Skandal Dana Israel RM1.2 Billion, Kenapa DAP Takut Saman Razali, Soal PMSP

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hairan dengan sikap pengecut DAP yang tidak mempunyai keberanian untuk menyaman bekas aktivis DAP, Mohamed Razali Abd Rahman berkaitan isu dana pilihan raya bernilai RM1.2 billion dari Israel.

Presiden PMSP, Dato’ Seri Ramesh Rao berkata beliau telah menghubungi Razali dan bekas aktivis DAP itu bersedia mengemukakan bukti, jika DAP menyaman dan membawa kes itu dibawa ke mahkamah.

“DAP kena jadi anak jantan. Dalam parlimen boleh bising, kat luar boleh bising. Sikit-sikit saman. Desak Datuk Seri Najib saman WSJ.

“Sekarang saya minta awak (DAP), saman Razali, kalau kamu anak jantan. Jangan diamkan diri,”kata Ramesh kepada pemberita selepas menyerahkan satu memorandum ke Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur semalam.

Ramesh (foto) berkata NGOnya, PMSP memberi tempoh dua minggu kepada DAP untuk mengemukakan saman terhadap Razali.

Jika DAP gagal berbuat demikian, PMSP akan membuat laporan polis untuk kes tersebut dan akan mengadakan desakan susulan, road show di Gelang Patah, kawasan parlimen yang diwakili oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang dan di bangunan KOMTAR Pulau Pinang, pusat kerajaan negeri yang diperintah oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Tak ada alasan DAP tidak boleh saman Razali. Apa perlu takut ?

“Ada kenyataan media (daripada pimpinan DAP mengatakan) ‘tidak benar..tidak benar (jadi apa tunggu lagi) samanlah (Razali),”katanya lagi.

Menurut Ramesh, kes ini penting dibicarakan di mahkamah kerana ia akan medan penghakiman terhadap dakwaan Razali yang dibuat sejak empat tahun lalu.

“Encik Razali yakin dengan kes ini. Dia kata, ‘saya memiliki dokumen yang cukup,kalau ke mahkamah nanti boleh saya kemukakan, di mana kami dilatih, bagaimana kami dilatih, siapa yang terlibat dalam latihan di Israel’.

“Banyak yang akan kita tahu (nanti). Jami kita mahu dia (DAP) saman (Razali),”katanya.

Tambahnya, jika DAP takut untuk mengemukakan saman terhadap Razali ia akan mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh bekas aktivis DAP itu adalah benar.

“Bagi saya, DAP bukan takut dengan isu RM1.2 billion ini, dia (DAP) cuma takut rahsia di mana mereka dilatih akan terbongkar.

“Sebab, Razali salah seorang pakar strategik DAP. Dilatih untuk menghuru-harakan negara.

“Mungkin DAP ini takut kalau kaitan DAP dengan Israel akan terbongkar sebab kita (Malaysia) tidak ada hubungan diplomat dengan Israel,”katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL