Selangor tidak akan pinda enakmen halang bukan Islam guna 'Allah

SHAH ALAM: Selangor tidak akan sesekali meminda Enakmen Agama Bukan Islam negeri yang melarang penganut agama bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau meminta agar mereka yang bukan beragama Islam tidak mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang penggunaan kalimah itu.

Baginda pada awal bulan lalu menitahkan akhbar mingguan Katolik, The Herald dan kitab Bible versi Melayu dihalang daripada menggunakan kalimah Allah, selari dengan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

"Tiada sebarang cadangan atau usaha untuk membentangkan pindaan-pindaan perkara tersebut di dalam Dewan.

"Tuanku Sultan Selagor telah membuat kenyataan tersebut bahawa penggunaan kalimah Allah bagi negeri Selangor adalah hak orang Islam sahaja. Itu sahaja. Jadi saya rasa atas dasar itu tidak perlu kita pertikaikan dan juga tidak perlu diperbincangkang," katanya di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Khalid berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan ADUN Sungai Burong, Datuk Shamsuddin Lias berhubung aku janji Menteri Besar dan tindakannya untuk memastikan kesuciaan kalimah Allah tidak disalahguna.

Selangor sebelum ini meminda Enakmen Agama Bukan Islam  (Kawalan dan Sekatan Pengembangan di Kalangan Orang Bukan Islam) 1988 bagi melarang bukan Islam menggunakan sekurang-kurangnya 25 perkataan.

Perkataan itu adalah Allah, Illahi, Rasul, Fatwa, Firman Allah, Wahyu, Iman, Ulama, Mubaligh, Dakwah, Nabi, Hadith, Syariah, Injil, Sheikh, Ibadah, Qiblat, Salat, Kaabah, Haji, Khalifah, Kadi, Mufti, Wali dan ibadah.

Pendirian Khalid nyata bertentangan dengan apa yang dipersetujui pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan bukan Islam tidak dihalang daripada menggunakan kalimah Allah dengan syarat ia tidak disalahguna.

Namun pegangan itu ditentang Dewan Ulama PAS yang bertegas, kalimah Allah hanya khusus untuk orang Islam sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL