Nasharuddin Mat Isa berkata, pertemuan antara Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob dengan Perdana Menteri merupakan tanda positif ke arah muzakarah antara PAS-UMNO.
Malah menurutnya, majoriti umat Islam khususnya dari kalangan Melayu-Bumiputera mengimpikan kerjasama yang lebih erat antara PAS-UMNO demi agama, bangsa dan negara. Pertemuan antara Najib Abdul Razak dengan Ahmad Yaakob berlangsung selama 45 minit di Putrajaya. Turut serta dalam pertemuan tersebut adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Mustafa Mohamad dan Ketua Setiausaha Negara. Selepas PRU12 pada tahun 2008, PAS hampir pasti bekerjasama dengan UMNO dalam konsep KERAJAAN PERPADUAN yang dicadangkan sendiri oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Malah PAS hampir menjadi Menteri Besar di Perak dan Selangor dalam Kerajaan Perpaduan tersebut sekiranya tidak terdapat beberapa orang pemimpin PAS yang sudah menandatangani PERJANJIAN PANGKOR dengan DAP dan PKR sebelum PRU12.
Kegagalan Kerajaan Perpaduan akhirnya telah mengorbankan beberapa pemimpin utama PAS termasuklah Nasharuddin Mat Isa yang disifatkan sebagai VIRUS dan PARASIT dalam PAS kerana mahu bekerjasama dengan UMNO. Manakala pemimpin-pemimpin PAS yang berjaya mengikat PAS sebagai ANJING dan BARUA DAP serta PKR pula dianggap sebagai WIRA serta diberikan hierarki terkanan dalam PAS. PAS bagaimanapun mengalami kerugian besar pada PRU13 apabila jumlah kerusi yang dimenangi berkurangan berbanding tahun 2008. Meskipun PAS begitu aktif mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan, demonstrasi jalanan mahupun bantahan besar-besaran menerusi penyertaan ahli-ahlinya, ternyata PAS gagal mempengaruhi orang Melayu-Islam untuk menyokong mereka sebaliknya PAS menggunakan ahli-ahlinya untuk memperkukuhkan DAP dan PKR yang keanggotaan kedua-dua parti tersebut hanya berjumlah setengah atau kurang daripada keanggotaan dalam PAS.
DAP dan PKR sedar tentang niat segolongan pemimpin dalam PAS yang masih melihat kekuatan umat Islam di negara ini sahaja yang dapat menyelamatkan Malaysia daripada dijajah dan kemudian umat Islam ditindas sepertimana yang pernah diramalkan oleh Allahyarham Dr. Zulkifli Ahmad, salah seorang tokoh besar dari PAS pada tahun 1964 dahulu. Dek kerana itulah, PKR dan DAP dengan menggunakan lidah-lidah serta jari-jari Melayu yang menyokong mereka, tidak sahaja memperkecil-kecilkan bahkan memberikan imej yang sangat buruk kepada mana-mana pemimpin PAS yang bercakap tentang kekuatan Melayu-Islam di negara ini. Justeru, tidak menghairankan langsung mengapa Nasharuddin Mat Isa begitu gembira dengan pertemuan antara Ahmad Yaakob dan Najib Abdul Razak walaupun pertemuan tersebut hanyalah untuk PAS Kelantan membuat pinjaman baru yang lebih besar daripada Kerajaan Pusat

Comments