PRN Sarawak 30 April, Penamaan Calon 18 April – Adenan
KUCHING: Tan Sri Adenan Satem membuat kejutan pada malam Jumaat apabila mengumumkan Sarawak bakal mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) pada 30 April ini.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak turut mengumumkan 18 April sebagai tarikh penamaan calon.
Adenan mengumumkan kedua-dua tarikh itu dalam ucapannya ketika merasmikan Seminar Persiapan Menghadapi PRN-11 Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, di sini, malam Jumaat.
“Saya sudah bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan memutuskan untuk menetapkan 18 April sebagai tarikh penamaan calon dan hari mengundi pada 30 April,” katanya.
Namun Pengarah SPR Negeri, Datuk Takun Sunggah tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut.
Adenan bagaimanapun tidak mengumumkan tarikh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan.

Comments