Imigresen laksana operasi buru peniaga warga asing...100% Sokong
PUTRAJAYA 27 Feb. - Jabatan Imigresen akan menjalankan operasi ke atas premis perniagaan yang dikuasai warga asing termasuk mereka yang menggunakan permit rakyat tempatan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri akan menyertai operasi itu bagi memastikan masalah peniaga warga asing ditangani sepenuhnya.
"Saya tidak akan beri amaran, tetapi saya akan turun padang bersama pegawai penguat kuasa.
"Jika ada yang masih berniaga menggunakan lesen rakyat tempatan dan tiada dokumen sah sebagai pekerja atau hanya dokumen lawatan sosial, sila tinggalkan negara ini dan hentikan aktiviti ini (berniaga)," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Katanya, operasi itu akan dilaksana menerusi fasa kedua Operasi Bersepadu yang bermula 21 Januari lepas.
Operasi itu melibatkan pelbagai agensi berkaitan dan dilaksana secara berterusan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang melanggar undang-undang negara ini. - BERNAMA

Comments