.


Sumbangan itu masuk ke akaun Perdana Menteri antara 22/3/2013 dan 10/4/2013


Beliau juga beritahu pada 23/8/2013 Perdana Menteri telah pulangkan USD 620 juta yakni RM 2.03 billion.


Ini sekaligus menjawab tandatanya ramai sebelum ini siapa individu dari Timur Tengah yang sumbang dana itu.


Kata orang jawab salah...tak jawab salah.


Sudah itu pulangkan baki dana yang tidak digunapakai pun sudah jatuh salah dan dipersoalkan.


Peguam Negara sendiri teruk kena balon dari pelbagai sudut.Macam-macam pandangan ‘ pakar’ undang-undang keluar di portal pro pembangkang dan media sosial.


Semuanya cuba gambarkan macam beliau kecut salah perhitungan dan nak pertahan Perdana Menteri ‘all out’.


Sebaliknya beliau sudahpun jelaskan semuanya berdasarkan kertas siasatan SPRM yang tidak mempunyai bukti Najib salah.


Sebenarnya kalau ikut sifarnya mudah saja dan tidak perlu sangat nak fikir panjang-panjang.


Cuba tanya diri sendiri apakah Peguam Negara berani main-main sebut nama keluarga di Raja Arab Saudi segala macam jika ia tidak yang sebenarnya.


Apakah kita boleh ‘ play the fool’ dengan keluarga diraja Arab Saudi?


Semua orang tahu hubungan antara kerajaan dengan kerajaan Malaysia-Arab Saudi cukup akrab selama ini.


Ia bukan sahaja melibatkan kuota Haji tetapi segala macam bidang.


Bayangkan impak dan implikasi hubungan antara dua negara jika Peguam Negara nak main hentam keromo sebut secara terbuka keluarga diraja Arab Saudi yang beri sumbangan itu.

Juga bayangkan apa jadi kepada Perdana Menteri jika kenyataan itu tidak betul.


Lagipun pihak SPRM sendiri beritahu pasukan penyiasatnya sudah temui sendiri dengan pihak yang bagi derma itu.


Kenyataan Apandi sendiri ada sebut mengenai pertemuan itu dan rakaman percakapan antara kedua pihak.


Tak mungkin pegawai SPRM jumpa hantu jembalang di Timur Tengah kalau bukan wakil atau pegawai atau orang yang ada kaitan dengan keluarga diraja Arab Saudi.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL