Tuduhan Lobi Projek : Zaid Ibrahim Selar Rafizi Busuk Hati

PETALING JAYA 27 Feb - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli disifatkan sebagai seorang yang busuk hati apabila mendakwa Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim memiliki dua syarikat tanpa memeriksa terlebih pemilik syarikat seperti didakwa untuk melobi projek di Selangor ketika dalam parti.

Zaid berkata kenyataan Rafizi semalam seolah-olah dua syarikat yang kononnya mahu melobi projek menerusi Menteri Besar, Khalid Ibrahim itu merupakan syarikat miliknya walhal beliau tidak mempunyai sebarang kaitan atau kepentingan menerusi syarikat tersebut.

"Saya tegaskan bahawa saya tidak pernah saya membuat satu permohonan projek untuk saya, keluarga dan kawan saya selama 6 tahun saya mengenali Khalid Ibrahim.

"Satu inci tanah saya tidak pernah minta kerana saya bukan mahu menjadi menteri besar," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di sini, hari ini.

Tambah Zaid, tindakan memfitnah dirinya itu merupakan satu tindakan yang disifatkan sebagai kebudak-budakan selepas gagal mengamalkan politik bersih.

"Tidak susah untuk memeriksa terlebih dahulu siapa pemilik syarikat kerana hati dia (Rafizi) busuk. Bukan susah untuk melihat sama ada keluarga saya ada atau tidak berkerja didalam syarikat yang dia maksudkan itu.

"Jika mahu buat pendedahan biarlah buat betul-betul. Jangan tunjukkan kita ini budak politik yang mengamalkan reformasi, politik bersih, mahu menggantikan UMNO tetapi guna tektik kotor dan fitnah," katanya

Semalam, Rafizi memburukkan integriti Zaid dengan menuduh Zaid pernah melobi projek di Selangor semasa berada dalam parti dan mengecamnya tidak layak bercakap mengenai ketelusan.

Rafizi telah mengedarkan salinan pertukaran e-mel antara beliau dan Zaid yang menunjukkan usaha yang kononnya Zaid ingin melobi dua projek iaitu di Selayang dan Petaling Jaya.

Dalam e-mel tersebut, Rafizi mendakwa Zaid berinteraksi dengannya menggunakan alamat e-mel carbofree@gmail.com bagi melobi projek pembangunan bersama Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana