UMNO-PAS, bersatulah atas nama Islam

BANGI, Isnin – BANGI, Isnin – Jalinan kerjasama antara parti UMNO dan PAS adalah perlu bagi memastikan perpaduan umat Islam menjadi realiti.

Untuk itu, Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata beberapa perkara boleh dilakukan untuk merintis kerjasama ini agar ianya dilaksanakan dengan lebih sempurna.

Dengan mengenali UMNO sejak sekian lama beliau berkata, UMNO mesti berubah. Politik wang mesti dibanteras hingga ke akar umbi.

“Imej UMNO mesti dibersihkan. Begitu juga PAS. Akhlak mulia dan keadilan menjadi tunjang utama.

“Jika UMNO atau PAS mencapai kemenangan, sama ada negeri atau pusat. Raikan antara satu sama lain. Jangan bersihkan segala jawatan, termasuk imam masjid surau, ahli majlis dan sebagainya seperti yang dilakukan ultra kiasu di Pulau Pinang.

“Hakikatnya, PAS dan UMNO ada kelebihan dan bakat, gunakan untuk kepentingan rakyat. Penilaian berasaskan bakat dan kekuatan, bukan parti. Itu fanatik namanya. Belajarlah dari parti Demokrat dan Republikan di Amerika Syarikat,” katanya.

Selain itu Prof Ridhuan berkata, apa jua keputusan yang dibuat, ia dilakukan secara win-win supaya tidak ada yang kalah terduduk. Terasnya adalah kebaikan dan keadilan. Yakinlah, manusia akan tunduk kepada kebaikan.

“Akhirnya, UMNO mesti mendidik parti komponen BN supaya lunak dengan Islam. Jangan asyik menentang agenda Islam apabila ia mahu dilaksanakan. Mungkin parti komponen BN akan rasa tercabar dengan kerjasama ini.

“Tetapi yakin, siapa pun yang memerintah, jika Islam yang menjadi sandaran, bukan Islam tidak perlu bimbang. Allah melaknat mereka yang lakukan kezaliman. Bersatulah atas nama Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi tulisan terbaru bertajuk ‘Bersatu atas nama Islam’ yang disiarkan dalam Sinar Harian hari ini.

Melihat kepada keadaan ketika ini, beliau berkata, sudah sampai masanya untuk UMNO serius mentarbiahkan pemimpin dan ahli mereka.

“Kembalikan UMNO dahulu. Sanggup berjalan kaki dan berbasikal ke sana ke mari melihat nasib rakyat. Susah senang bersama. Jika berlaku kematian, mereka terlebih dahulu tercokoh. Dialah imam, dialah yang baca doa. Itulah baru namanya YB, Yang Berkhidmat.

“Ini tidak, rata-rata kita lihat mereka dengan kereta mewah dan isteri mewah. Tayang sana sini. Lebih-lebih lagi yang beristerikan artis. Ini belum termasuk rumah dan harta yang dihimpun.

“Susah sangatkah menjadi low profile? Bukankah ini menjadi tuntutan dalam Islam? Jika nak himpun harta, himpunlah, tetapi jangan menunjuk. Rakyat sudah muak,” katanya.

Hakikatnya, Prof Ridhuan Tee berkata, perkara sebegini mesti disedari oleh UMNO jika mahu menghulur tangan dengan PAS.

“Ini kerana PAS sudah biasa hidup susah dengan perjuangannya. Sebab itu, PAS tidak kisah memutuskan hubungan dengan ultra kiasu.

“Justeru, untuk bekerjasama, tidak perlu menuding jari. Tidak perlu juga ‘meleburkan parti’. Mustahil untuk berlaku kerana setiap parti ada pendirian dan pengikut (fanatik) masing-masing.

“Belajarlah daripada parti ultra kiasu. Di mana pun mereka berada, apabila pilihan raya, mereka tahu parti manakah yang perlu dipangkah. Tidak bolehkah PAS dan UMNO berfikir sebegitu?,” soalnya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL