Posts

Showing posts from February, 2014

Anwar tak ada hak ubah MoU air, kata Muhyiddin

Image
KAJANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhak meminta atau membatalkan Perjanjian Persefahaman (MoU) antara pusat dengan negeri Selangor berhubung penstrukturan semula air. Ujarnya meskipun Ketua Pembangkang itu menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dan dilantik menjadi menteri besar, persetujuan itu tetap tidak boleh diubah kerana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah bersetuju dengan syarat berkenaan dalam perbincangan bersama. "Perjanjian antara kerajaan pusat dan negeri adalah demi kepentingan rakyat bagi sebagai usaha menangani krisis air dengan pembinaan empangan Langat 2. "Dan perjanjian itu sudah dipersetujui di mana segala kandungannya diperbincangkan dan tidak akan berubah," katanya pada sidang media selepas program lawatan “walkabout” bersama penduduk di Kajang hari ini.

MB TERENGGANU MENANG SAMAN FITNAH , ADUN PAS & HARAKAH DIPERINTAH BAYAR RM 200 RIBU

Image
Hari ini 28.2.12 jam 9.35 pagi di Mahkamah Jalan Duta, Kula Lumpur, Hakim Yang Arif Rosilah binti Yop memutuskan bahawa YAB MB Terengganu berjaya membuktikan kes fitnah terhadap defendan-defendan dalam kes saman fitnah MB terhadap YB Syed Azman, Harakah dan 2 yang lain. Gantirugi am dan teladan dibenarkan sebanyak RM 200,000.00 dan kos sebanyak RM 30,000.00.perlu dibayar oleh defenden2 kpd YAB MB Terengganu . Hakim juga membenarkan Injunksi menghalang artikel fitnah diterbitkan oleh defendan2 dalam Harakah dan akhbar lain ada juga dibenarkan.

MoU Air: Halimah Tak Usah Tegak Benang Basah

Image
Exco Selangor, Dr. Halimah Ali cuba meredakan tekanan dengan mendakwa Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan persekutuan dan kerajaan Selangor berhubung penstrukturan semula air di negeri tersebut, dilakukan pada saat akhir. Sejak termeterainya MoU semalam, kerajaan Selangor cukup tertekan kerana di asak sana sini akibat begitu banyak percanggahan kenyataan berhubung loji Langat 2 ini. Kejap kata tak perlu (air cukup), dah sekarang perlu pulak. Halimah juga mendakwa kerajaan Selangor tak bersalah dalam hal ini (penstrukturan semula air di Selangor), sebaliknya kerajaan persekutuanlah yang salah kerana melewatkan persetujuan pengambilalihan Syabas. Tapi Halimah terlupa satu perkara, SEBELUM MoU itu ditandatangani, kebenaran membina telah diberikan Khalid Ibrahim terlebih dahulu, yang akhirnya menyaksikan projek Langat 2 boleh diteruskan pembinaannya setelah tertangguh sekian lama. Kebenaran membina inilah yang penting, MoU itu tidak begitu penting. ...

Apa kena mengena MAS dengan BR1M ??

Image
Lim Guan Eng paham tak paham manifesto BN mengenai BR1M? nilai BR1M yang dinaikan secara berperingkat-peringkat sehingga 2018. simpan sikit bodoh tu jgn tunjuk sangat.

2 rakan ‘kendurikan’ gadis 15 tahun

Image
KUALA LUMPUR - Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol remaja bawah umur, dua minggu lalu. Muhammad Afiq Zulkifli dan Mohamad Khaizie Hassan yang masing-masing berusia 20 tahun, mengaku tidak bersalah serta mohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azman Mustapha. Muhammad Afiq dituduh merogol mangsa yang berusia 15 tahun enam bulan ketika kejadian, di atas tikar dalam bilik sebuah rumah di Setapak dekat sini, kira-kira jam 9 pagi, pada 15 Februari lalu. Penuntut KolejMohamad Khaizie turut dituduh merogol remaja sama di tempat dan tarikh sama, kira-kira jam 9.45 pagi. Kedua-dua penuntut kolej swasta berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Tidak tawar jaminan Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie, tidak menawarkan jaminan ke atas kedua-dua tertuduh atas alasan kesalahan yang dilakuk...

Parlimen Gelang Patah : Kit Siang Dikecam Pilih Kasih Bantu Rakyat

Image
JOHOR BAHRU, 27 Feb - Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang digesa supaya bersikap lebih profesional dalam menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira latar belakang agar mereka dapat pembelaan yang sewajarnya. Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Johor, Jason Teoh Sew Hock mendakwa Lim tidak membela nasib 48 penternak ikan dan kupang di Perairan Tanjung Kupang, sebaliknya menyalahkan kerajaan negeri kerana mengakibatkan kematian ternakan mereka. "Walaupun sudah dua kali beliau melawat kawasan tersebut tetapi sehingga sekarang tidak melakukan apa-apa tindakan kecuali menyalahkan kerajaan negeri melakukan aktiviti menambak dan mengorek pasir di situ," katanya kepada pemberita di sini Khamis. Beliau mendakwa anggota Parlimen Gelang Patah itu hanya menjemput media dari akhbar Cina menyertainya dalam lawatan keduanya pada 24 Feb lalu. Lim juga mendakwa nelayan pantai yang sebelum ini boleh mencapai pendapatan RM10,000 sebulan telah berkurangan kepada RM3,00...

Telur tersekat dalam kemaluan gadis...Macam Macam Ada

Image
Shanghai: Seorang wanita terpaksa mendapatkan khidmat doktor untuk mengeluarkan telur rebus yang tersekat di kemaluannya selepas melakukan tabiat pelik bersama suaminya ketika mengadakan seks dengan suaminya. Doktor di Shanghai berjaya mengeluarkan telur rebus itu baru-baru ini. Suami wanita berkenaan berkata, dia memasukkan telur rebus yang telah dikopek kulitnya itu ke dalam kemaluan isterinya untuk mencuba sesuatu yang baru ketika mengadakan seks. Namun, tidak lama selepas itu, isterinya mengadu mengalami sensasi yang luar biasa di bahagian berkenaan.Pasangan dalam lingkungan usia 20-an itu berkata, mereka cuba mengeluarkannya menggunakan penyepit dan sudu, apabila usaha itu gagal, wanita itu cuba mengeluarkannya dengan melompat -lompat tetapi gagal juga. Dr Guo Xinxin daripada jabatan sakit puan hospital berkenaan berkata, pasangan itu mengambil risiko yang tinggi. “Apabila sudah berada dalam kemaluan, ia mengandungi campuran bakteria yang rumit dan telur rebus itu akan...

Anwar Guna Gambar ‘Recycle’ Konon Dia Mendapat Sambutan Hebat Di Jepun

Image
Jurugambar sebuah portal berita mengecam tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba menipu masyarakat dengan publisiti murahan apabila menggunakan gambar ‘recycle’ bagi menunjukkan kononnya dia mendapat sambutan yang luar biasa ketika lawatannya di Jepun baru-baru ini. Anwar Kantoi 5Menurut Shaik Mohamad Amin, 28 gambar tersebut sebenarnya berlaku ketika pembacaan keputusan kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang itu pada 9 Januari 2012. Sebagai salah seorang jurugambar yang bertugas dia turut berada di tempat kejadian pada ketika itu. “Tindakan, Anwar yang sengaja menyebarkan ‘gambar recycle’ itu untuk menunjukkan seolah-olah dia mendapat sambutan hangat dan luar biasa ketika berada di Jepun, adalah satu cubaan untuk memperbodoh-bodohkan masyarakat. “Sebagai seorang pemimpin yang kononnya ‘anugerah tuhan’, dia tidak sepatutnya menggunakan pendekatan murahan seperti itu,” ujarnya. SUMBER

Terkilan sikap petugas lebuh raya....

Image
KUANTAN – Seorang pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), Mohd Sabri Abd Malek, 55, terkilan dengan sikap peronda lebuh raya dan polis peronda lebuh raya yang didakwanya tidak dapat menghulurkan bantuan sewajarnya ketika dia memerlukan pertolongan. Beliau yang juga Presiden Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia mendakwa, anggota petugas berkenaan gagal menjalankan tugas dengan baik dan tidak mementingkan keselamatan pengguna. Sabri berkata, pada 23 Februari lepas dia bersama keluarga dari Melaka menuju ke Kemaman atas urusan keluarga. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan berhampiran kawasan rehat dan rawat (RnR) Kuantan, kenderaan dipandunya rosak secara tiba-tiba. “Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang dan ketika itu cuaca panas terik, sekali gus menimbulkan keadaan yang tidak selesa. “Malah, cucu saya yang berusia lebih setahun mengalami muntah-muntah kerana kepanasan. Katanya, ketika itu dia menahan sebuah kereta peronda lebuh raya untuk meminta bantuan...

Gambar terakhir Erra, Aleeysa dan Emran santai bersama sebelum bercerai...

Image
Sedih sebenarnya berita perpisahan Erra Fazira dan Engku Emran ...Admin harap mereka bersatu kembali dengan izin ALLAH.Kes bercerai yang menjadi mangsa kepada Anak anak yang semakin membesar..Kesiannya...Admin doakan yang terbaik untuk keluarga ini moga tabah dalam menghadapi segala dugaan dalam hidup.

Mahkamah perintah ADUN Batu Buruk bayar RM20 ribu kepada MB Terengganu

Image
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Terengganu hari ini memerintahkan wakil rakyat pembangkang Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan tiga yang lain untuk membayar RM20,000 kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. Terdahulu Hakim Yeoh Wee Siam telah mengarahkan kedua-dua pihak menfailkan hujahan pada 30 Julai 2012 berhubung isu sama ada defendan kedua menfailkan saman itu dalam kapasiti peribadinya, atau sebagai Menteri Besar. Syed Azman yang juga merupakan ADUN Batu Buruk menerusi artikelnya bertajuk ‘Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah’, telah menuduh Ahmad Said terlibat dengan penyelewengan berkaitan bantuan sekolah berjumlah RM30 juta. Pada 8 Disember 2011 selepas sesi akhir persidangan Dewan Undangan Negeri, Ahmad Said menjelaskan, dalam laporan Ketua Audit Negara kontrak pembekalan pakaian hanya satu tahun iaitu pada tahun 2009 dengan nilai kontrak sebenar RM7.995 juta. Ahmad Said berkata bahawa bantuan pakaian sekolah hanya diberi pada 2009 sedangkan pada 2008 dan 2010 b...

Khalid Tandatanggan MoU, Anwar Dakwa Dia Dan Parti Tidak Dimaklumkan.

Image
Tindakan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang secara tiba-tiba bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Menteri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili telah mengejutkan ramai pihak. Menurut sumber, ekoran tindakan itu ada di kalangan pimpinan PKR yang mengecam Khalid disifatkan cuba bermain ‘tarik-tali’ dengan mengambil langkah populis tersebut. Paling menarik apabila ketika program sesi minum petang anjuran PKR di Kajang petang semalam, Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim dilihat agak keberatan untuk mengulas tindakan tersebut. Namun apabila diasak berulang kali, Anwar akhirnya terpaksa menjelaskan, dia dan parti langsung tidak dimaklumkan mengenainya. Malah menurut penasihat ekonomi Selangor itu lagi, dia masih mengkaji tindakan tersebut dan tidak dapat memberikan sebarang komen buat masa ini. Terdahulu media melaporkan Khalid hadir dalam satu program menandatangani MoU dengan kerajaan Barisan Nasional yang ...

Panazz!! Punca Sebenar MAS Pecat Tiga Pramugari, Seorang Pramugara 'Terlampau'

Image
PETALING JAYA: Seramai empat kakitangan Malaysia Airlines (MAS) telah dipecat kerana didakwa menyertai perhimpunan kesatuan di Putrajaya pada November lalu, kata salah seorang ahli kesatuan. Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) Ismail Nasaruddin yang juga telah dipecat berkata keempat-empat mereka telah menerima surat penamatan pada Februari. Anggota Nufam mengambil bahagian dalam perhimpunan aman di Kementerian Sumber Manusia pada 27 November lalu. Difahamkan tiga daripada yang dipecat adalah pramugari yang bercuti sakit pada hari mereka menyertai perhimpunan. Ismail, yang dipecat dua hari selepas perhimpunan tersebut berkata penamatan datang selepas surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada 30 anak kapal, termasuk anggota exco kesatuan berhubung penglibatan mereka dalam perhimpunan tersebut. "Perhimpunan itu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan MAS. Kami berhimpun untuk perkara-perkara melibatkan kesatuan," tegas Ismail. Dalam satu ...

Menu 1Malaysia makan tengah hari kini di Putrajaya...Yang Tinggal Putrajaya Tu Boleh Lah Test

Image
PUTRAJAYA - Sebagai galakan kepada orang ramai di pusat pentadbiran negara di sini berbelanja secara berhemah, Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat mengunjungi Restoran Rakyat 1Malaysia di Taman Seri Empangan, di Presint 5, hari ini untuk menikmati makan tengah hari menu 1Malaysia.   Bersama kira-kira 200 orang jemputan, Aseh makan tengah hari beramai-ramai di restoran itu, dengan memilih menu 1Malaysia yang disediakan.   Dengan bayaran serendah RM5, mereka menikmati makan tengah hari dengan satu lauk pilihan dan sayur serta minuman.   Hidangan itu disediakan kepada orang ramai antara pukul 12 tengah hari dan 2 petang, bermula hari ini.   Aseh berkata, inisiatif yang digerakkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama pengusaha restoran itu bertujuan membantu orang ramai, terutama penjawat awam yang bekerja di sini, menikmati makan tengah hari yang amat memuaskan pada kadar bayaran cukup berpatutan.   Menurutnya setakat ini hanya rest...

Baik Punya Sound....Saman RM 2 juta Presiden PAS : You boleh nilai sendirilah - MB Terengganu

Image
Apa makna parti yang dikatakan memperjuangkan Islam sekiranya pucuk pimpinannya didapati bersalah oleh mahkamah kerana memfitnah orang. Sedangkan di dalam Islam jelas memperkatakan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu baru-baru ini yang mengarahkan Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang supaya membayar saman RM2 juta kepada Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Terengganu. Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said pada mulanya enggan mengulas soalan Agendadaily berhubung keputusan saman fitnah tersebut. Bagaimanapun bila diasak untuk memberi pandangan tentang ‘moralnya’ isu tersebut, beliau akhirnya berkata, “you boleh nilai sendirilah sebagai wartawan.” “Saya sebut berulangkali sebagai sebuah parti hendak memperjuangkan Islam, you firnah orang lain sesuatu yng tidak kenalah” Seterusnya beliau menambah, “sebab kita hendak menunjukkan Islam i...

Cubaan Harakahdaily fitnah TPM dan calon BN Kajang kantoi

Image
Tulisan Ahmad Tajdid di Harakahdaily.net bertajuk 'BN melanggar pantang di Kajang’  bagi saya dibuat oleh orang yang tiada di tempat kejadian. Itu kesimpulan mudah saya yang membuat liputan Program Mesra Rakyat Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Dukung Isnin lalu. Ini kerana bagi puluhan wartawan yang hadir ketika acara tersebut, semua maklum bahawa program sebenar di tapak gelanggang futsal bukan di Surau Al Falah. Cerita mudahnya begini, Muhyiddin mengatakan lawatan separuh hari ke Kajang, sebelah pagi, beliau mengadakan mesyuarat dengan Barisan Nasional Negeri di Pejabat UMNO Hulu Langat di pekan Kajang. Kemudian beliau singgah di rumah seorang warga emas di Sungai Sekamat dan kebetulan tidak jauh dari rumah itu ada kematian dan TPM singgah untuk menziarahi jenazah. Dari situ beliau terus ke Bukit Dukung. Sebaik sampai, bersama pemimpin-pemimpin UMNO dan penduduk kampung, TPM ke Surau Al Falah untuk bacaan doa selamat. Tidak ada ucapan...

MAKIN PANAS... Zaid dakwa Anwar menyorok bawah skirt Rafizi

Image
'Tembak menembak’ antara dua bekas sahabat karib politik yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang - Datuk Zaid Ibrahim dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjadi semakin panas. Rafizi Ramli mungkin menyesal pergi jolok bekas Naib Presiden PKR itu dakwa konon ada lobi projek untuk rakannya di Selangor semasa berada dalam PKR dulu untuk conteng arang imejnya. Zaid bertindak balas terhadap dakwaan yang dibuat Pengarah Strategik PKR itu dalam sidang akhbar Rabu dengan memanggil satu sidang akhbar di rumahnya dekat Petaling Jaya Khamis. Di depan ramai wartawan yang hadir Zaid melibas sakan Anwar dan Rafizi.Ini termasuk mendakwa Rafizi hanya budak suruhan Anwar untuk mencercanya. “Oleh itu saya ingin ingatkan Anwar. Tidak usahlah berselindung di bawah skirt Rafizi,” kata bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu. Selain menafikan dakwaan Rafizi beliau ada melobi projek untuk rakannya di Selangor,Zaid pula mendakwa Anwar semasa dalam kera...

Lakaran RIngkas Pandangan Project Langat 2...

Image
PUTRAJAYA, 27 Feb: Selepas tertangguh hampir enam tahun, projek Loji Rawatan Air Langat Dua (Langat 2) disambung semula berkuat kuasa serta merta selepas Kerajaan Persekutuan dan Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung penstrukturan semula industri bekalan air negeri itu semalam. Majlis itu menjadi detik bersejarah yang dinantikan penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi menyelesaikan masalah bekalan air bagi tempoh jangka panjang, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri menerusi kerjasama strategik yang mendahulukan rakyat tanpa mengira sempadan politik. Kerajaan Persekutuan diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Selangor oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Majlis berlangsung di Perdana Putra jam 1 tengah hari, disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Melalui MoU itu, Kerajaan Persekutuan membenarkan ...

Harga lesen perniagaan MPKJ naik mendadak, Kerajaan Selangor mesti beri penjelasan

Image

Peluang cerah Chew menang di Kajang

Image
Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun mempunyai kemampuan dan berpeluang cerah untuk menang pada pilihanraya kecil DUN  Kajang pada 23 Mac ini. Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Chew yang juga naib presiden MCA mempunyai pengalaman menjadi wakil rakyat kerana pernah menjadi anggota Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal mulai 1999 hingga 2008. "Chew merupakan calon terbaik BN dalam memastikan kemenangan BN dalam PRK Kajang kerana DUN Kajang merupakan kawasan yang pernah dimenangi BN beberapa kali menerusi calon MCA pada pilihan raya yang lepas sebelum pembangkang memerintah negeri Selangor," katanya di Putrajaya Khamis. Tengku Adnan berkata demikian ketika ditanya sama ada Chew berpeluang menang pada PRK Kajang dan mampu menarik pengundi atas pagar yang merupakan antara faktor penting dalam memastikan kemenangan BN kelak. Kerusi DUN Kajang kosong selepas wakil rakyatnya Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan p...

UMNO biayai upah haji mangsa lemas tragedi Buluh Kasap

Image
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju menyumbang RM10,000 kepada keluarga lapan remaja lelaki yang terkorban dalam tragedi lemas di Sungai Buloh Kasap  Segamat Jumaat lalu selain membiayai upah haji (badal haji) ke atas semua mangsa terbabit. Upah haji tersebut akan dikendalikan Lembaga Tabung Haji pada musim haji antara Julai dan Ogos tahun ini. Hasrat perdana menteri itu disampaikan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mewakili beliau menyerahkan sumbangan itu di Dewan Islam, Taman Mewah, Buloh Kasap Rabu. "Saya sudah minta restu dan izin daripada keluarga mangsa dan mereka terharu dengan sumbangan Perdana Menteri dan mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan beliau ke atas mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada keluarga mangsa tragedi lemas itu. Turut hadir Pegawai Daerah Segamat, Abdul Rahim Nin dan Ketua UMNO Bahagian Segamat Zahari Sarip. Abdul Azeez berkata sumbangan itu membuktika...

HARAMJADAH..!!! Guan Eng Memperlekeh Dalam Twitternya Pemberian Wang BR1M Kerajaan.

Image
Seperti biasa Ketua Menteri Pulau Pinang yang paling haram jadah suka bohong ini lebih gemar melihat apa yang ada dalam kain orang sedangkan kain sendiri koyak punya la besar. Beliau melihat BR1M dari konteks nasional, cuba beliau lihat dari konteks negeri Pulau Pinang. Tahukah beliau berapa ramai penerima BR1M bagi rakyat Pulau Pinang? Lebih kurang 333K. Bukan 3 orang, bukan 30 orang. Hampir setengah juta. Apa bezanya? Dan Guan Eng sedarkah adakah 7.9 juta keluarga yg menerima BR1M itu miskin? Guan Eng jahanam tahukah definasikan maksud miskin tersebut?? Ini menunjukkan di Pulau Pinang pun masih ramai lagi rakyat yang miskin. Kenapa beliau sibuk hal negara? Selesai dahulu isu kemiskinan di Pulau Pinang. Jadi juara dalam negeri dulu sebelum hendak jadi juara peringkat nasional. Pulau Pinang yg dicanangkan oleh Guan Eng komunis ini kononnya miskin sifar terbukti bahawa retorik dan penipu belaka. Eh ramai lagi miskin di Penang, di parlimennya sendiri iaitu bagan? kata miskin sifa...

TERIMA PADAH..!!! Haji Hadi Akur Nilai Tahaluf Siyasi Lebih Penting Dari Soal Bayar Saman RM2juta

Image
Atas nama Tahaluf Siyasi mereka berebut-rebut kerusi pasca PRU13, Tak boleh tolak ansur masing-masing letak calon.. Tak cukup dengan naik pentas ada yang berani kutuk mengutuk makan pil kuda. Akhirnya BN yang menang besar 6966 undi berbanding PAS 4408 dan berbanding PKR 52 undi. Dahsyatnya penangan kutuk pil kuda... Sudah kalah perbalahan belum jua selesai, panas hati makin membara.. Atas nama Tahaluf Siyasi kes bawa ke Mahkamah. Setelah sesi memohon maaf diabaikan PAS. Sekarang atas nama Tahaluf Siyasi jugalah Haji Hadi kalah dan diperintah bayar saman RM2 juta. Bagi PAS atas nama Tahaluf Siyasi boleh tubuh team tabung milo bantu bantu bayar saman. Inilah dinamakan Tahaluf Siyasi Pakatan Rakyat hingga benda-benda remeh macam ini pun tak boleh hendak selesai sampai naik mahkamah. Apatah hendak bincang soal perjuangan islam yang sekarang semakin cerca merba, apatah hendak bincang soal negeri yang masing-masing semakin pentingkan diri. Apa lagi hendak bincang soal orang me...

Sebaran....Kenyataan Media MB Selangor Tan Sri Khalid.

Image
Kenyataan Media MB Selangor Tan Sri Khalid. Agak mengejutkan. Baca sampai habis. Baru masuk. MASIH PANAS SEPANAS GORENG PISANG. KERAJAAN SELANGOR AMBIL ALIH KONSESI AIR, UMUM TIGA TANGGUNGJAWAB UTAMA Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membolehkan Kerajaan Selangor mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi. Pengambilalihan ini dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan dan keempat-empat syarikat ini akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan Selangor. Empat syarikat konsesi itu ialah Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS). Pengambilalihan ini akan melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab dan tidak melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan. KDEB akan m...

Imigresen laksana operasi buru peniaga warga asing...100% Sokong

Image
PUTRAJAYA 27 Feb. - Jabatan Imigresen akan menjalankan operasi ke atas premis perniagaan yang dikuasai warga asing termasuk mereka yang menggunakan permit rakyat tempatan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri akan menyertai operasi itu bagi memastikan masalah peniaga warga asing ditangani sepenuhnya. "Saya tidak akan beri amaran, tetapi saya akan turun padang bersama pegawai penguat kuasa. "Jika ada yang masih berniaga menggunakan lesen rakyat tempatan dan tiada dokumen sah sebagai pekerja atau hanya dokumen lawatan sosial, sila tinggalkan negara ini dan hentikan aktiviti ini (berniaga)," katanya dalam sidang media, di sini hari ini. Katanya, operasi itu akan dilaksana menerusi fasa kedua Operasi Bersepadu yang bermula 21 Januari lepas. Operasi itu melibatkan pelbagai agensi berkaitan dan dilaksana secara berterusan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang melanggar undang-undang negara ini. - ...

HASUTAN..!!! Broker DAP Melaga-lagakan Kaum India Dengan Kerajaan Melalui Isu Sek Men Tamil.

Image
Awas dalam masa kempen perpaduan kaum tajaan DAP mereka bermain ular menghasut kaum India untuk berperang atau bermusuhan dengan Kerajaan Pusat. Dalam menyentuh isu ini. Lim Guan Eng telah memperalatkan surat permohonan yang ditolak untuk mencetuskan kemarahan kaum india. Dalam sidang akhbar Lim Guan Eng berkata “Kami hanya meminta satu sekolah menengah Tamil. Ini tidak akan menjejaskan sesiapa,” katanya pada sidang media di Komtar, seperti dilaporkan The Malaysian Insider. Memang benar surat permohonan mereka di tolak kerana Kementerian akan merujuk kepada peruntukan mengikut Akta Pendidikan 1996, bagi membina sekolah menengah Tamil. Di dalam Akta Pendidikan 1996 samada terdapat atau tidak peruntukan untuk membina Sek Men Tamil di negara ini . Di dalam Akta Pendidikan 1996 sebenarnya telah mengambil kira kepentingan semua kaum dengan mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan. Tugasan sepatut dilakukan oleh Lim Guan Eng sebagai Ahli Parlimen adalah mengusulkan is...

TAHUKAH ANDA..!!! Kisah Kapal TITANIC Tengelam Termaktub Di Dalam Surah YASSIN.

Image
Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912. Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yang dibina dalam masa 3 tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja. SUBHANALLAH..! Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik Surah Yaasin ayat ke 40 hingga ayat ke 43 : لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ 40. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan. وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ 41. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. [1269] Maksudnya : binata...

TAMAK..!!! PKR Yang Bertanding Di Kajang Tapi DAP Yang Kutip Derma.

Image
Cina DAP memang pandai mengambil peluang yang ada. Agak pelik apabila PKR yang bercadang untuk bertanding di DUN Kajang, DAP yang sibuk-sibuk untuk mengadakan Jamuan Makan Malam untuk mengutip derma. Jamuan makan malam yang bertemakan 'Dari Kajang Ke Putrajaya' dicadangkan diadakan di Tempat Letak Kereta Pasar Sg Chua, Kajang pada 21 March akan datang. Tidak seperti modus operandi PAS yang mengutip derma seperti peminta sedekah dengan mengedarkan tin-tin Milo di ceramah-ceramah yang mereka adakan, DAP melakukannya dengan sedikit bergaya dan bercirikan korporat. Dengan mengenakan harga tiket untuk satu meja makan sebanyak RM500, RM1,000 atau RM2,000, gaya DAP mengemis nampak lebih professional. Seperti biasa, tiada akauntabiliti untuk dana yang dikutip. Tiada akaun khusus dibuka untuk diaudit secara terperinci. Ke mana wang tersebut pergi dan dibelanjakan sentiasa menjadi tanda tanya. Inilah bentuk ketelusan yang sering dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin Cina DAP.

Exco Pemuda Umno Kuala Nerus Maut Dalam Kemalangan...AL-Fatihah

Image
KUANTAN 27 Feb - Exco Pemuda Umno bahagian Kuala Nerus, Syed Hafizuddin Datuk Syed Omar, 41, terbunuh dalam nahas apabila kereta yang dipandu rakannya terbabas di Km 240.5 Lebuhraya Pantai Timur, menghala ke arah Jabor, Terengganu tengah hari tadi. Rakannya, Kamal Rahaidi Abdul Halim, 41, dilaporkan parah. Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mereka yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Audi dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu. "Kenderaan itu dipercayai terbabas ke kiri jalan, kemudiannya berpusing beberapa kali sebelum merempuh tebing bukit. "Akibat rempuhan kuat itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaan terbabit," katanya kepada Bernama. Syed Hafizuddin yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu disahkan meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. ...

Anwar Sudah Terlambat Campur Tangan Isu Air - Zaid

Image
PETALING JAYA: Tindakan kerajaan Selangor memuktamadkan penstrukturan air dengan kerajaan Persekutuan pada Rabu membantutkan hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk campur tangan dalam isu tersebut sekiranya menjadi menteri besar Selangor. Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, sudah terlambat bagi Anwar untuk mempengaruhi rundingan yang sudah dimeterai itu seandainya dia memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dan diangkat sebagai menteri besar. "Ia dah terlambat. Hasrat Anwar sudah terbantut," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di kediamannya di sini Khamis. Pada Rabu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menandatangani MoU berkenaan dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambilalihan saham syarikat konsesi. Antar...

SULTAN BRUNEI MURKA KRITIKAN MEDIA SOSIAL.

Image
Sultan Brunei murka kritikan media sosial Sultan Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menyuarakan kemurkaan dan mengarahkan pengguna media sosial berhenti mengkritik rancangan beliau untuk memperkenalkan undang-undang syariah di negara itu. Hassanal, salah seorang individu terkaya dunia pada, Oktober lalu mengumumkan bahawa Brunei akan melaksanakan undang-undang syariah seperti sebatan, pemotongan anggota badan serta hukuman rejam sampai mati mulai 1 April ini. Tindakan itu mencetuskan kritikan daripada media sosial, satu-satunya kaedah rungutan awam membabitkan pihak berkuasa negara itu dengan tindakan mempersoalkan Sultan dielakkan. Dalam titah ucapan hujung minggu lalu, Hassanal memberi amaran keras kepada pengkritik beliau. “Mereka tidak boleh dibenarkan melakukan penghinaan ini tetapi jika ada elemen yang membolehkan mereka dibawa ke mahkamah, mereka akan menjadi yang pertama merasai pelaksanaan Perintah Kanun Keseksaan Syariah pa...

Tiba-tiba zakar tak berfungsi...Inilah Kuasa ALLAH

Image
KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang juga kakitangan kerajaan berusia 24 tahun terselamat daripada dirogol pemandunya sendiri apabila alat sulit lelaki itu tiba-tiba tidak berfungsi, di sebuah klinik kesihatan di sini. Bagaimanapun, dalam kejadian jam 6.45 pagi di sebuah sebuah klinik kesihatan di Kajang, Ahad lalu, lelaki berusia 34 tahun yang berang selepas empat kali cubaannya itu gagal memperkosa mangsa kemudian bertindak mencabul mangsa. Menurut sumber, lelaki yang bekerja sebagai pemandu itu dikatakan menanggalkan pakaian mangsa walaupun wanita itu melawan hingga berlaku pergelutan. “Selepas gagal merogol mangsa kerana alat sulitnya tidak berfungsi, lelaki terbabit kemudian mencabul wanita terbabit lebih 10 minit sebelum meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya. Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, dan kurang 24 jam kemudian pemandu terbabit ditahan di rumahnya di kawasan berhampiran, lapor Hmetro.

Tuduhan Lobi Projek : Zaid Ibrahim Selar Rafizi Busuk Hati

Image
PETALING JAYA 27 Feb - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli disifatkan sebagai seorang yang busuk hati apabila mendakwa Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim memiliki dua syarikat tanpa memeriksa terlebih pemilik syarikat seperti didakwa untuk melobi projek di Selangor ketika dalam parti. Zaid berkata kenyataan Rafizi semalam seolah-olah dua syarikat yang kononnya mahu melobi projek menerusi Menteri Besar, Khalid Ibrahim itu merupakan syarikat miliknya walhal beliau tidak mempunyai sebarang kaitan atau kepentingan menerusi syarikat tersebut. "Saya tegaskan bahawa saya tidak pernah saya membuat satu permohonan projek untuk saya, keluarga dan kawan saya selama 6 tahun saya mengenali Khalid Ibrahim. "Satu inci tanah saya tidak pernah minta kerana saya bukan mahu menjadi menteri besar," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di sini, hari ini. Tambah Zaid, tindakan memfitnah dirinya itu merupakan satu tindakan y...

Perjanjian air: Apakah Khalid sengaja cari nahas tak rujuk pada Anwar?

Image
Boleh percaya ke ? Itu menjadi tandatanya ramai pihak yang agak terkejut dengar komen Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa beliau tidak dimaklumkan mengenai perjanjian persefahaman mengenai air yang ditandatangani antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan kerajaan pusat. Mereka yang faham amalan susur galur politik dan pentabiran tentu kena telan beberapa biji Panadol untuk memahami apa maksud komen yang boleh dikira pelik itu. Lojik akal tentu akan kata mana mungkin Khalid boleh main pandai-pandai sendiri pergi tandatangan satu perjanjian besar dan penting itu tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada ' bos politiknya'. Lagipun satu dunia tahun Anwar ialah Penasihat Ekonomi Selangor.Itu adalah jawatan rasmi dalam pentabiran negeri. Keputusan sebesar itu sekurang-kurangnya mesti diluluskan oleh mesyuarat Exco kerajaan Negeri. Ketua Umum PKR itu bagi reaksi tidak tahu menahu pasal perjanjian itu semasa ditemui wartawan di Kajang petang Rabu beberapa jam se...

Mike Tyson mewakili PAS kempen untuk Anwar ?

Image
Dengan perkembangan terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintahkan membayar ganti rugi RM2 juta kepada calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, berhubung kes saman fitnah, sukar dijangkakan reaksi jentera PAS dalam memberi sokongan kepada kempen Anwar di Kajang. Namun individu yang telah menjadi ahli PAS, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, mantan MB Selangor telah pun memberi aku janji akan turun berkempen untuk memastikan kejayaan besar Anwar Ibrahim dalam PRK N25 Kajang akan datang. Ikuti ucapan beliau dalam majlis perjumpaan bersama Anwar Ibrahim hujung minggu yang lalu.

Populasi Di Malaysia Cecah 30 Juta Hari Ini

Image
PETALING JAYA: Menjelang subuh di Malaysia pada Khamis, jumlah populasi di negara ini akan mencecah jumlah 30 juta orang. Menurut jam populasi di laman web Jabatan Perangkaan Malaysia, negara ini mempunyai seramai 29,999,530 rakyat sehingga pukul 6.43 petang Rabu. Berdasarkan pemantauan The Star Online terhadap jam populasi ini, kira-kira satu kadar kelahiran berlaku setiap minit, yang bermakna angka 30 juta angka itu akan dicapai pada kira-kira pukul 2 pagi Khamis. Menurut unjuran populasi jabatan tersebut, angka 38.5 juta orang penduduk akan dicapai pada tahun 2040, yang terdiri daripada 19.6 juta lelaki dan 19 juta perempuan. Jabatan ini juga menyatakan bahawa pada tahun 2010, Bumiputera membentuk 67.4% daripada populasi, Cina (24.6%), India (7.3%), dengan bangsa-bangsa lain membentuk baki sebanyak 0.7%.

Penang Terkini ; Gambar Bunuh Diri, Gantung Di Pokok Kerana Gaduh Dengan Teman Wanita !!

Image
Batu Maung Pulau Pinang..emm gaduh dengan kekasih dan buat keputusan gantung diri..kekasihnya cuba selamatkan namun boyfrennya mati d tempat kejadian..

Comango: Marina Mahathir saman ISMA

Image
Aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir menyaman Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan 15 anggota jawatankuasa (AJK) pertubuhan itu berhubung pernyataan berunsur fitnah mengaitkannya dengan aktiviti Gabungan Badan Bukan Kerajaan (Ngo) Hak Asasi Manusia (Comango). Dalam saman itu, Marina, yang juga anggota Lembaga Pengarah Sisters in Islam (SiS) menamakan presiden pertubuhan itu Abdullah Zaik Abd Rahman, timbalan presidennya Aminuddin Yahaya dan naib presiden Abdul Rahman Mat Dali serta 13 AJK pertubuhan itu sebagai defendan. Marina, yang diwakili peguam Muhammad Faizal Faiz Mohd Hasani memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill pada 16 Jan lepas. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini ketika kes disebut di dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop. Peguam Azad Bashir, yang mewakili kesemua defendan, memberitahu pemberita bahawa Rosilah menetapkan 10 Ma...

Kaedah Menyalurkan Maklumat Rasuah.

Image
1. Datang ke Pejabat SPRM terdekat. Lihat senarai pejabat SPRM. 2. Melalui Sistem Pengurusan Maklumat atau “Complaint Management System”. Login dan hantar maklumat melalui borang yang ringkas. 3. Menulis E-mel kepada maklumat kepada : info@sprm.gov.my. 4. Menulis surat ke alamat pejabat Ibu Pejabat SPRM atau mana-mana Pejabat SPRM Lihat senarai alamat pejabat SPRM. 5. Anda juga boleh menghantar faks ke talian 03-8889 4329. 6. Melalui talian bebas tol 1-800-88-6000 Atau talian tetap 03-88867000 / 7545 / 7546 7. Hantarkan SMS ke talian 019-6000696.