Populasi Di Malaysia Cecah 30 Juta Hari Ini

PETALING JAYA: Menjelang subuh di Malaysia pada Khamis, jumlah populasi di negara ini akan mencecah jumlah 30 juta orang.

Menurut jam populasi di laman web Jabatan Perangkaan Malaysia, negara ini mempunyai seramai 29,999,530 rakyat sehingga pukul 6.43 petang Rabu.

Berdasarkan pemantauan The Star Online terhadap jam populasi ini, kira-kira satu kadar kelahiran berlaku setiap minit, yang bermakna angka 30 juta angka itu akan dicapai pada kira-kira pukul 2 pagi Khamis.

Menurut unjuran populasi jabatan tersebut, angka 38.5 juta orang penduduk akan dicapai pada tahun 2040, yang terdiri daripada 19.6 juta lelaki dan 19 juta perempuan.

Jabatan ini juga menyatakan bahawa pada tahun 2010, Bumiputera membentuk 67.4% daripada populasi, Cina (24.6%), India (7.3%), dengan bangsa-bangsa lain membentuk baki sebanyak 0.7%.

Comments

Popular posts from this blog

'Saya Tak Boleh Hidup di Malaysia Jika Hudud Dilaksanakan' - Marina Mahathir

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia