Sebaran....Kenyataan Media MB Selangor Tan Sri Khalid.

Kenyataan Media MB Selangor Tan Sri Khalid.
Agak mengejutkan. Baca sampai habis. Baru masuk. MASIH PANAS SEPANAS GORENG PISANG.

KERAJAAN SELANGOR AMBIL ALIH KONSESI AIR, UMUM TIGA TANGGUNGJAWAB UTAMA

Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membolehkan Kerajaan Selangor mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi.

Pengambilalihan ini dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan dan keempat-empat syarikat ini akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan Selangor.

Empat syarikat konsesi itu ialah Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS).

Pengambilalihan ini akan melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab dan tidak melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.

KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala Kerajaan Persekutuan menyuntik RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri dalam urusan pengambialihan saham.

Sebagai balasan, Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2).

Sementera menunggu Langat 2 disiapkan, Kerajaan Selangor akan melaksanakan tiga tanggungjawab utama untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi iaitu:

1. Menjalankan program mitigasi bernilai RM900juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan

2. Memulakan projek Horas (Hybrid Off River Augmentation System) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 Juta Liter Sehari (MLD) atau 3 bilion liter pada 2050. Majlis pecah tanah projek ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu dari sekarang

3. Menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33 % kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan. Peratusan tinggi NRW yang gagal diturunkan oleh SYABAS adalah punca utama bekalan air bersih tidak mencukupi.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Mohamad Hj Hasan IIPanglima Dr Maximus Ongkili di atas kerjasama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

MoU ini tepat pada masanya ketika rakyat bergelut dengan krisis bekalan air dan ini jelas membuktikan industri air perlu distruktur semula supaya perkhidmatannya lebih cekap dan mampan dengan kadar tariff air yang munasabah.

Secara peribadi, saya menyeru kpd seluruh pengundi Kajang agar memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang pada 23hb Mac nanti demi perpaduan dan keharmonian rakyat Selangor khasnya.

YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL