Wowww Lama Benar menyepi Ni.......Samy Vellu beri nasihat pada pemimpin MIC...

Pemimpin-pemimpin MIC perlu menyelesaikan isu membabitkan parti itu secara bersama-sama, kata bekas presidennya Datuk Seri S. Samy Vellu.

"Ketika saya mengambil alihnya (pada Oktober 1979), ia begini juga. Kemudian, saya duduk bersama-sama dengan semua pengerusi negeri, ketua cawangan dan saya pergi ke rumah mereka untuk berbincang dengan mereka, menjadikan mereka berasa diri mereka begitu penting," katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas tentang pertikaian dalam MIC susulan pemecatan bekas bendahari parti Datuk R. Ramanan.

Menurut portal berita, Ramanan berkata pemecatan beliau adalah tidak sah dan beliau merancang untuk menyaman presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Samy Vellu berkata: "Perkara paling penting dalam politik ialah dengan selalu menganggap orang lain adalah lebih penting daripada kita. Dengan itu, anda akan menapat sokongan besar daripada orang ramai."

Samy Vellu, yang kini Duta Khas ke India dan Asia Selatan bagi Infrastruktur, berkata MIC perlu memberi kebebasan kepada Dr Subramaniam untuk menjalankan tugasnya dan berharap isu dalaman parti itu dapat diselesaikan dengan segera.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL