Posts

Showing posts from December, 2015

Lesen Perniagaan di Selangor Naik sehingga 200%, tapi sayang isu ni takkan dihebohkan oleh macai2 Pakatan Pembangkang.

Image
Yelah macam mana tak nak heboh, sebab mereka yang buat, cuba kerajaan negeri yang ditadbir oleh BN maka heboh dan kecohlah jawapannya.

Syabas Janji Dikotakan.....Sarawak Raikan Kutipan Tol Terakhir Pada 31 Disember

Image
KUCHING: Sambutan tahun baharu 2016 yang julung kali diraikan serentak dengan berakhirnya kutipan tol Khamis malam di plaza tol Jambatan Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dijangka mendapat sambutan hebat daripada masyarakat setempat. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Ose Murang menjangkakan lebih 10,000 pengunjung hadir pada majlis yang akan dirasmikan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem bermula pukul 8.30 malam. Majlis akan dimeriahkan dengan persembahan artis popular tempatan antaranyaJamal Abdillah, Dayang Nurfaizah dan Amir Ukays. "Jalan menuju ke jambatan itu akan ditutup bermula pukul 6 petang esok (31 Dis) hingga keesokan harinya. Berikutan penutupan jambatan itu, tempat letak kereta disediakan di Wisma Bapa Malaysia, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sehingga ke lokasi utama sambutan," katanya. Ose berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat akhir jawatankuasa penganjur di sini, Rabu. Katanya 10 bas ulang-a...

Kena Tegas Dalam Hal Ini.....DBKL tarik balik lesen peniaga sewa premis kepada warga asing

Image
Para peniaga di Kuala Lumpur yang didapati menyewakan premis perniagaan mereka kepada warga asing berdepan dengan tindakan tegas termasuk ditarik balik lesen perniagaan mereka. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang meneliti situasi yang ada peniaga dikesan menyewakan premis mereka kepada warga asing. "Tindakan peniaga di premis DBKL yang menyewakan (kepada warga asing), kami akan ambil tindakan. "Saya sendiri esok akan pergi ke suatu tempat kerana saya sendiri mahu lihat (keadaan itu)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Krismas peringkat Wilayah Persekutuan di sini Rabu. Beliau diminta mengulas mengenai kebanjiran warga asing khususnya warga Afrika yang dilihat menjalankan perniagaan di premis-premis perniagaan di ibu negara. Terdahulu mengenai sambutan Krismas itu, Tengku Adnan berkata ia merupakan manifestasi bahawa rakyat di negara ini mampu mengho...

Kita Banyak Buang Masa Dengan Isu-Isu Bodoh - Khairy

Image
PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memuat naik gambar 'selfie' berdiri di hadapan kawasan projek perumahan yang sedang dicat semula selepas dikatakan menyerupai simbol salib di Langkawi. Khairy yang juga Ahli Parlimen Rambau berkata di laman Twitternya : "Rumah-rumah yang ada 'salib' di Langkawi. Kini dicat semula selepas kecoh. Kita terlalu banyak membuang masa dengan isu-isu bodoh." Kontroversi rekabentuk rumah itu timbul apabila projek perumahan di Kelibang itu kelihatan seperti simbol salib di bahagian bumbung apabila dicat dengan warna coklat manakala hanya satu bahagian sahaja yang dibiarkan berwarna putih. Sementara itu, Kerajaan Negeri Kedah telah  mengarahkan pemaju projek itu agar mengecat semula di bahagian bumbung. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Datuk Tajul Arus Mat Zain berkata, pemaju telah menjelaskan bahawa mereka tidak berniat untuk mewujudkan simbol itu. Kerja-kerja mengecat s...

Sg Balok bertukar merah selepas hujan akibat bauksit...Macam Mana Air Laut Tak Merah

Image
Kerajaan Pahang wajib buat sesuatu dengan segera....bukan duduk dan tengok saja. KUANTAN - Hujan lebat sepanjang hari semalam, telah menyebabkan air Sungai Balok dan pantai berhampiran 'bertukar' warna seakan-akan merah dipercayai dicemari bahan galian bauksit. Penguasaha bot bersebelahan Sungai Balok, Ibrahim Muhammad, 45, berkata, beliau menyedari air sungai itu mula berwarna merah pada pagi ini, semasa hendak memulakan kerja membaiki bot. "Biasanya air sungai ini berwarna kuning, bukan merah seperti ini. Di atas kawasan berbukit di sana ada berlaku aktiviti (galian) bauksit. Mungkin air hujan bercampur bauksit menyebabkan sungai bertukar warna. "Air sungai merah juga menyebabkan bahagian bawah bot yang berwarna putih diletakkan di sungai menjadi merah," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Air sungai itu yang mengalir ke laut juga menyebabkan air di beberapa kawasan pantai termasuk Pantai Batu Hitam di sini, turut berwarna kemerah-merahan, sep...

Mk Oiiii Macam Tu Sekali Ker.....Perebutan Jawatan Ahli Majlis Tempatan Di Selangor, AMANAH Bakal Singkir PAS

Image
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali nampaknya terpaksa memanjangkan kontrak Ahli Majlis Tempatan Selangor kerana wujudnya desakan dari parti politik gabungan baru pembangkang, AMANAH. Menurut sumber, sepatutnya kontrak mereka berakhir pada hari esok namun kerajaan Selangor terpaksa panjangkan lagi selama 2 bulan. Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad mengesahkan perkara itu ketika ditanya mengenai status rancangan untuk memperuntukkan kerusi ahli majlis tempatan kepada pemimpin-pemimpin parti itu. Tambah beliau, banyak perbincangan terpaksa dilakukan demi agihan kerusi yang adil kepada parti baru tersebut yang mana telah dipersetujui oleh PAS, DAP dan PKR. Namun lain pula kenyataan dari Timbalan Pengerusi PKR Selangor. Zuraida Kamaruddin pula berkata keputusan untuk mengagihkan kerusi untuk AMANAH akan dibuat dalam masa satu atau dua minggu lagi. Zuraida turut mengesahkan bahawa beliau bertanggungjawab dalam mengendalikan proses pelantikan...

102 Pemandu Teksi Saman SPAD Berhubung Uber, Grabcar...Kenapa Plak Itu Jadikan Persaingan Yang Sihat

Image
Buatlah yang terbaik Teksi kita tu....Jaga Elok elok dan Harga tu. KUALA LUMPUR: Seratus dua orang pemandu teksi sekitarLembah Klang memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung perkhidmatan Uber, Grabcar dan Blacklane yang didakwa menjalankan operasi secara tidak sah. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang Zailani Isausuludin, 51, bersama 101 pemandu teksi berumur antara 25 hingga 73 tahun selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan R. Kengadharan & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Dalam permohonan itu, kesemua pemandu teksi terbabit memohon perintah deklarasi supaya SPAD selaku defendan mengharamkan operasi Uber, Grabcar dan Blacklane, yang merupakan perkhidmatan teksi dalam talian kerana ia tidak tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 714). Plaintif turut memohon perintah injunksi agar SPAD tidak mengesahkan aktiviti dan operasi ketiga-tiga perkhidmatan teksi dalam talia...

Kerjanya Nak Buat Fitnah.....page pro pembangkang kaki fitnah.

Image
guna apa saja reka apa saja untuk meraih simpati bagi menunjuk imej negatif pada pemerintah. menipu ni akhir-akhirnya kantoi juga. sudah-sudahlah fitnah. nanti makan diri balik

ALahaiiii Gambar Ini Menunjukkan Makin Panasss...lah

Image
 Lokasi: Penang Road Diharapkan kepada pengusaha beca agar menutup beca dengan sesuatu apabila ditinggalkan. Isu ini amat sensitif terhadap orang Islam apatah lagi dikhuatiri jika najis 'dilepaskan" di situ.

Laut merah di Kuantan...Inilah Masalah Puncanya Bauksit...MB Pahang Kalau Tak Nampak Lagi Poyooo lah

Image
 KUANTAN: Insiden air laut menjadi kemerah-merahan di sepanjang pesisir pantai dari Sungai Pengorak hingga Pantai Batu Hitam di sini, berulang lagi semalam selepas hujan lebat sejak Ahad lalu. Difahamkan, perubahan warna air laut itu akibat aktiviti perlombongan bauksit yang mana stok penyimpanan logam itu terletak berhampiran Pelabuhan Kuantan, tidak jauh dari perkampungan Sungai Pengorak. Gambar laut berwarna merah itu turut menjadi viral di laman media sosial sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat yang rata-ratanya mahu pihak berkuasa menyiasat puncanya. Penduduk, Zulkifli Samad, 23, berkata perubahan air laut itu dikesan sejak awal pagi semalam berikutan hujan berterusan kira-kira 24 jam di daerah ini. "Sudah menjadi kebiasaan kepada saya dan penduduk untuk turun mencari remis atau kerang di pesisir pantai dan ketika turun pagi tadi (semalam) saya terkejut apabila lihat air berwarna kemerah-merahan. "Mungkin ini ada kaitan dengan ak...

KL118 Bakal Mercu Tanda Baru Kuala Lumpur Menjelang 2020

Image
KLCC sudah sedia terkenal dikalangan penduduk tempatan mahupun seluruh dunia sebagai salah satu menara berkembar yang tertinggi di dunia. Kini sebuah lagi menara baru dalam pembinaan di Kuala Lumpur, dikenali dengan nama KL118 Tower dan dijangka siap sekitar tahun 2020. Menara yang direka oleh Syarikat Australia Fender Katsalidis Arkitek itu setinggi 610 meter dan terdiri dari 118 tingkat itu dijangka memecahkan rekod baru menjadi bangunan tertinggi di Malaysia mengalahkan Bangunan Berkembar Petronas, KLCC (452m) dan bakal menjadi mercu tanda baru Kuala Lumpur menjelang 2020. KL118 yang kini dalam pembinaan di kawasan berdekatan Plaza Rakyat, MBSKL, Stadium Merdeka dan juga Stadium Negara. PNB adalah pemilik projek KL118 , manakala PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, unit dibawah PNB adalah pemilik projek dan pemaju. Walau bagaimanapun, Kingdom Tower di Jeddah, Arab Saudi, yang sedang dalam pembinaan dan ia akan menjadi bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa dengan 252 tingkat (...

Khalid Samad Dakwa DAP Ambil Peduli Tentang Islam...Jangan Nak Buat Poyoooo Lah

Image
KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) membayangkan DAP adalah sebuah parti yang amat mengambil berat tentang masyarakat Melayu dan Islam negara ini. Pengarah Komunikasinya, Khalid Abd. Samad berkata, DAP membuktikan perkara itu dengan menarik balik bantahan ke atas kerajaan kerana melarang atlet Israel menyertai satu pertandingan di Langkawi, kedah. “Amanah ucapkan tahniah kepada DAP. Tindakan pantas atas kepedulian mereka terhadap sensitiviti masyarakat Melayu Islam. “Ini telah membuktikan kepalsuan dakwaan golongan perkauman Melayu terhadap DAP,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini. Justeru, Khalid meminta orang Melayu tidak terpedaya dengan laungan perpaduan Melayu Islam yang nyaring dilaungkan mutakhir ini. Dakwa beliau, ia cuma laungan yang bertujuan untuk mengkekalkan Melayu di bawah tempurung UMNO. DAP dikecam ramai pihak baru-baru ini berikutan tindakan pemimpin parti itu mengutuk kerajaan menyekat dua atlet Israel menyertai pertandingan luncur angi...

20 JAWAP BALAS UNTUK DATIN DANIA NORMAN YG MAMPU BUATNYA JATUH TERLENTANG

Image
(1) BR1M - Apa ke gila statement Perdana Menteri Malaysia bhw bantuan RM500 tu mampu tampung 1 keluarga selama setahun Jawapan - BRIM400 bagi yang bujang kalau pandai jimat boleh tampung keperluan harian. Kalau kata nak beli gula boleh dapat 137.93Kg dan boleh guna setahun itu sebagai perbandingan. Kalau yang dapat RM1000 bagi keluarga boleh tampung beli Beras untuk makan sekeluarga untuk setahun. Bukannya pergi shopping, top up beli smarphone baru atau pergi makan-makan. Yang dapat ni golongan berpendapatan rendah, jadi belanja ukur baju dibadan sendiri . (2) Subsidi yang ditarik - Dh la kau tarik balik semua subsidi Jawapan - Ini lagi satu kenyataan fitnah dan tak berasas. Hanya subsidi petrol saja yang ditarik balik, itu pun atas desakan rakyat dibawah pimpinan YB Rafizi Ramli supaya harga petrol ikut harga pasaran. Bila dah dapat nak salahkan Gomen pulak. Subsisi-subsidi lain masih ada e.g Persekolahan, Hospital, Barang-Barang Makanan Asas, malah tiket pernerbangan MAS Wing...

KITA KASI AJAR SAMA DAP......PAS GESA UMAT ISLAM TOLAK DAP SECARA BESAR BESAR PRU14

Image
Baru menang tak seberapa sudah tunjuk berlagak dan bersuara lantang kononnya macam lah DAP berkuasa penuh keatas Kerajaan Malaysia.Kita jangan biarkan DAP bermaharaja lela untuk berkuasa dimasa akan datang....inilah sikap pemimpinan DAP.

TAHNIAH KERAJAAN DAP PULAU PINANG.... KUASA PUNYA PASAL LAH NI

Image
Menjadikan Pulau Pinang sebagai syurga untuk kelompok berada yang mampu meninggikan taraf pemimpin-pemimpin dan kerajan negeri merupakan satu cita-cita. Menghalau dan menghapuskan kelompok yang membolehkan Pulau Pinang dilihat sebagai sebuah tempat miskin yang tidak tersusun dan lintang pukang dengan perumahan daif, bukanlah sesuatu yang menyenangkan mata. Itulah yang dilakukan oleh DAP dan Lim Guan Eng. Satu lagi perkampungan Melayu di Batu Feringgi menjadi mangsa apabila tindakan menerusi tuan tanah perkampungan tersebut memilih untuk menghalau penduduk yang telah mendiami kawasan berkenaan. Agak aneh memandangkan sebelum DAP memerintah Pulau Pinang semenjak 7 tahun lalu, amalan menghalau penduduk di atas tanah-tanah yang telah dimiliki secara warisan atau baru dimiliki menerusi pertukaran status menerusi prosedur undang-undang, tidak berlaku sekalipun parti yang memerintah Pulau Pinang adalah parti berteraskan kaum Cina iaitu GERAKAN. Walaupun ada perpindahan dibuat, tetap...

Amaran jangan sertai #ShutdownSungaiBesi

Image
KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta yang menyertai demonstrasi membantah kenaikan harga tol dan barangan, #ShutdownSungaiBesi yang akan diadakan di Tol Sungai Besi di sini, bermula jam 9 malam esok. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad, berkata tindakan itu sejajar dengan larangan polis yang tidak membenarkan sebarang perhimpunan menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012. "Perhimpunan ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang serius dan mengganggu ketenteraman awam kerana banyak kenderaan akan melalui laluan terbabit menuju ke pusat bandar raya ini sempena ambang tahun baru. "Justeru, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan ini kerana bukan sahaja tidak mendapat kelulusan polis, malah menyalahi undang-undang," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. Razimi berkata, mana-mana individu yang menyertai perhimpunan itu boleh dida...

Angkara bauksit: Sungai Balok airnya merah...Macam Mana Orang Ramai Tak Marah Kesannya

Image
Lihatlah kesannya pada Alam sekitar...pihak berkenaan jangan ambil pandang mudah saja dalam hal ini Hujan lebat sepanjang hari telah menyebabkan air Sungai Balok dan pantai berhampiran 'bertukar' warna seakan-akan merah dipercayai dicemari bahan galian bauksit. Pengusaha bot bersebelahan Sungai Balok, Ibrahim Muhammad, 45, berkata beliau menyedari air sungai itu mula berwarna merah pada pagi ini, semasa hendak memulakan kerja membaiki bot. "Biasanya air sungai ini berwarna kuning, bukan merah seperti ini. Di atas kawasan berbukit di sana ada berlaku aktiviti (galian) bauksit. Mungkin air hujan bercampur bauksit menyebabkan sungai bertukar warna. "Air sungai merah juga menyebabkan bahagian bawah bot yang berwarna putih diletakkan di sungai menjadi merah," katanya kepada Bernama di sini, Selasa. Air sungai itu yang mengalir ke laut juga menyebabkan air di beberapa kawasan pantai termasuk Pantai Batu Hitam di sini, turut berwarna kemerah-merahan, seperti ...

Wowww Lama Benar menyepi Ni.......Samy Vellu beri nasihat pada pemimpin MIC...

Image
Pemimpin-pemimpin MIC perlu menyelesaikan isu membabitkan parti itu secara bersama-sama, kata bekas presidennya Datuk Seri S. Samy Vellu. "Ketika saya mengambil alihnya (pada Oktober 1979), ia begini juga. Kemudian, saya duduk bersama-sama dengan semua pengerusi negeri, ketua cawangan dan saya pergi ke rumah mereka untuk berbincang dengan mereka, menjadikan mereka berasa diri mereka begitu penting," katanya pada Selasa. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas tentang pertikaian dalam MIC susulan pemecatan bekas bendahari parti Datuk R. Ramanan. Menurut portal berita, Ramanan berkata pemecatan beliau adalah tidak sah dan beliau merancang untuk menyaman presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam. Samy Vellu berkata: "Perkara paling penting dalam politik ialah dengan selalu menganggap orang lain adalah lebih penting daripada kita. Dengan itu, anda akan menapat sokongan besar daripada orang ramai." Samy Vellu, yang kini Duta Khas ke India dan Asia Se...

Jangan Bagi Muka Lagi Kepada DAP......Masyarakat perlu bangkit menolak, kecam DAP

Image
Ma­sya­rakat perlu bangkit dengan menolak serta mengecam DAP yang selama ini tidak sensitif dalam melontarkan pandangan terutamanya apabila melibatkan kaum Melayu dan agama Islam. Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Ibrahim Mohd. Hasan berkata, sekiranya rakyat mula menunjukkan bantahan terhadap DAP, kepemimpinan parti pembangkang itu pasti tidak berani untuk mengkritik mana-mana isu yang melibatkan orang Melayu dan Islam. Katanya, selama ini DAP seolah-olah tidak gentar dalam mengeluarkan kenyataan memandangkan tiada sebarang tindakan daripada masyarakat mahupun kerajaan, malah mereka hanya perlu menarik balik serta memohon maaf dan masalah tersebut pasti dilupakan. “Oleh sebab itu, rakyat perlu menolak kepemimpinan DAP pada pilihan raya akan datang. Dalam masa yang sama, kerajaan juga perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang tidak sensitif dalam isu perkauman dan agama. “Kita sangsi dengan DAP, ke­sungguhan mereka untuk membawa ...

Menteri Tak Boleh Failkan Saman Fitnah Yang Dibuat Terhadapnya?

Image
Terkekeh-kekeh dibuatnya penulis ketika membaca laporan pembelaan Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir yang mengatakan seorang yang berjawatan menteri itu tidak boleh bertindak memfailkan saman fitnah. Kata hujah pembelaan itu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak boleh memfailkan saman terhadap Akmal kerana segala yang dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tertakluk pada kepentingan awam dan mewakili kerajaan yang mempraktikkan ketelusan. “Kelakuan, perangai dan perbuatan yang dilaksanakan oleh plaintif (Jamil Khir) adalah perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam yang melampau dan faedah mesti tertakluk kepada perbincangan awam dan juga terbuka kepada kritikan dan penelitian yang mantap. “Di samping itu, plaintif adalah ahli kerajaan BN yang melalui pelbagai wakil dan agensi mendukung prinsip perlunya ketelusan awam, kejujuran dan integriti pada semua peringkat kerajaan,” Merujuk pada kenyataan pembelaan yang dihujahkan melalui peguam...

Mesin judi kembali berleluasa... bak cendawan selepas hujan

Image
Premis mesin perjudian dilihat telah mula muncul kembali beroperasi di seluruh negara yang sebelum ini telah dikatakan “ditutup buat sementara waktu.” Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah mulai menerima kembali banyak laporan dan aduan yang membabitkan kegiatan mesin judi ini melalui JMM negeri dan juga daripada masyarakat yang turut menyalurkan maklumat kepada JMM dan memberitahu bahawa premis mesin judi ini dibuka semula seperti “cendawan selepas hujan”. Kegiatan ini seolah tidak dipantau dan hanya dipantau secara bermusim sahaja. Hasil daripada aduan itu juga terdapat premis itu yang disewa telah membuat pengubahsuaian yang menelan belanja sehingga RM500 ribu untuk menarik kembali mereka ‘melabur judi ‘ ke premis baru mereka. Ini telah menimbulkan pelbagai keresahan dan kebimbangan dari masyarakat, apatah lagi tindakan pengusaha premis ini telah berani mencabar pihak berkuasa, dan tidak mengendahkan larangan pihak berkuasa. Pihak Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) dan Pihak B...

Dr Siti Mariah Gagal Jawab Isu Tolak Hudud

Image
Ketua Wanita Parti Amanah Negara (PAN), Dr Siti Mariah Mahmud dilihat gagal menjawab isu menolak hudud sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak dalam PAS. Malah, Siti Mariah turut mendakwa PAS tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hudud dan ia hanya digunakan untuk agenda politik semata-mata. “Tapi kempen hudud ini sebelum pemilihan (PAS) sahaja, selepas pemilihan senyap tak cakap lagi pasal (hudud) itu. “Mana usaha-usaha untuk dijelaskan kepada bukan Islam ? DAP minta enakmen yang dipinda semula di Kelantan, sampai ke sudah tak dapat,”katanya. Beliau juga turut menceritakan pengalamannya mendengar ceramah di sebuah surau daripada seorang penasihat hudud dari Kelantan yang tidak dinamakan. “Seorang penasihat daripada Kelantan datang kawasan saya (Parlimen Kota Raja) di satu surau, kononnya yang bercerita pasal hudud. Saya pun pergi dengar diam-diam. “Lepas saya dengar, saya kata apa, ‘ini ceramah 20-30 tahun yang dulu, bercakap mengenai..sekiranya kita buat hu...

YB Nor Hamzah Bakal Berhadapan saman Fitnah kerana PLAT TTB

Image
Satu kenyataan Fitnah yang di keluarkan oleh ADUN PAS Bukit Payung, YB Mohd Nor Hamzah dengan menuduh MB mendadik dada dengan pembelian Plat TTB dengan harga RM756,316.00 akan menjadi bukti bagi membawa kes ke mahkamah. Bagi pengetahuan Umum tender yang di keluarkan bagi pembidaan Plat TTB oleh JPJ BELUM lagi di beli oleh SUK dan bukan seperti jumlah harga fitnah seperti yang di war-warkan oleh ADUN Bukit Payung. Malahan harga yang di tawarkan oleh JPJ akan di tolak kembali oleh Kerajaan Negeri kerana Setiausaha Kerajaan negeri telah menetapkan tender plat TTB hanya dengan harga RM 500 hingga RM1000 sahaja. Kenyataan fitnah Nor Hamzah berkemungkinan besar akan di saman oleh Kerajaan Negeri jika Nor Hamzah tidak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Terengganu dan juga Kerajaan Negeri. SEMUA kenyataan Nor Hamzah ini hanya lebih kepada FITNAH JAHAT BAGI KEPENTINGAN POLITIK DAN POPULARITI MURAHAN. ARTIKEL YANG MENJAWAB FITNAH NOR HAMZAH : Kuala Terengga...

APABILA RAMAI MENJADI PAKAR PENERBANGAN SEGERA

Image
MH132 berlepas daripada Auckland pada 24 Disember lalu dan menuju ke Kuala Lumpur. Lapan minit penerbangan, juruterbang bertanya mengapa pusat kawalan udara dihalakan ke arah Selatan berbanding laluan penerbangan yang sudah ada padanya. Airways, agensi yang mengendalikan pengurusan laluan udara di New Zealand memberitahu juruterbang, ia adalah laluan yang dikemukakan oleh Pusat Pengendalian Operasi (ODC) Malaysia Airlines (MAS). Sebagaimana lazimnya, ramai yang hanya membaca tajuk di pelbagai media dan mula mempersendakan MAS. Sudahpun kita terluka dengan kejadian MH370 dan MH17, kejadian terkini ini bukanlah publisiti yang diperlukan. Malah, melalui aplikasi sosial Whatsapp yang saya sertai turut mempersendakan MAS. Saya dan seorang Kapten yang senior dalam grup itu terpaksa memperbetulkan persepsi mereka termasuk yang gemar membaca tajuk sesuatu berita sahaja dan menjelaskan juruterbang tidak membuat perancangan laluan penerbangan mereka. Ia bergantung kepada ODC untuk be...

UMNO-PAS, bersatulah atas nama Islam

Image
BANGI, Isnin – BANGI, Isnin – Jalinan kerjasama antara parti UMNO dan PAS adalah perlu bagi memastikan perpaduan umat Islam menjadi realiti. Untuk itu, Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata beberapa perkara boleh dilakukan untuk merintis kerjasama ini agar ianya dilaksanakan dengan lebih sempurna. Dengan mengenali UMNO sejak sekian lama beliau berkata, UMNO mesti berubah. Politik wang mesti dibanteras hingga ke akar umbi. “Imej UMNO mesti dibersihkan. Begitu juga PAS. Akhlak mulia dan keadilan menjadi tunjang utama. “Jika UMNO atau PAS mencapai kemenangan, sama ada negeri atau pusat. Raikan antara satu sama lain. Jangan bersihkan segala jawatan, termasuk imam masjid surau, ahli majlis dan sebagainya seperti yang dilakukan ultra kiasu di Pulau Pinang. “Hakikatnya, PAS dan UMNO ada kelebihan dan bakat, gunakan untuk kepentingan rakyat. Penilaian berasaskan bakat dan kekuatan, bukan parti. Itu fanatik namanya. Belajarlah dari parti Demokrat dan Republikan ...

AL KISAH KATIL HOSPITAL DI BELANDA TIDAK MEMISAHKAN IBU & ANAK

Image
Di Belanda, perkhidmatan mereka memang mewah. Apatah tidaknya rakyat mereka; WAJIB MEMBELI INSURANS... WAJIB MEMBELI INSURANS... WAJIB MEMBELI INSURANS... ✔ Income tax mereka adalah setinggi 52%! ✔ GST (VAT) mereka pula adalah setinggi 21%! Tapi di Malaysia, rakyat takde insurans, miskin malah gelandangan pun boleh mendapatkan perawatan pakar, ubat-ubatan mahal hingga CT scan (jika perlu) pada harga RM 1 (itupun boleh ngelat bayar kalau tak mampu sangat). Subsidi kesihatan kita adalah antara yg tertinggi di dunia dengan 95% ditanggung oleh kerajaan. Masuk wad berbulan-bulan pun hampir tak terasa bayarannya. 👉 Pendapat bawah RM5K dikecualikan income tax. 👉 Majoriti rakyat kalau kena tax pun pda kadar 11% sahaja. 👉 GST hanya 6% (menggantikan SST) sahaja itupun begitu banyak barangan dan ubat-ubatan dikecualikan GST. Ramai dok terliur tengok negara lain. Nak negara kita macam Belanda..padahal GST 6% je dah behave macam-macam. Bayar income tax pun sambil maki hamun s...

Penduduk Kg Mutiara Diberi Tempoh Sebulan Bincang Berhubung Pengusiran

Image
GEORGE TOWN – Penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringhi yang berhimpun hari ini bagi mempertahankan rumah mereka daripada dirobohkan, diberi tempoh sebulan mulai hari ini untuk berbincang dengan pemilik tanah, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid. Beliau berkata polis mendapatkan perintah mahkamah hari ini bagi penangguhan pengusiran itu selepas mengadakan perbincangan dengan pemilik tanah, atas faktor keselamatan. Terdahulu beliau mengarahkan kira-kira 300 penduduk kampung itu yang berhimpun hari ini bagi menghalang pengusiran mereka dan perobohan rumah mereka yang dikatakan akan dilakukan hari ini, supaya bersurai. “Hasil perbincangan dengan pemilik tanah dan pendaftar mahkamah hari ini, aktiviti pengusiran ditangguhkan sebulan mula tarikh hari ini … walaupun pemilik tanah mempunyai perintah pengusiran penduduk dari kawasan itu. “Penangguhan tempoh sebulan akan memberikan masa kepada mereka yang terlibat untuk mengadakan perbincangan dan mengelak ...

Apa Nak Jadilah Dengan Mat Sabu Ni....

Image
Mohamad Sabu mempertahankan tindakan Lim Kit Siang berceramah mengenai pelaksanaan hukum hudud dalam ceramah perdana dengan menyifatkannya sebagai sesuatu yang boleh diterima. Mat Sabu boleh menerima kandungan ceramah berkaitan hudud yang disampaikan oleh Kit Siang kerana dia bukan orang Islam. "Bila seseorang yang nak ceramah kita tidak tahu apa yang dia hendak cakap..ia bukan macam seminar atau forum kita nak bagi tajuk. "kenyataan Lim Kit Siang kita serah kepada orang untuk membuat pertimbangan sebab dia bukan orang Islam, kira tidak apa lah," katanya. Mat Sabu berkata dia tidak terkejut dengan kenyataan yang diberikan penasihat DAP itu kerana terdapat lagi pihak yang mempertikaikan pelaksanaan undang-undang Islam itu. Pandangan Mat Sabu itu bertentangan dengan Pas Kelantan yang menyifatkan tindakan Kit Siang sebagai sesuatu yang bertentangan dengan pendirian kerajaan negeri Kelantan. Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob berkata tindakan Kit Siang yang me...

Tentera Darat sahkan pegawainya masih belum ditemui....

Image
SHAH ALAM - Tentera Darat (TD) mengesahkan telah menerima maklumat daripada Penolong Penasihat Pertahanan Kedutaan Malaysia di Washington DC, berkenaan kehilangan seorang pegawainya iaitu Kapten Hasman Hussin. Hasman Hussin, seorang Angkatan Tentera Malaysia yang sedang menuntut di Fort Leonardwood, Missouri, Washington, Amerika Syarikat disyaki hilang apabila kereta yang dinaiki bersama empat rakannya dihanyutkan oleh air banjir. Dalam satu kenyatan yang dikeluarkan Markas Tentera Darat, pada 28 Disember 2015, jam 11.45 tengah hari, Timbalan Ketua Perwakilan di Malawakili Washington DC, Saiful Annuar mendapat maklumat daripada Kementerian Dalam Negeri Amerika Syarikat memaklumkan pegawai tersebut disyaki hilang. "Beliau dikhuatiri bersama-sama empat lagi rakan kolej telah pergi bercuti pada hari Sabtu, 26  Disember ‎2015 dengan kenderaan yang dilaporkan telah dihanyutkan banjir semasa mereka mengharungi laluan jalan di Pulaski Country, Missouri AS. "Bagaimanapun ke...

Moral of the story.........jgn jadi lurus bendul macam kami.........Berhati Hati Lah

Image
 Sakitnya hati...... Allah sahaja yg tahu.......x rosak.....mereka kata rosak.....habis ditundanya dari Air Keroh ke Seremban......kata dekat.....tp jauh bengkelnya.......kata sikit......tp habis dibarainya semua isi perut.....kata Rm300......bila dah dibarainya.....terus naik Rm2500.....report polis.......hmmmm...polis pun makan rasuah.......mujur ada kakak ipar duduk Seremban.....tarik balik keta.....letak bangkel lain.....repair semula....tp.....masqlah lain pulak yg jadi.......bila org lain buka.......org lain pulak pasang......maknanya......out spec lah.....habis gearbox aku jahanam.....bukan terduduk.....tergolek aku dibuatnya......Rm3k tu.....mana aku nak cekau.......member dah pening akal nak repair camner.......so...terpaksalah tukar seketul..... Pengajaran utk aku.....dan pengguna highway PLUS......hati2 dengan orang India yg mengaku mekanik.....pakai baju AIA blueblack.....berkereta buruk.......sekitar Air Keroh RnR hingga Seremban.......kereta kamu x rosak......mere...

Nampaknya bekas Ketua Pemuda PAS yang kini bersama PAN menentang pemberian subsidi oleh kerajaan kepada rakyat selama ini?

Image
Mufti Perlis Dr. MAZA pernah menghasut rakyat bahawa rasionalisasi subsidi merupakan perampasan hak rakyat oleh kerajaan. Pakatan haram sentiasa menghasut rakyat dan menanam kebencian terhadap kerajaan apabila sesuatu barangan ditarik atau dikurangkan subsidinya. Sesungguhnya prinsip para pemimpin pakatan haram senantiasa berubah-rubah mengikut kepentingan politik kepartian mereka.

Alhamdulilah.....Marsha Sudah Peluk Islam, Nikah Ahli Perniagaan Khamis Ini

Image
PETALING JAYA: Penyanyi Marsha Milan Londoh yang bakal berkahwin dengan ahli perniagaan iaitu Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada Khamis ini mengesahkan sudah memeluk Islam beberapa minggu lalu. Marsha, 30, berkata, proses lafaz syahadah itu berlangsung dengan tenang dan lancar sambil disaksikan keluarga terdekat. Namun lokasi pengislaman dan tarikh sebenar majlis itu dirahsiakan atas permintaan keluarga. Dia juga masih mengekalkan nama asalnya. "Ya saya sudah memeluk agama Islam. Segalanya berjalan lancar seperti apa yang dirancang. Apa yang saya harapkan penghijrahan saya ini tidak disensasikan kerana ia terlalu peribadi buat saya. "Apa yang saya mohon di sini jangan dihebohkan perkara ini kerana semuanya sudah selesai demi menghormati kedua belah pihak," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada Selasa. Terdahulu Marsha dilaporkan bakal berkahwin dengan ahli perniagaan berasal dari Pulau Pinang selepas kad j...

pengarah NOW rupanya ketua cabang PKR

Image
Buruknya perangai pembangkang ni untuk burukkan nama baik YaPEIM...apa tujuannya adalah untuk merosakkan nama baik kerajaan BN terutama sekali UMNO supaya rakyat akan kata UMNO tidak boleh dipercayai lagi.Itu lah cara Pembangkang ketika serang Tabung Haji dan MARA dan banyak lagi. kita perlu sedar dan berfikir lah.....

VIDEO PERANGAI BURUK PELAYAN RESTORAN YANG BALING MAKANAN KE ATAS MEJA,

CETUSKAN PERGADUHAN DENGAN PELANGGAN DI BRICKFIELDS!! Lebih menarik lagi ialah, apabila pelanggan berkeras mahukan resit, sekumpulan samseng yang bertindak sebagai pengawal restoran tersebut, menyerbu dan menakut-nakutkan pelanggan berkenaan. Netizen turut melahirkan kemarahan berhubung sikap yang ditunjukkan oleh pekerja berkenaan, malahan bersetuju agar restoran tersebut diboikot. Malah ada yang meminta agar lokasi dan alamatnya didedahkan bagi mengelakkan pengguna atau pelanggan memasuki restoran tersebut. Turut dilaporkan juga bahawa layanan buruk dari restoran tersebut kepada para pelanggan sudah berlarutan begitu lama tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Tidak pula diketahui sama ada, kegiatan pencatutan dan penipuan serta pemerdayaan dan kekerasan yang dilakukan di restoran tersebut, telah dilaporkan kepada pihak berkuasa atau tidak.

Tak Tahan Dengan Penurunan Minyak.....Arab Saudi naikkan harga petrol sehingga 50 peratus

Image
RIYADH: Arab Saudi menaikkan harga petrol sehingga lebih 50 peratus mulai hari ini susulan pemotongan subsidi selepas negara itu mencatatkan belanjawan defisit. Kenaikan harga juga membabitkan tarif elektrik, air, diesel dan minyak tanah selepas Kabinet diketuai Raja Salman memutuskan pengurusan subsidi ke atas bahan berkenaan, lapor agensi berita SPA hari ini. Kabinet memutuskan harga petrol gred tinggi naik 0.90 Riyal (AS$0.24) seliter berbanding 0.60 Riyal sebelum ini, iaitu kenaikan 50 peratus manakala petrol gred rendah 0.75 Riyal (AS$0.20) seliter berbanding 0.45 Riyal seliter iaitu peningkatan 67 peratus. Harga petrol di Arab Saudi adalah yang termurah di negara Teluk dan terendah di dunia. - AFP