Berbalah Lah Lagi Baik......Menyampah Betul Politik PR Ni...PKR tidak akan tunduk dengan tuntutan kerusi DAP

PKR tidak akan tunduk dengan tuntutan DAP merebut kerusi kawasan luar bandar milik PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar tidak mahu pertelingkahan yang boleh diselesaikan dengan perbincangan, akan menjejaskan peluang PKR untuk memenangi kerusi setelah bekerja keras merekrut ahli dan mendapat sokongan pengundi di kawasan luar bandar.

Beliau menyifatkan tindakan DAP sebagai sombong kerana berani menuntut kerusi luar bandar secara terbuka di media.

Selain itu, tindakan DAP seperti mengingkari perjanjian persefahaman Pakatan Harapan antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara iaitu meletakkan seorang wakil atau satu lawan satu untuk setiap kerusi.

“Perkara sedih berlaku di Sarawak iaitu DAP mencabar PKR untuk kerusi luar bandar. Jika mereka sudah masuk kerusi PKR dan mahu cabar PKR, kita sedih mengatakan bahawa kami tiada pilihan untuk menentang mereka.

“Jangan sesekali secara terbuka dan memberitahu yang anda (DAP) mahu bertanding di 24 kerusi kami (PKR) di luar bandar. Tindakan ini memberi tekanan kepada pemimpin. Janganlah sombong dan fikir orang-orang kita akan ambil lewa perkara ini,” jelas beliau.

Beliau mahu DAP untuk terlebih dahulu berbincang dengan PKR sekiranya berminat meletak calon di kerusi luar bandar dari secara melulu mengumumkan niat mereka di media.

Katanya, kerana ada-nya kekuatan penyokong di bandar sekarang, PKR juga boleh meletak calon di kerusi bandar yang selama ini merupakan kubu kuat DAP.

“Kami telah bekerja keras, berkorban wang dan tenaga. Orang kita telah dipukul, dipenjara dan diancam kerana cuba masuk ke kawasan luar bandar.

Sekarang kita sudah kuat di luar bandar dan bila kami mahu menang di kerusi luar bandar, jangan bagitau kami yang anda mahu ambil kerusi luar bandar dari kami,” tegas beliau.

Beliau berkata, dalam pakatan politik, perlu ada pengorbanan di mana sikap ‘pemenang dapat semua’, ‘saya lebih baik dari awak’ dan, ‘awak lebih baik dari saya’, harus dielakkan.

Mengulas tentang Zon Utara, PKR akan bertanding di tujuh kerusi luar bandar iaitu DUN BaKelalan, Murum, Belaga, Marudi, Telang Usan, Mulu serta Senadin di Miri.

Presiden parti, Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengumumkan dan memperkenalkan ketujuh-tujuh calon semasa pelancaran Bilik Gerakan Utama (BGU) PKR Zon Utara pada hari ini (Sabtu- 30 Januari).

Xavier berkata, semua kerusi luar bandar yang mempertandingkan calon PKR juga dianggap sebagai ‘kerusi tradisional’ untuk parti sejak bertapak di Sarawak pada tahun 2000.

Sejak dari tahun itu juga, PKR menaja dari segi logistik dan kewangan untuk setiap calon di kerusi luar bandar.

“PKR merupakan satu-satunya parti yang mempunyai wakil untuk semua negeri di Malaysia,” jelas beliau.

Beliau memberitahu, untuk Zon Utara, calon telah berkempen turun padang menemui penduduk sejak dua tahun lalu.

“KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) kita tinggi. KPI disetkan oleh JPRN (Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri) bawah Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) yang memantau pergerakan dan prestasi calon. Saya berani memberitahu bahawa calon telah melepasi KPI yang dikehendaki parti pusat, “ jelas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia