Kena Tegas Dalam Hal Ini.....DBKL tarik balik lesen peniaga sewa premis kepada warga asing

Para peniaga di Kuala Lumpur yang didapati menyewakan premis perniagaan mereka kepada warga asing berdepan dengan tindakan tegas termasuk ditarik balik lesen perniagaan mereka.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang meneliti situasi yang ada peniaga dikesan menyewakan premis mereka kepada warga asing.

"Tindakan peniaga di premis DBKL yang menyewakan (kepada warga asing), kami akan ambil tindakan.

"Saya sendiri esok akan pergi ke suatu tempat kerana saya sendiri mahu lihat (keadaan itu)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Krismas peringkat Wilayah Persekutuan di sini Rabu.

Beliau diminta mengulas mengenai kebanjiran warga asing khususnya warga Afrika yang dilihat menjalankan perniagaan di premis-premis perniagaan di ibu negara.

Terdahulu mengenai sambutan Krismas itu, Tengku Adnan berkata ia merupakan manifestasi bahawa rakyat di negara ini mampu menghormati agama lain dan hidup bersama walaupun mempunyai perbezaan kefahaman dan kepercayaan.

Katanya walaupun sambutan itu khusus untuk penganut Kristian, namun sambutan rumah terbuka hari ini dihadiri pelbagai penganut agama lain.

Tengku Adnan turut menyeru rakyat di negara ini untuk mengelakkan permasalahan atau perbezaan kesefahaman yang boleh mencetuskan isu perkauman.

"Program seperti ini menunjukkan keakraban yang sentiasa diterapkan dalam diri kita, justeru menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya pemimpin sama ada pemimpin parti politik, badan bukan kerajaan serta masyarakat untuk menterjemahkan kebersamaan itu untuk diikuti semua rakyat tanpa mengira latar belakang," katanya.

Turut hadir termasuk Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana