2 rakan ‘kendurikan’ gadis 15 tahun

KUALA LUMPUR - Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol remaja bawah umur, dua minggu lalu.

Muhammad Afiq Zulkifli dan Mohamad Khaizie Hassan yang masing-masing berusia 20 tahun, mengaku tidak bersalah serta mohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Muhammad Afiq dituduh merogol mangsa yang berusia 15 tahun enam bulan ketika kejadian, di atas tikar dalam bilik sebuah rumah di Setapak dekat sini, kira-kira jam 9 pagi, pada 15 Februari lalu.
Penuntut KolejMohamad Khaizie turut dituduh merogol remaja sama di tempat dan tarikh sama, kira-kira jam 9.45 pagi.

Kedua-dua penuntut kolej swasta berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Tidak tawar jaminan Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie, tidak menawarkan jaminan ke atas kedua-dua tertuduh atas alasan kesalahan yang dilakukan tidak boleh dijamin, selain mangsa adalah kenalan tertuduh, lapor Berita Harian.
Mahkamah menetapkan 27 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL