Lakaran RIngkas Pandangan Project Langat 2...

PUTRAJAYA, 27 Feb: Selepas tertangguh hampir enam tahun, projek Loji Rawatan Air Langat Dua (Langat 2) disambung semula berkuat kuasa serta merta selepas Kerajaan Persekutuan dan Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung penstrukturan semula industri bekalan air negeri itu semalam.

Majlis itu menjadi detik bersejarah yang dinantikan penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi menyelesaikan masalah bekalan air bagi tempoh jangka panjang, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri menerusi kerjasama strategik yang mendahulukan rakyat tanpa mengira sempadan politik.

Kerajaan Persekutuan diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Selangor oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Majlis berlangsung di Perdana Putra jam 1 tengah hari, disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Melalui MoU itu, Kerajaan Persekutuan membenarkan kerajaan negeri mengemukakan tawaran pengambilalihan syarikat konsesi air di Selangor termasuk Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS).

Sebagai balasan, kerajaan negeri akan mengeluarkan kebenaran merancang bagi pembinaan Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) (Pakej 2A) berkuat kuasa semalam dan memastikan semua kelulusan serta kebenaran berkaitan pembangunan diluluskan dalam masa 30 hari.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana