Bahri SPRM Mengamuk Bila Abu Kassim Mahu Siasat Isu Isteri Kedua?
Elok Bahri buat pencerahan terhadap laporan portal bicaranews ini.
Memperbodohkan khalayak netizen dengan alasan akaun telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab hanya untuk menutup ‘love bite’ di leher dan paling tuntas ia diibaratkan sebagai “Baling batu, sembunyi tangan”.
Walaupun tidak dinafikan ada sebahagian kecil netizen yang sememangnya suka diperbodohkan serta pantas mempercayai sesuatu berita tanpa perlu diselidiki entah benar atau palsu tetapi tetap gatal jari untuk viralkan tanpa memikirkan kesan buruk hasil perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan beretika dalam media sosial.
Menurut Bicara.News lagi, mungkinkah itu alasan ‘konkrit’ yang digunapakai oleh seorang wanita yang menggelarkan diri sebagai datin walaupun beliau sedar dirinya berstatus isteri kedua kepada Pegawai Tertinggi SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin iaitu Datin Noor Haslina Abdullah apabila menaikkan satu posting di FB beliau dengan menyatakan beliau telah ‘mendapat’ kembali akaun FB peribadinya yang kononnya telah digodam dan dipergunakan berbulan-bulan lamanya selepas kisah beliau yang dikatakan telah ‘membocorkan’ maklumat penting siasatan yang dijalankan oleh suaminya sebelum ini.
Benarkah ia digodam?
Apa signifikan bagi pihak tertentu untuk mengodam akaun peribadinya yang hanya menaikkan posting secara ‘maintain’ menghentam kerajaan? Apakah ada posting baru yang berlawanan pada waktu akaun ‘dimiliki’ penggodam?
Dalam komen dan posting beliau menampakkan dirinya sendiri sebagai seorang yang ‘dibayar‘ sebagai cybertrooper kepada SPRM. ‘Datin’ tersebut seperti selesa dengan maklumat yang diperolehi mungkin melalui ‘pillow talk‘ dan dengan berani menjadi perisai paling hadapan mempertahankan SPRM dan suaminya di FB.
Namun apabila seorang isteri cuba menunjukkan rasa kasih cinta dan sayang terhadap suaminya dengan terlebih mengambil peranan mempertahankan suaminya yang merupakan seorang penjawat awam di sebuah agensi yang dikenali sebagai agensi kerajaan yang paling berintegriti, maka ia telah menjadi kesalahan yang besar kerana membenarkan isterinya sama ada secara sedar atau tidak untuk mencampuri urusan rasmi kerajaan.
Tidakkah menjadi kehairanan apabila seringkali portal pro pembangkang seperti Malaysiakini lebih laju mengutip sumber ‘sulit’ daripada SPRM berbanding portal atau akhbar tempatan yang lain?
Siapa yang membocorkan segala informasi dan hasil siasatan awal oleh agensi paling berintegriti di negara ini? Bagaimana ahli parti pakatan pembangkang memperolehi dengan maklumat dalaman dan sebagainya kalau tiada ‘kaki’ yang duduk sebagai pemberi maklumat kepada mereka? Perbuatan membocorkan maklumat kepada pihak tertentu yang disyaki membayar harga yang tinggi bukanlah satu hal yang luar biasa dalam SPRM. Pernah satu ketika pegawai SPRM ditahan selepas selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Putrajaya sebelum ini. Sewajarnya pihak polis mendedahkan dalang yang membocorkan maklumat siasatan selepas menahan mereka agar umum mengetahui integriti pegawai berkenaan boleh diragui apabila terlibat dengan mana-mana siasatan kes rasuah terutama sekali kes yang dikategorikan sebagai berprofil tinggi.
Menurut sumber, isu 2.6 billion bukan sahaja wujud unsur perebutan kuasa dalam kerajaan tetapi juga dalam SPRM sendiri.
Semalam dikatakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dikatakan hampir bertumbuk dengan Bahri dan dalam pertelingkahan tersebut Bahri memberikan amaran dalam nada mengugut akan ‘membongkarkan’ perlakuan rasuah dalam kalangan pegawai SPRM termasuk ‘skandal’ Abu Kassim sendiri?
Tambah sumber Bahri juga dilaporkan sebagai berkata “Biar mampus Melayu, lagi baik bagi Cina ambil alih kerajaan!” dengan suara yang tinggi dan kuat menghentak Abu Kassim yang agak terkejut dan tercengang dengan ugutan yang dikeluarkan oleh Bahri.
Bahri yang sebelum ini disyaki menjadi Agen DAP dalam SPRM hari ini seolah-olah telah mengesahkan kenyataan bahawa beliau mungkin menjadi antara dalang yang membocorkan maklumat siasatan isu berprofil tinggi kepada media khususnya media pro pakatan pembangkang seperti yang berlaku kebelakangan ini.
Tambahan pula, kita mengetahui netizen di Malaysia merupakan kelompok masyarakat yang suka diri ditipu dan mudah dipengaruhi untuk mempercayai tanpa perlu bukti lain seperti yang telah berlaku dalam isu 1MDB dan Derma 2.6 billion sebelum ini.
Maka ‘jika benar’, tentunya urusan ‘membocorkan’ maklumat walaupun mungkin ia akan ditokok tambah akan dianggap sebagai ‘tulen’ hanya dengan membuat catatan ‘sumber’ daripada SPRM selaku agensi berintegriti tinggi bila menyiasat kes bersangkutan dengan kerajaan.
Malangnya, SPRM seperti ‘tikus takutkan kucing kurap‘ bila berhadapan dengan aduan tentang rasuah dalam kalangan ahli politik pakatan pembangkang.
Persoalannya, apakah Abu Kassim selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM akan menggunakan pendekatan ‘Mexico Standoff‘ atau mendiamkan diri sambil membenarkan tuduhan Bahri sebagai suatu yang amat benar? Atau mungkinkah jika benar beliau ‘berani kerana benar‘ akan segera mengambil tindakan berdasarkan peruntukan sedia ada dalam Perintah Am Kerajaan atas kesalahan melanggar peraturan sebagai seorang penjawat awam khususnya kerana mengeluarkan kenyataan media tanpa merujuk dan mendapat kebenaran ketua jabatannya dan melangkah tugas Pengarah Komunikasi Strategik SPRM?
Kalau diteliti dan kalau disiasat secara terperinci mengenai keberadaan akaun FB peribadi isteri kepada pegawai tertinggi SPRM tentunya akan diperolehi maklumat penting bagaimana maklumat atau komen-komen menghentam Perdana Menteri memang disengajakan dan bukannya ia digodam!
Beranikah SKMM mengambil tindakan atau membiarkan sekali lagi PM untuk menjawab sendiri setiap celaan jelek tanpa asas yang ada di media sosial?
Cuba kita kaji dan lihat kronologi bagaimana suaminya Datuk Bahri Mohd. Zain Pengarah Bahagian Operasi SPRM yang terlebih lajak mengeluarkan kenyataan untuk merujuk keputusan untuk menutup siasatan kes rasuah yang melibatkan Perdana Menteri sebaik sahaja pengumuman Peguam Negara.
Kenapa perlu beliau yang mendahului untuk memberikan kenyataan bagi pihak SPRM dan isterinya pula bertindak sebagai ‘tentera siber‘ SPRM di media sosial? Bukankah SPRM sendiri mempunyai seorang pegawai tinggi yang berjawatan pengarah yang khusus untuk hal berkaitan komunikasi dan media?
Kenapa perlu ‘dilangkah‘ pundak Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri untuk mengeluarkan kenyataan di media sedangkan peraturan dan etika seorang penjawat awam jelas melarang sebarang kenyataan media dibuat tanpa kebenaran ketua jabatan? Jika benar! Maka kenyataan umum bahawa SPRM kini sudah mempunyai dua pasukan yang berbeza ketuanya dan masing-masing berkompaskan ‘imam‘ yang berbeza adalah sesuatu yang bukan rekaan tambahan pertelingkahan semasa di antara Abu Kasih dan Bahri sudah pun berlegar sebagai viral di media sosial?
Semalam dalam satu kenyataan rasmi oleh Dato’ Rohaizad Yaakob selaku Pengarah Komunikasi Strategik SPRM menjelaskan tentang peranan Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM ialah menjadi sebuah panel ‘timbangtara‘ kepada SPRM dalam meneruskan atau menghentikan sesuatu siasatan atau dakwaan untuk kes yang disiasat dan bukannya untuk mempertikaikan keputusan yang telah ditetapkan oleh Peguam Negara? PPO sama sekali tidak mempunyai sebarang ‘local standi‘ terhadap apa jua keputusan yang telah dibuat oleh Peguam Negara.
Apabila Datuk Bahri mengeluarkan kenyataan media untuk merayu kepada PPO, ia nyata suatu yang amat mencurigakan kerana sebagai seorang pegawai tertinggi di SPRM, beliau sepatutnya mengetahui lebih awal tentang hak dan bidang kuasa beliau untuk bercakap mendahului Ketua Pesuruhjaya SPRM terutama dalam menyanggah keputusan Peguam Negara.
Sepatutnya Datuk Bahri terlebih dahulu merujuk klausa yang diperuntukkan di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan – Kuasa-Kuasa Peguam Negara menegaskan bahawa segala keputusan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara TIDAK boleh dipertikai.
Jika diperhalusi kenyataan Datuk Bahri semalam, ia seperti mahu meneruskan siri peperangan kali kedua dengan Perdana Menteri dengan dibantu oleh isterinya yang menyerang menggunakan ‘armada‘ media sosialnya. Benarkah telahan ini dan apakah mereka berdua mempunyai perancangan sulit bersama ‘pasukan‘ mereka untuk terus menjatuhkan Perdana Menteri?
Sebenarnya bukanlah menjadi kejanggalan apabila seorang isteri bersungguh-sungguh mempertahankan suaminya, namun dengan kenyataan melampau sehingga ke tahap memaki hamun Perdana Menteri dalam setiap isu dan bukan sahaja isu siasatan rasuah adalah sesuatu yang di luar dugaan dan pada masa yang sama, suaminya dengan lantang mengeluarkan kenyataan berbaur persepsi ganas terhadap kredibiliti pihak polis ketika polis menjalankan siasatan terhadap SPRM tahun lalu.
Jika diteliti kepada posting dan komen-komen yang dikeluarkan serta capaian portal pro pembangkang yang dikongsi dalam akaun FB peribadinya yang ‘digodam‘ seolah-olah menggambarkan beliau mengetahui tentang maklumat penting siasatan yang berkemungkinan diceritakan suaminya ketika sesi ‘pillow talk‘ sewaktu giliran berada di rumahnya selaku isteri kedua.
Mungkinkah teori ‘pillow talk‘ ini benar-benar berlaku untuk memudahkan serangan pihak ketiga dilancarkan terhadap Perdana Menteri dan agensi keselamatan seperti PDRM yang disebut sebagai ‘diarahkan‘ oleh pihak tertentu? Pihak ketiga yang dimaksudkan ialah isterinya yang mungkin menyalurkan maklumat sulit kepada portal pro pakatan pembangkang.
Jika benar, pihak berkuasa khususnya PDRM wajib menyegerakan siasatan khusus terhadap isterinya dan pihak SPRM sendiri mesti mengambil peranan menyiasat kemungkinan besar Bahri juga terlibat dalam membocorkan maklumat sulit kepada pengetahuan umum! Hanya dengan siasatan sebegini akan menjernihkan persepsi bahawa mereka tidak berkonspirasi bersama ‘pasukan‘ yang ada untuk meneruskan gerakan menjatuhkan Perdana Menteri menggunakan isu rasuah sebagaimana pernah SPRM lakukan ketika ‘membunuh‘ karier politik Dato’ Seri Khir Toyo.
Kenapa SPRM agak lembab bila ada aduan bersangkutan dengan parti pembangkang? Apakah kini sudah bertukar sinonim SPRM sebagai ‘anjing kerajaan‘ yang sering disebut ahli pakatan pembangkang dan kini sudah menjadi ‘anjing DAP‘?
Beranikah Ketua Pesuruhjaya SPRM mengambil tindakan terhadap pegawainya? Sampai bila pihak berkuasa mahu membiarkan isterinya terus ‘membocorkan‘ rahsia sulit yang mungkin menjadi ‘modal‘ ketika sesi ‘pillow talk‘ sedang berlangsung?
SPRM perlu tegas mempertahankan integriti sebagai agensi yang paling dipercayai dan tindakan pertama yang sewajarnya diambil Ketua Pesuruhjaya SPRM ialah menyiasat kemungkinan banyak lagi maklumat sulit SPRM yang telah dibocorkan oleh pegawai-pegawainya yang tinggi ‘integritinya‘ itu.
Apakah SPRM masih mahu terus ‘bermexico standoff?

Comments