Posts

Showing posts from November, 2013

Foto Cara PM Najib Makan Durian Jadi "Isu Negara" !!

Image
Isu paling besar semalam yang d mainkan oleh cytroop Pakatan Haram adalah PM makan durian dengan sudu..foto yang d kira amat 'menjijikkan' mereka..foto yang mampu atasi isu Gaji Adun Selangor yang naik antara 100-300%..foto yang kononnya mampu alihkan segala isu keburukan pakatan haram...tuuuuihhhHH bolOO !! Entah apa yang ada dalam kepala otak bernanah mangkok taik pakatan haram..isu PM Najib makan durian dengan sudu d jadikan seolah-olah isu makan makanan haram..ini saja level cai pakatan haram dalam usaha alihkan isu yang pakatan haram hadapi, bermula dengan kekalutan pembubaran cabang PKR di Sabah, kemelut Lim Guan Eng d Penang dan terbaru Adun Selangor makan tidur je sepenggal yang lalu d hadiahkan GAJI berlipat kali ganda !! Ambo tak perlu nak ulas cara makan durian atau apa cara sekali pun yang anda semua praktikkan..tapi sebagai manusia yang waras dengan otak yang tak bernanah..adalah gila kalau cara makan seseorang kita jadikan isu hahaha seolah-olah ini isu NEGA

PAS bukan parti dakwah tapi politik...PAnas Telinga Mendengarnya

Image
SHAH ALAM: PAS hanya menggunakan isu pelaksanaan hukum hudud untuk tujuan politik dan tidak pernah ikhlas untuk melaksanakannya, kata Mantan Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad. Beliau membuat kesimpulan demikian kerana PAS dilihat tidak bersungguh melaksanakan hukum-hukum Islam dalam lingkungan kuasa yang dimilikinya ketika memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah. "Tetapi mereka tidak melaksanakan hukum-hukum Islam ataupun syariat Islam di dalam bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya dalam satu wawancara dengan Antarapos. Sebaliknya, kata Nakhaie, PAS memilih untuk melaksanakan hukum Islam dalam bidang kuasa kerajaan pusat seperti hukum hudud dan ini sekaligus adalah dalil mereka tidak ikhlas melaksanakan hukum Islam. "Kalau mereka ikhlas, maka mereka menggunakan kuasa seperti dalam pendidikan Islam. Mereka berkuasa untuk melaksanakan sistem Islam sepenuhnya dalam bidang pendidikan Islam. “Mereka juga berkuasa untuk melaksanakan undang-undang Islam dalam pen

SALAH KE?... USTAZ DILANTIK AGAR MEMBERI TUNJUK AJAR serta TEGURAN kepada 'mana-mana Menteri' dlm hal berkaitan agama!., SALAH KE?

Image
JIKA DIPERTIKAIKAN APA YG DIPERKATAKAN OLEH USTAZ M.KAZIM 'suatu waktu yg lalu' dan kini KHIDMAT BELIAU BENAR2 DIPERLUKAN ; MAKANYA U.M.K.I 'MENERIMANYA' ; IANYA BLH MENJADIKAN U.MKI INI KAFIR KE??... dah tu?, Kenapa ramai sgt yg tidak mahu menguapkan kata syukur ?. " ALHAMDULILLAH!!! MOGA DGN ADANYA U.MKI DIDALAM UMNO MAKA PEMIMPIN2 UMNO DAN BARISAN NASIONAL MENDAPAT KAJI RUJUK DAN PENASIHAT BERKAITAN AGAMA (* ini bukan memaksudkan kesemua ahli umno itu jahil dlm bab agama.., tetapi meningkatnya akan kesedaran mengenai halal haram dan sgl hukum hakam yg mana haram dan yg mana sekiranya jatuh pada harus) . TETAPI INI SEMUA TIDAK BERLAKU (lafaz Syukur) , kerana MUNGKIN bagi mereka 'kesilapan demi kesilapan' sehingga hancurnya Umno dan B.Nasional adalah 'MATLAMAT MEREKA SBNR'. JIKA 'UMNO & B.NASIAONAL' MENEMUI JALAN YG LURUS MGKIN MEREKA RASA TERGUGAT DIMANA CITA-CITA MEREKA AKAN PASTINYA GAGAL., JD, DGN ITU MEREKA PASTINYA MENGHARAPKAN

TETAP NAIK GAJI WALAU ADA YANG BANTAH TAK KIRA SIAPA ANWAR DAN SIAPA AZMIN ALI..

Image
KALAU ADA SESIAPA TAK SETUJU,MEREKA BOLEH DERMAKAN GAJI YANG TERLEBIH ITU..DAN AMBIL GAJI LAMA.... "Adun PR dan BN semua setuju. Semasa dibahaskan tiada bantahan daripada mana-mana pihak. "Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," katanya dipetik sebuah portal hari ini apabila diajukan sama ada pertimbangan akan dibuat ekoran bantahan yang diterima.

Luahan Ustaz Kazim Elias dimaki macai PR selepas dilantik MT Umno

Image
Belum apa-apa lagi macai2 PR dah maki dan kutuk Ustaz Kazim Elias yang baru semalam dilantik MT Umno. Tak mustahil ini semua kerja RBA yang cukup tak senang bila ulama seperti Ustaz Kazim Elias dilantik dalam dewan tertinggi Umno. Mereka takut ramai umat Islam akan menyokong Umno kerana kini terbuka menerima ulama dalam parti

Suami sakit, isteri tuntut cerai...ALahaiii Si ISterinya

Image
PASIR PUTEH - Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah ungkapan yang menggambarkan nasib malang menimpa seorang pemuda yang terlantar sakit sejak enam bulan lalu, sebelum isterinya menuntut cerai tanpa alasan munasabah. Abd Manas Mohamed Noor, 31, yang diserang penyakit jantung dan lumpuh kini bergantung harap kepada kedua orang tuanya yang dihimpit kemiskinan. Akibat penyakit itu, dia pernah koma selama hampir sebulan kini mengalami kekejangan otot, selain tidak sedarkan diri untuk tempoh tertentu. Lebih menyayat hati, apabila dalam keadaan begitu, isterinya yang berusia 40 tahun dikatakan tidak sanggup berkongsi derita lalu mengambil keputusan pulang ke negeri asal, Pulau Pinang bersama anak tunggal berusia lima tahun selepas menuntut cerai daripadanya. Abd Manas dari Kampung Tualang Rendah dekat sini, pernah bekerja sebagai pemandu lori di kedai alat pembinaan tetapi terpaksa berhenti kerana penyakit yang ditanggungnya. Dia dimasukkan ke Hospital Tengku Anis (HTA) sebelum diru

S E R I N G G I T itu adalah J U T A A N ringgit.

Image
Nama yang cukup dikenali...lidahnya tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang benar, selain hanya menipu demi mencapai impian..sanggup berkata apa saja. Anwar hanya bercakap benar bila dia dah masuk ke liang lahad. Selama mana penipuan dapat ditutup bila harapan dan perasaan rakyat yang dipermainkan. Inlah manusia yang mendabik dada bangga mengata konon gaji dia dengan Kerajaan Negeri Selangor hanya ... S E R I N G G I T...!!! Kesian Khalid Ibrahim...kerana gagap akhirnya rahsia pun turut terbongkar...rupanya S E R I N G G I T yang dimaksudkan Anwar adalah J U T A A N ringgit....pasti bersorak keriangan penyokong-penyokong mereka...pasti tak terlompat oleh mereka dengan berita yang menggembirakan. Anwar Ibrahim dapat RM15 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk pelbagai kos termasuklah tuntutan elaun perjalanannya ke luar negara, kalah Najib Razak, kalah Rosmah Mansor. Lagi kalah Presiden Amerika Syarikat. Sarapan di KL, makan tengah hari di Jakarta, minum petang di Bangkok

ANWAR Jangan Nak MAin Wayang Lah....Berapi MB Selangor KEna PErli

Image

Video yang disembunyikan oleh macai-macai politik PR....Ust Kazim Elias

Image

HOT! Habis Kuyup Perwakilan PKR Kena Kencing Anwar!!

Image
Kaki Temberang No. 1 Negara' jelas memperbodohkan para perwakilan Kongres Khas PKR yang berlansung Ahad lepas di Shah Alam. Menurut laporan yang dipetik dari Malaysia Today SINI , Anwar dengan sinis menyindir UMNO

Gaji RM1... Claim RM15 Juta...Biar Betul Ni?

info yang akan disorokkan oleh para balaci PR... Pejabat MB Selangor mengesahkan tuntutan yang dituntut oleh Penasihat Ekonomi Selangor tahun 2012 berjumlah RM 15 juta. Ianya merangkumi tuntutan elaun perjalanan,elaun keraian dan beberapa lagi elaun lain - Selangorkini Anwar Ibrahim Penasihat Ekonomi Selangor. waaaaa RM15 Juta dia claim... uiiiii kaya bapak gila camni... hehehehehe.. tahniah kepada pengundi PR di selangor..!!! kekalkan PR sanjungi PR..!! hahahahaha.. MB dan exco bikin kerja sengal punasihat pun ikut tumpang sekaki sekali.

Ust Kazim Elias Dalam FB Nya...APa APa Pun Tahniah dan Syabas

Image
Subhanallah.. Saya pun terkejut saya dilantik, belum apa2 dah kena maki.. Alhamdulillah, salah ke kalau orang lain minta nasihat? Saya ni sentiasa berlapang dada,jgnlah tuduh tanpa melihat secara halus..Apa yg kita sangka ttg orang lain kadang2 itulah dlm jiwa kita.Berhati2 la dlm berbicara.Apa tuan2 ingat saya kemaruk wang, kuasa pangkat?Apa salahnya doakan yg terbaik, bila takde org agama dikata teruk bila org agama dijemput pun dikata teruk, sy tak faham.Kalau tak tau apa2 alangkah baik kalau diam..Esok saya akan adakan sidang akhbar khas di PPR Setapak, dgr penjelasan saya..Dlm hal ini sepatutnya bg pandangan atau nasihat bukan maki hamun fitnah n cacian..Bab bersara dr ceramah, berkali2 sy cakap bila masa saya nak berhenti berdakwah, dakwah sgt luas cuma saya kata sy nak tumpu pd sekolah dan berdakwah dgn media spt tv radio dll.. Salah ke sy nak berdakwah di sekolah?Bc la sampai habis apa sy ckp dlm cd, ceramah dn fb saya..Terlalu banyak yg jemput ceramah malah ada yg booking be

KECOH! Assignment Tak Siap, Nak Bunuh Diri

Image
Pelajar IKBN Cuba Bunuh Diri MIRI: Gara-gara gagal menyiapkan tugasan diberikan selain didakwa menghadapi konflik dengan tenaga pengajar, seorang pelajar lelaki cuba terjun dari sebuah asrama di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, pagi ini. Bagaimanapun, dalam kejadian jam 7.43 pagi itu, kecekapan pihak bomba memujuk dengan bantuan kehadiran bapa pelajar tahun pertama jurusan Lokomotif berusia 18 tahun itu berjaya mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Difahamkan, kejadian mula disedari beberapa rakan mangsa yang memaklumkan perkara itu kepada beberapa kakitangan serta tenaga pengajar di institut berkenaan sebelum menghubungi polis dan bomba bagi mendapatkan bantuan. Pihak pengurusan IKBN terpaksa memanggil bapa pelajar terbabit supaya datang ke tempat kejadian untuk memujuk mangsa.

Video Ahli Majlis Tertinggi UMNO Yang Baru DiLantik.....Termasuk Ust Kazim Elias

Image

Nasharuddin Mat Isa berkata, pertemuan antara Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob dengan Perdana Menteri merupakan tanda positif ke arah muzakarah antara PAS-UMNO.

Image
Malah menurutnya, majoriti umat Islam khususnya dari kalangan Melayu-Bumiputera mengimpikan kerjasama yang lebih erat antara PAS-UMNO demi agama, bangsa dan negara. Pertemuan antara Najib Abdul Razak dengan Ahmad Yaakob berlangsung selama 45 minit di Putrajaya. Turut serta dalam pertemuan tersebut adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Mustafa Mohamad dan Ketua Setiausaha Negara. Selepas PRU12 pada tahun 2008, PAS hampir pasti bekerjasama dengan UMNO dalam konsep KERAJAAN PERPADUAN yang dicadangkan sendiri oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Malah PAS hampir menjadi Menteri Besar di Perak dan Selangor dalam Kerajaan Perpaduan tersebut sekiranya tidak terdapat beberapa orang pemimpin PAS yang sudah menandatangani PERJANJIAN PANGKOR dengan DAP dan PKR sebelum PRU12. Kegagalan Kerajaan Perpaduan akhirnya telah mengorbankan beberapa pemimpin utama PAS termasuklah Nasharuddin Mat Isa yang disifatkan sebagai VIRUS dan PARASIT dalam PAS kerana mahu bekerjasama dengan UMNO. Man

Jumpa salah Tak Jumpa salah...

Image
Terkejut ya...baru dia tahu..bahawa Umno sentiasa terbuka...bukan spt yang dia duk dendangkan...

Kes bunuh Pegawai JAIP selesai, temui pistol & tangkap 13 ahli Kump Tuhan Harun- KPN

Image
Syabas dan Memang yang terbaik...PDRM Malaysia.

Mahkamah Rayuan tolak permohonan Tian Chua batal kes tuduh Lahad Datu sandiwara UMNO

Image
Ingat lagi kes Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua tuduh insiden berdarah pencerobohan orang Sulu di Lahad Datu satu sandiwara UMNO.Jumaat,Mahkamah Rayuan di Putrajaya menolak permohonan beliau untuk membatalkan pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kes berkenaan. Tian Chua, 50,merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 26 September lalu yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan tersebut. Kini pintu rayuannya hanya tingga di Mahkamah Persekutuan. Jika tidak mahu merayu lagi maka kes itu akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen. Keputusan tolak rayuan Jumaat dibuat oleh panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif.Dua lagi hakim ialah Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Lim Yee Lan. Dakwaan Tian Chua yang dibuat pada 1 Mac 2011 di Fraser Business Park ,Kuala Lumpur telah mencetuskan kemarahan ramai pihak. Jika disabit kesalahan dibawah Akta Hasutan beliau bolehn dikenakan denda RN5,000 atau tiga tahu

Latihan menyelamat kemalangan disalah anggap

Image
TAMPIN – Latihan menyelamat yang dilakukan Hospital Tampin (HT) dengan kerjasama agensi penyelamat kira-kira jam 9.30 pagi di Kilometer 2.6 Jalan Tampin-Gemas, semalam, disalah anggap pengguna jalan raya. Malah, ramai yang sanggup memberhentikan kenderaan mereka semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan. Mereka turut cemas apabila melihat 17 mangsa kemalangan, dua daripadanya maut, enam cedera parah manakala sembilan cedera ringan terbaring berlumuran darah. Latihan kemalangan itu membabitkan enam remaja yang juga penunggang dan pembonceng motosikal dipercayai berteduh di Perhentian Bas Ulu Yoh kerana hujan telah dirempuh oleh sebuah van. Pengarah HT, Dr Hatijah Mohd Tan berkata, latihan itu sebagai persediaan awal buat kakitangan hospital atau agensi penyelamat seperti bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis dalam menghadapi insiden kemalangan ngeri. “Latihan ini juga bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran anggota dalam membantu mangsa

Selangor tidak akan pinda enakmen halang bukan Islam guna 'Allah

Image
SHAH ALAM: Selangor tidak akan sesekali meminda Enakmen Agama Bukan Islam negeri yang melarang penganut agama bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sehubungan itu, beliau meminta agar mereka yang bukan beragama Islam tidak mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang penggunaan kalimah itu. Baginda pada awal bulan lalu menitahkan akhbar mingguan Katolik, The Herald dan kitab Bible versi Melayu dihalang daripada menggunakan kalimah Allah, selari dengan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. "Tiada sebarang cadangan atau usaha untuk membentangkan pindaan-pindaan perkara tersebut di dalam Dewan. "Tuanku Sultan Selagor telah membuat kenyataan tersebut bahawa penggunaan kalimah Allah bagi negeri Selangor adalah hak orang Islam sahaja. Itu sahaja. Jadi saya rasa atas dasar itu tidak perlu kita pertikaikan dan juga tidak perlu diperbincangkang," katanya di Sidang De

Ayah remaja 13 tahun dicerai talak tiga dakwa anak diperkosa sebelum kahwin

Image
KULIM: Ayah kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 yang diceraikan talak tiga oleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20 berkata dia bertindak mengahwinkan anaknya setelah diperkosa. Menurut Saad Mustafa, 44, dia mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh Mohd Fahmi dan dua kawan lelakinya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan. Saad memberitahu kes itu telah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012, namun dia didatangi ibu bapa Mohd Fahmi selama beberapa hari berturut-turut merayu agar laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu Mohd Fahmi disabit kesalahan dan menerima hukuman penjara. Ekoran rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan mereka dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya dengan Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 19 tahun pada 17 November 2012, lapor The Star. Nor Fazira turut memberitahunya pada Oktober 2013 bahawa dia tidak tahan dengan layanan kelua

Buaya berjaya dipujuk pulang badan mangsa...Inilah Kuasa ALLAH....Aamiin

Image
SARATOK: Hanya pinggul hingga paras tengkuk Andrian Thomas ditemui, selepas dibaham buaya ketika memukat ikan di Sungai Seblak pada Jumaat lalu. Bahagian itu ditemui semalam kira-kira 500 meter dari kawasan lubuk mangsa dilaporkan hilang selepas seekor buaya memuntahkan anggota badan itu dipercayai selepas dipujuk pawang buaya, Indet Senabong, 50, dari Ulu Paku, Betong. Penduduk Rumah Panjang Empayak, Bani Mingai, 60, berkata beliau melihat sendiri penemuan mayat mangsa kira-kira jam 9.30 pagi semalam. Kira-kira jam 5 petang semalam (kelmarin), pawang itu bersama penduduk kampung ke lokasi kejadian untuk upacara memujuk buaya yang berlangsung lebih empat jam. Ketika itu, bomoh berkenaan menggunakan ngintik (kail) yang dijampi dengan harapan buaya berkenaan menyerah diri. Saya dan Indet ke tebing lokasi kejadian pada jam 8.30 pagi tadi untuk memeriksa keadaan sebelum dikejutkan dengan gelombang besar disusuli kemunculan seekor buaya. Ketika itu, kami mula terhidu bau busuk s

Abdul Khalid Nafi Bayar Tuntutan RM15 Juta Kepada Anwar

Image
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Jumaat menafikan dakwaan kerajaan negeri membayar tuntutan elaun dan sebagainya berjumlah RM15 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi negeri. "Perkara itu tidak betul," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri di sini. Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Arfaa' Eza Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama, turut menegaskan dakwaan tersebut palsu dan Abdul Khalid tidak pernah membuat sebarang kenyataan dan ulasan mengenai tuntutan berkenaan. "Pejabat Menteri Besar sendiri tidak pernah keluarkan kenyataan mengenai tuntutan Anwar dan saya berasa hairan bagaimana isu itu boleh timbul malah mendakwa pula ia disiarkan di laman web rasmi kerajaan negeri sedangkan itu tidak benar. "Saya telah membuat semakan dan tiada berita sedemikian disiarkan namun tidak menolak ini permainan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengeruh

Tetap Naik Gaji Walau Ada Yang Bantah

Image
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kenaikan gaji seperti yang dibentangkannya kelmarin  akan diteruskan sekali gus mencadangkan, sesiapa yang tidak bersetuju supaya "mendermakan" lebihan gaji tersebut. Menurutnya, kata sepakat telah dicapai oleh kedua-dua Adun PR dan BN berhubung kenaikan gaji itu. "Saya tak akan pertimbangkan. Ia telah diputuskan Dewan. "Adun PR dan BN semua setuju. Semasa dibahaskan tiada bantahan daripada mana-mana pihak. "Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," katanya dipetik sebuah portal hari ini apabila diajukan sama ada pertimbangan akan dibuat ekoran bantahan yang diterima. Abdul khalid kelmarin membentangkan di dalam Dewan berhubung kenaikan gaji itu dan dipersetujui sebulat suara oleh semua Adun ketika Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) Pindaan 2013 dibacakan. Abdul Khalid berkata, usul itu dibawa untuk

Ust Kazim Elias Antara Sembilan Ahli MT Umno Yang Baru Dilantik...Alhamdulilah

Image
KUALA LUMPUR: Barisan ahli Majlis Tertinggi Umno kini lengkap dengan lantikan sembilan lagi anggota baru oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuklah pendakwah terkenal Kazim Elias. Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pelantikan dibuat atas kuasa presiden parti dan ia terkandung dalam Perlembagaan Umno Fasal 9.2.8. Tengku Adnan berkata surat pelantikan akan diedarkan kepada mereka pada Jumaat dan mereka dijangka mengangkat sumpah pada 4 Disember ini. "Status mereka adalah sama dengan MT yang dipilih perwakilan," katanya. Berikut adalah sembilan nama ahli MT yang baru dilantik: 1. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz 2. Datuk Hamzah Zainudin 3. Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin 4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin 5. Datuk Irmohizam Ibrahim 6. Datuk Johari Abdul Ghani 7. Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah 8. Dr. Asyraf Wajdi Dasuki 9. Mohammad Kazim Elias Pada mesyuarat MT Umno baru-baru ini, Najib me

Tengok la perangai pemimpin macai ni, dah kena batang hidung tuding jarring pada orang lain

Image
masalahnya siapa yang sebelum ni yang nak potong gaji menteri dan sebagainya, sekarang naik gaji sampai 373%, kita tunggu komen macai..

Bapa durjana perkosa, cabul dua anak kandung

Image
Kuala Lumpur: “Ayah sayang Ina macam ayah sayangkan ibu. Ayah tak mahu berjauhan dengan Ina kerana wajah Ina sama macam ibu,” itu ungkapan yang sering didengar Harlina, 19, (bukan nama sebenar) setiap kali ‘dijamah’ bapanya. Dia mendakwa menjadi mangsa noda bapanya sejak berusia 13 tahun, iaitu beberapa bulan selepas ibunya meninggal ketika melahirkan adik bongsunya, tujuh tahun lalu. “Ayah beri alasan dia tak inginkan wanita lain selepas ibu. Dia seolah-olah tak dapat terima hakikat ibu sudah tiada. Taksub dengan perasaan cinta terhadap ibu menyebabkan saya pula menjadi mangsa. “Malah, ayah pernah bercakap seorang diri, seolah-olah berbual dengan ibu. Dia hilang pedoman dan kurang siuman dengan pemergian ibu hinggakan adik bongsu langsung tidak dipedulikan, menyebabkan kami hilang tempat bergantung. “Memang tak dapat dinafikan wajah saya saling tidak tumpah seperti ibu membuatkan ayah berasa saya pengganti ibu,” kata anak sulung daripada empat beradik ini. Hilang hormat kep

Kenaikan Mencanak Gaji Khalid Ibrahim Langgar Aku Janji?

Image
Pasca PRU-13 yang lepas satu keunikan berlaku di Selangor apabila perlantikan semula Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua memecah tradisi bila mana Khalid diminta mengangkat sumpah sambil memegang tombak diikuti lafaz aku janji 10 perkara di hadapan Sultan Selangor. 10 perkara aku janji yang diikrarkan itu ialah mendahulukan rakyat, menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara, memelihara dan melindungi kesucian agama Islam sebagai agama negeri, menjaga kedaulatan institusi Raja dan mempertahankannya, memelihara keistimewaan orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain. Khalid juga berikrar untuk melaksanakan tugas sebagai MB dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas serta turut memelihara hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri-negeri lain termasuklah memastikan wujudnya perpaduan dan kerjasama antara kaum dengan semangat muhibah. Di antara 10 perkara itu, ada dua perkara yang menarik untuk diulas yakni perihal ikra

Gadis Melampau Terima Padah.....

Image
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki….” nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. “Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki s

WOW..ANUWAR MENGAMUK PADA HARAKAH KERANA MALUKAN PAKATAN RAKYAT..

Image
Isu kenaikan gaji Wakil Rakyat bagi negeri Selangor sekali lagi dilihat menyesakkan dada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Sebaik selesai menggarap artikel berhubung perkara yang sama sebelum ini (klik sini), admin mula menggali maklumat melalui google berhubung cadangan Perdana Menteri yang mahu menaikkan elaun Ahli Parlimen pada sessi pembentangan belanjawan 2012.Memandangkan harakah menggunakan slogan "TEPAT DARI SUMBER", maka admin pilih link pertama yang dipaparkan agen carian itu untuk dijadikan bahan rujukan bagi mengetahui alasan- alasan yang digunakan Pakatan Rakyat untuk menolak cadangan Datuk Seri Najib Razak itu. Admin ingin membandingkan alasan yang digunakan mereka beberapa tahun lepas dan tindakan kerajaan Selangor mahu menaikkan gaji wakil rakyat Selangor. Apakah alasan penolakan yang pernah digunakan Pakatan Rakyat itu sudah tidak relevan sehingga menghalalkan kerajaan Selangor untuk menaikkan gaji wakil rakyat? Namun, caeian admin seakan sudah dap

Sebaik2nya umno dgn pas bersatu demi agama,bangsa,dan negara malaysia..

Image
Buat yg terbaik untuk Agama dan bangsa Melayu..jgn dengar sangat kata tok tok guru . Jom kita pertahan Agama dan bangsa dari pertahan tok guru yg pentingkan politik dari bangsanya sendiri. Syabas MB Kelantan...PM Najib berhati perut ...insyaAllah dpt apa yg diminta.

TANGGUHKAN KENAIKAN GAJI ADUN SAPA SURUH NAIK GAJI ADUN

Image
Katanya, keputusan untuk menaikan gaji ADUN di Selangor dibuat tanpa perbincangan dengan wakil rakyat lain dan mencadangkan agar kajian semula mengenai perkara tersebut perlu dilakukan agar kenaikannya lebih munasabah. Jangan nak cover lah....Puak puak ni memang pandai main wayang.

Khalid Samad diperintah bayar Hasan Ali ganti rugi RM300,000

Image
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad membayar ganti rugi RM300,000 kepada Datuk Dr Hasan Ali setelah didapati memfitnah Presiden Jalur Tiga Malaysia (JATI) itu. Hakim Datuk Yaacob Md Sam turut menetapkan kos sebanyak RM20,000 perlu dibayar oleh Khalid kepada Hasan pada prosiding bagi menetapkan jumlah ganti rugi dan kos dalam kes saman fitnah membabitkan kedua-dua individu terbabit. Pada 31 Oktober lalu, mahkamah memutuskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam satu sidang akhbar pada 24 Februari tahun lalu bukanlah satu pembelaan terhadap isu 'pemimpin parasit' yang ditimbulkan oleh Hasan. Hasan memfailkan saman berkenaan pada 12 April tahun lalu selepas Khalid mengeluarkan dakwaan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan juga JATI. Khalid dalam pernyataan pembelaannya menyatakan, kenyataannya dalam sidang akhb

Kucing Kurap: ANULAE Desak Jeff Ooi Mohon Maaf

Image
Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja- Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE), Azih Muda semalam telah menghantar memorandum menuntut Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi memanggil pegawai-pegawai kerajaan berpangkat rendah sebagai ‘kucing kurap.’ “ANULAE Semenanjung Malaysia melahirkan rasa terkilan di atas sikap tidak bertanggungjawab penghinaan dan menjatuhkan maruah pekerja tanpa asas oleh Jeff Ooi. “Dan hari ini kami akan menghantar memorandum kepada Jeff Ooi yang juga Ahli Parlimen Jelutong, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osmar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak”, katanya. Azih membuat kenyataan itu sebagai membantah kenyataan Jeff Ooi, 19 November lalu yang melabelkan pegawai-pegawai berpangkat rendah daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai ‘kucing kurap’. Jeff Ooi membuat gelaran itu

BONGKAR..!!! Benarkah Video Ini Membuktikan Tan Sri Gani Patail Telah Menjadi Alat Anwar Selama Ini..?

Image
Inilah keadaannya sekarang yang sedang berlaku dalam negara kita..... Puak-puak Pembangkang boleh sewenang-wenangnya menghina Mahkamah, mencerca para hakim tetapi tidak ada sebarang tindakan tegas terhadap mereka....! Apakah kita mempunyai seorang Peguam Negara yang pekak...? Saksikan video klip dibawah ini

TERIMA PADAH..!! Terima Saman Berjumlah RM320 Ribu Menakutkan Khalid Gereja Pula.

Image
Dulu dia kaya, sekarang dia dah jadi Papa Kedana. Dulu dia dijulang oleh blogger Pakatan sebab berjaya menang kes saman terhadap Utusan. Sekarang diorang semua senyap. Siapa yang malu? PAS jugak yang malu sebab ada pemimpin macam Khalid Gereja ni. Malang buat PAS sebab masih simpan pemimpin yang buruk sifat macam Khalid. Mana tidaknya. Dulu yang naikkan nama Khalid Gereja ni pun bukan orang lain. Sebaliknya, Datuk Dr. Hassan Ali tu jugak yang bantu dia naik ke atas. Lepas tu, Khalid Gereja tu jugak yang tikam Hassan Ali dari belakang. Macam - macam tuduhan dan dakwaan dibuat oleh Khalid terhadap Hassan Ali. Punya hebat Khalid Gereja tu buat tuduhan dan dakwaan sampai tahap Datuk Dr. Hassan Ali tu dipecat dan dibuang dari menjadi ahli PAS. Itu kemuncaknya. Kat mana la gamaknya dia nak cari duit sebanyak RM 320ribu tu ye? Nak guna duit yang dia dah menang hari tu? Tak cukup rasanya. Hari tu dia menang baru RM 100ribu je. Masih ada lagi baki sebanyak RM 220ribu lagi. Mana di

DATO' MUFTI PERAK ULAS TENTANG DR ASRI

Image
Mari kita sama2 dengar ulasan yg pernah dibuat oleh Dato' Mufti Perak berkenaan Dr Asri yg bangga dengan gelaran yg disandangnya sehinggakan memperlekehkan Mufti2 yg lain.

Najib Razak : Kunjungan Menteri Besar Kelantan, YB Datuk Ahmad Yaakob Bertemu PM

Image

Gaji Khalid kini lebih mahal dari gaji Najib...

Image
 Rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenaikan mendadak gaji dan elaun bulanan semua 56 Adun yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013. Ia ekoran dari usul yang dibawa oleh kerajaan PKR Selangor ketika persidangan DUN petang semalam yang kemudiannya diluluskan. Mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan ADUN dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus). Paling menarik, minggu lalu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan peruntukan perbelanjaan mengurus pada Belanjawan 2014 meningkat, adalah disebabkan peningkatan bayaran gaji untuk kakitangan awam. Sejumlah RM1.23 bilion atau 66.2 peratus daripada Belanjawan Negeri tahun depan yang berjumlah RM1.85 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus sementara RM624.

Portal dedah Anwar berbohong isu pekerja Bangladesh di Dewan Rakyat...Mahu Letak Muka ANWAR Ni

Image
Ini bukan kali pertama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim KANTOI, dan bukan juga kali pertama kantoi tanpa ada rakaman video, cuma barangkali ini kali pertama Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kantoi bersama rakaman video di Dewan Rakyat. Ia berhubung isu pekerja Bangladesh, pada 19 November lalu, dan didedahkan oleh portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional, BNBBC.MY. Dalam satu laporan eksekusif Khamis, BNBBC.MY melaporkan  Anwar yang selalu dikecam kerana dikatakan kerap berbohong tidak mungkin berani berbuat demikian di Dewan Rakyat yang dianggap dewan mulia kepada ahli-ahli Yang Berhormat. Bagaimanapun, jika sesiapa yang berada di Dewan Rakyat pada 19 November lalu atau meneliti hansard, jangan terperanjat dengar Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong menafikan kenyataan hanya selepas beberapa minit perkara itu keluar mulutnya. Insiden berlaku ketika  Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Hamzah Zainuddin sedang menjawab perbahasan bajet kementeriannya apabila ah

Ini drama apa...?

Image
Sandiwara apa yang sedang ditayangkan oleh pemimpin-pemimpin PKR... semalam di DUN Selangor, kerajaan yang dipimpin PKR meluluskan kenaikan gaji yang tinggi dengan diluluskan oleh DUN tetapi hari ini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali membantah. Soalnya usul kenaikan gaji ini bukan benda yang boleh keluar dari otak Khalid sebagai MB sahaja, ia telah dibincangkan dalam mesyuarat Exco sebelum dibentangkan dalam DUN Selangor. Untuk rekod, Agendadaily sudah main isu spekulasi naik gaji ini sejak minggu lepas, tak mungkin masa itu Anwar dan Azmin tak tahu. BACA JUGA Gaji Khalid kini lebih mahal dari gaji Najib... Pagi Khamis dalam sidang media di lobi Parlimen, Anwar berkata kenaikan gaji pemimpin tertinggi kerajaan dan ADUN Selangor terlalu tinggi dan dibuat secara mendadak. Katanya, walaupun setuju dengan cadangan kenaikan gaji itu, beliau berpendapat kadar kenaikannya tidak munasabah. "Saya setuju jika gaji dinaikkan t

Dayangku Intan Buktikan Stesen TV Bersikap Adil...Hanya ABBY Yang Bodoh Sombong

Image
KUALA LUMPUR: Ketika segelintir artis yang menyertai parti pembangkang menuduh tidak diberi perhatian oleh media arus perdana, penyanyi era 80-an, Dayang Ku Intan membuktikan dakwaan itu tidak benar sama sekali. Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid, 47, berkata, dia tidak mempunyai apa-apa masalah diskriminasi untuk muncul di stesen televisyen TV3, Astro mahupun stesen kerajaan iaitu RTM. “Setakat ini saya tidak melihat sebarang masalah daripada mana-mana stesen baik RTM, TV3 mahupun Astro kerana saya masih menerima undangan untuk muncul dalam program terbitan mereka. “Politik dan nyanyian adalah dua perkara berbeza dan saya ikhlas dalam melakukan kerja dalam kedua-dua bidang tersebut,” katanya ketika ditemui mStar Online pada Rabu. Dayang Ku Intan merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tewas ketika menentang Datuk Azalina Othman Said bagi kerusi Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), Mei lalu. Dalam perkembangan ber

Peniaga tertembak anak sendiri disangka penyamun...Amat Menyedihkan Sekali

Image
KUALA LUMPUR: Seorang peniaga makanan, tertembak anak sendiri yang disangkanya penyamun yang memasuki kawasan rumahnya di Kampung Baru Balakong, dekat sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, dalam kejadian 10.16 malam itu, peniaga berkenaan yang berusia 76 tahun, dikatakan terdengar jeritan minta tolong pekerjanya seorang lelaki warga Myanmar dari sebuah pondok di belakang rumahnya. Tersentak dengan jeritan pekerjanya itu, peniaga berkenaan terus mengejutkan anak lelakinya, berusia 51 tahun, dan segera mendapatkan selaras senjata api jenis semi auto dipercayai untuk menembak penceroboh itu. "Kedua-dua beranak itu terus keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang berlaku di kawasan pondok pekerja mereka. "Dalam keadaan gelap itu, anak peniaga berkenaan yang bersenjatakan sebilah parang terus meluru ke hadapan tanpa disedari bapanya," kata Ab Rashid pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, dekat s

Anwar yang patut berubah, bukan Khalid

Image
Pengumuman kenaikan besar gaji Menteri Besar, Exco dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor lain semalam tidak seharusnya menjolok kritikan atau mengerdip rasa cemburu mana-mana pihak. Keputusan yang diluluskan sebulat suara ahli-ahli Dewan itu sebenarnya bukanlah yang pertama dan lonjakan gaji paling besar. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak menikmati kenaikan tiga kali ganda gaji dan imbuhan asal, awal tahun ini. Sudah tentu kenaikan ini sudah difikirkan masak-masak oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri semalam. Implikasi kenaikan gaji itu hanya tambahan belanja RM5 juta setahun. Setakat ini Selangor dikhabarkan mempunyai rizab kewangan hampir RM3 bilion. Sudah tentu juga perhitungan kenaikan itu bukanlah dibuat secara membuta tuli dan mendadak. Abdul Khalid teliti orangnya. Tentu langkah ini sudah lama masuk dalam perkiraannya sebelum diumumkan. Kecermatan cara Abdul Khalid membuat keputusan dalam

Video ragut tersebar beri amaran kepada wanita

Image
SHAH ALAM: Sebuah video memaparkan kes ragut di Taman Midah Kuala Lumpur disebarkan kepada umum sebagai peringatan kepada kaum wanita untuk was-was ketika menggunakan lorong jalan belakang. Video dua minit itu dirakam menerusi CCTV. Ia menunjukkan dua orang di atas sebuah motorsikal meragut beg tangan wanita itu. Wanita itu dipercayai mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu pada awal bulan ini.