Perjanjian air: Apakah Khalid sengaja cari nahas tak rujuk pada Anwar?

Boleh percaya ke ? Itu menjadi tandatanya ramai pihak yang agak terkejut dengar komen Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa beliau tidak dimaklumkan mengenai perjanjian persefahaman mengenai air yang ditandatangani antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan kerajaan pusat.

Mereka yang faham amalan susur galur politik dan pentabiran tentu kena telan beberapa biji Panadol untuk memahami apa maksud komen yang boleh dikira pelik itu.

Lojik akal tentu akan kata mana mungkin Khalid boleh main pandai-pandai sendiri pergi tandatangan satu perjanjian besar dan penting itu tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada ' bos politiknya'.

Lagipun satu dunia tahun Anwar ialah Penasihat Ekonomi Selangor.Itu adalah jawatan rasmi dalam pentabiran negeri.

Keputusan sebesar itu sekurang-kurangnya mesti diluluskan oleh mesyuarat Exco kerajaan Negeri.

Ketua Umum PKR itu bagi reaksi tidak tahu menahu pasal perjanjian itu semasa ditemui wartawan di Kajang petang Rabu beberapa jam selepas ia ditandatangani Khalid di Jabatan Perdana Menteri dengan disaksikan Datuk Seri Najib dan timbalannya Tan Sri Mahyuddin Yassin.

"Saya mengetahui perjanjian yang dibuat sebelum ini, Khalid maklumkan kepada saya daripada masa ke semasa.
 
"Tetapi tidak yang terakhir ini. Saya tidak tahu," katanya.

Katanya setakat ini Menteri Besar itu baru beri ' gambaran umum'.

Bila beliau beri secara terperinci saya boleh ulas," kata Anwar.

"Secara prinsipnya kita bersetuju dapat selesaikan masalah air dengan segera," katanya.

Komen Anwar itu telah mencetuskan pelbagai andaian.Antaranya mungkin beliau ' termalu' Selangor akhirnya terpaksa angkat bendera putih kepada kerajaan pusat dalam isu berkenaan selepas tunnjuk keras kepala hampir lima tahun.

Lebih menjadi pukulan ia berlaku ketika kehangatan kempen pilihanraya kecil Kajang.

Juga dimasa yang sama isu air menjadi bualan hangat di Selangor sekarang dengan adanya catuan di beberapa tempat.

Ekoran perkembangan terbaru ini ramai penduduk Selangor kini sudah nampak akibat buruk dari kedegilan kerajaan Pakatan Rakyat dalam isu air.

Pemeterian perjanjian persefahaman itu dikatakan boleh buat Anwar dan puak pembangkang terpaksa buat muka tebal dalam kempen di Kajang.

Namun kalau betul bagai didakwa Khalid tidak 'bisik' langsung pada Anwar beliau hendak pergi tandatangan perjanjian penting itu tentu ia akan membuka satu lagi ruang alasan besar untuk 'tendang' Menteri Besar itu.

Senang cakap itu sudah dikira ' lawan tauke' tahap maksima.

Apakah Khalid tidak tahu aturan main dalam berpolitik hingga membuka diri seluas itu untuk dipancung hidup-hidup?

Kisah Anwar dikatakan sedang mengintai jawatan Menteri Besar bukan satu rahsia lagi.

Kini semua orang sedang memerhati ' Kajang Move' Anwar dan gengnya yang kononnya dilapik dengan alasan untuk memantapkan kedudukan politik Pakatan Rakyat di negeri itu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL