Laut merah di Kuantan...Inilah Masalah Puncanya Bauksit...MB Pahang Kalau Tak Nampak Lagi Poyooo lah

 KUANTAN: Insiden air laut menjadi kemerah-merahan di sepanjang pesisir pantai dari Sungai Pengorak hingga Pantai Batu Hitam di sini, berulang lagi semalam selepas hujan lebat sejak Ahad lalu.

Difahamkan, perubahan warna air laut itu akibat aktiviti perlombongan bauksit yang mana stok penyimpanan logam itu terletak berhampiran Pelabuhan Kuantan, tidak jauh dari perkampungan Sungai Pengorak.

Gambar laut berwarna merah itu turut menjadi viral di laman media sosial sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat yang rata-ratanya mahu pihak berkuasa menyiasat puncanya.

Penduduk, Zulkifli Samad, 23, berkata perubahan air laut itu dikesan sejak awal pagi semalam berikutan hujan berterusan kira-kira 24 jam di daerah ini.

"Sudah menjadi kebiasaan kepada saya dan penduduk untuk turun mencari remis atau kerang di pesisir pantai dan ketika turun pagi tadi (semalam) saya terkejut apabila lihat air berwarna kemerah-merahan.

"Mungkin ini ada kaitan dengan aktiviti perlombongan dan penyimpanan bauksit di sekitar Pelabuhan Kuantan," katanya.  

Zulkifli berkata, ini adalah kali kedua fenomena seumpama ini berlaku di kawasan berkenaan dan kali pertama air laut di situ menjadi kemerah-merahan ialah pada hujung bulan Mei lalu.

Dalam kejadian laut merah pertama di Tanjung Gelang pada Mei lalu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan bahawa perubahan warna itu tidak berbahaya kepada hidupan laut dan masyarakat setempat.

Siasatan dan penilaian JAS juga mengesahkan ia berpunca daripada pencemaran bauksit yang memasuki Sungai Pengorak sebelum mengalir ke laut.

Siasatan mendapati pencemaran berpunca daripada tempat basuhan lori membawa bauksit di kawasan Kuantan Port Consortium (KPC) iaitu kira-kira 750 meter dari sungai berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana