Kita Banyak Buang Masa Dengan Isu-Isu Bodoh - Khairy

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memuat naik gambar 'selfie' berdiri di hadapan kawasan projek perumahan yang sedang dicat semula selepas dikatakan menyerupai simbol salib di Langkawi.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rambau berkata di laman Twitternya : "Rumah-rumah yang ada 'salib' di Langkawi. Kini dicat semula selepas kecoh. Kita terlalu banyak membuang masa dengan isu-isu bodoh."

Kontroversi rekabentuk rumah itu timbul apabila projek perumahan di Kelibang itu kelihatan seperti simbol salib di bahagian bumbung apabila dicat dengan warna coklat manakala hanya satu bahagian sahaja yang dibiarkan berwarna putih.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Kedah telah  mengarahkan pemaju projek itu agar mengecat semula di bahagian bumbung.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Datuk Tajul Arus Mat Zain berkata, pemaju telah menjelaskan bahawa mereka tidak berniat untuk mewujudkan simbol itu.

Kerja-kerja mengecat semula telah bermula pada hari Selasa dan dijangka akan mengambil masa dua minggu untuk disiapkan.

Khairy berada di Langkawi menyaksikan Kejohanan Kejohanan Sukan Layar Remaja Dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) 2015.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana