Penulis akhbar Cina tak puas hati prestasi PAN
Selepas lebih tiga bulan beroperasi sebagai parti politik... kepimpinan Parti Amanah negara (PAN) dikritik oleh akhbar Cina kerana tidak memenuhi 'harapan-harapan' mereka.
Akhbar China Press bertarikh 26 Januari 2016 menyiarkan artikel ertajuk ‘Realiti dan persepsi antara kemajuan dan keterbukaan’ yang ditulis oleh Lai Shao Kwang disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C13.
Menurutnya, pemimpin PAN nampaknya terlepas pandang banyak isu yang sepatutnya diperjuangkan mereka sebagai sebuah parti beraliran sederhana.
Antaranya, cadangan beberapa pihak supaya dipisahkan troli yang digunakan oleh pelanggan Muslim dan bukan Islam di pasar raya. Cadangan itu dibuat susulan ada pengunjung membawa anjing dalam troli.
Beliau kesal kerana PAN mengambil sikap berdiam diri dan tidak menentang cadangan tidak munasabah itu. PAN tidak berani campur tangan kerana bimbang hilang sokongan orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.
Untuk rekod bekas pemimpin PAS yang kalah bertanding mengambil alih parti Pekerja yang merupakan serpihan DAP dan menamakan PAN untuk kembali aktif dalam pakatan pembangkang. Sehingga kini diragui parti tersebut mempunyai pengikut walaupun jelas disertai ramai bekas pemimpin PAS pro DAP.
Menurut penulis akhbar cina itu lagi, dalam isu anjing, kontroversi yang berlaku boleh dielakkan jika orang ramai bersikap lebih bertamadun.
Masyarakat sedemikian tidak akan membawa anjing bersama-sama untuk minum kopi di restoran kerana bau dan bulu yang berterbangan daripada binatang berkenaan akan mengganggu pelanggan lain.
Seterusnya orang Muslim yang bersikap terbuka dan bertamadun tidak akan bertanya adakah teksi yang mereka naik telah membawa anjing sebelum itu?
Berbalik kepada sikap PAN dan parti pembangkang yang kononnya bersikap terbuka dan sederhana.
Adakah ini benar kerana kita lihat tindak-tanduk mereka adalah sebaliknya?
PAN juga tidak berani menentang peraturan yang memerlukan orang ramai memakai pakaian sehingga di bawah paras lutut jika berurusan dengan pejabat kerajaan semata-mata kerana bimbang akan hilang sokongan orang Islam ketika pilihan raya.

Comments