Jangan Bagi Muka Lagi Kepada DAP......Masyarakat perlu bangkit menolak, kecam DAP

Ma­sya­rakat perlu bangkit dengan menolak serta mengecam DAP yang selama ini tidak sensitif dalam melontarkan pandangan terutamanya apabila melibatkan kaum Melayu dan agama Islam.

Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Ibrahim Mohd. Hasan berkata, sekiranya rakyat mula menunjukkan bantahan terhadap DAP, kepemimpinan parti pembangkang itu pasti tidak berani untuk mengkritik mana-mana isu yang melibatkan orang Melayu dan Islam.

Katanya, selama ini DAP seolah-olah tidak gentar dalam mengeluarkan kenyataan memandangkan tiada sebarang tindakan daripada masyarakat mahupun kerajaan, malah mereka hanya perlu menarik balik serta memohon maaf dan masalah tersebut pasti dilupakan.

“Oleh sebab itu, rakyat perlu menolak kepemimpinan DAP pada pilihan raya akan datang. Dalam masa yang sama, kerajaan juga perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang tidak sensitif dalam isu perkauman dan agama.

“Kita sangsi dengan DAP, ke­sungguhan mereka untuk membawa masuk atlet peluncur angin Israel untuk bertanding dalam satu kejohanan di Malaysia menjadi tanda tanya. Apakah ada agenda di sebaliknya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Beliau mengulas kenyataan DAP Perak baru-baru ini yang membantah langkah Kementerian Belia dan Sukan menafikan visa dua peserta luncur angin dari Israel yang dijadualkan men­yertai satu kejohanan di Langkawi semalam.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, DAP sebenarnya tidak layak untuk menyertai politik dalam negara ini kerana terlalu biadab dan akan merosakkan sistem demokrasi negara.

Katanya, sikap kerajaan yang selalu berlembut dengan kesalahan yang dilakukan oleh kepimpinan DAP menyebabkan perkara tersebut sering berulang-ulang.

“Saya kesal dengan kerajaan kerana hingga sekarang tiada tindakan yang diambil. Jika kesalahan yang sama tidak dihalang, kita bimbang mereka akan berjaya menyebarkan fahaman seolah-olah Israel tidak kejam.

“DAP patut malu bertindak sedemikian memandang parti tersebut belum lagi sah mengikut undang-undang negara,” katanya.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL