Anwar Sudah Terlambat Campur Tangan Isu Air - Zaid

PETALING JAYA: Tindakan kerajaan Selangor memuktamadkan penstrukturan air dengan kerajaan Persekutuan pada Rabu membantutkan hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk campur tangan dalam isu tersebut sekiranya menjadi menteri besar Selangor.

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, sudah terlambat bagi Anwar untuk mempengaruhi rundingan yang sudah dimeterai itu seandainya dia memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dan diangkat sebagai menteri besar.

"Ia dah terlambat. Hasrat Anwar sudah terbantut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di kediamannya di sini Khamis.

Pada Rabu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menandatangani MoU berkenaan dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambilalihan saham syarikat konsesi.

Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat akan membenarkan Putrajaya meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor yang akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Kerajaan Selangor menjangkakan pengambilalihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli bahawa pimpinan Pakatan Rakyat tidak dimaklumkan mengenai perkara itu, Zaid berkata tidak menjadi satu kesalahan jika Abdul Khalid tidak berbuat demikian.

"Tindakan Abdul Khalid itu tepat kerana ia dilakukan atas kapasiti beliau sebagai menteri besar. Justeru beliau tidak perlu memaklumkan mengenainya kepada parti.

"Malah saya sebagai orang yang lama menetap di Selangor pun rasa lega dan gembira. Sekurang-kurangnya krisis air di negeri ini dapat diselesaikan," katanya.

Jelas Zaid, beliau yakin pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor sudah sedia maklum mengenai perkara itu cuma mereka tidak bersetuju perjanjian itu ditandatangani.

"Mereka tahu mengenainya kerana rundingan sudah lama dibuat. Tapi Anwar sebenarnya ingin air di Selangor diswastakan untuk mengaut keuntungan.

"Jika menteri besar baharu dilantik, dia tak boleh buat apa-apa kerana perjanjian sudah ditandatangani ," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL