Kenaikan Mencanak Gaji Khalid Ibrahim Langgar Aku Janji?
Pasca PRU-13 yang lepas satu keunikan berlaku di Selangor apabila perlantikan semula Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua memecah tradisi bila mana Khalid diminta mengangkat sumpah sambil memegang tombak diikuti lafaz aku janji 10 perkara di hadapan Sultan Selangor.
10 perkara aku janji yang diikrarkan itu ialah mendahulukan rakyat, menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara, memelihara dan melindungi kesucian agama Islam sebagai agama negeri, menjaga kedaulatan institusi Raja dan mempertahankannya, memelihara keistimewaan orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.
Khalid juga berikrar untuk melaksanakan tugas sebagai MB dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas serta turut memelihara hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri-negeri lain termasuklah memastikan wujudnya perpaduan dan kerjasama antara kaum dengan semangat muhibah.
Di antara 10 perkara itu, ada dua perkara yang menarik untuk diulas yakni perihal ikrar Khalid untuk mendahulukan rakyat disamping melaksanakan tugas sebagai MB dengan integriti yang tinggi, bertanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas kerana ia dilihat paling dekat dengan isu kenaikan mencanak gaji MB yang sedang heboh sekarang ini.
Berikutan kenaikan itu gaji bulanan Khalid sebagai MB bermula Januari depan meningkat dari RM14,175 sebulan kepada RM29,250 sebulan. Itu baru gaji sebagai MB Selangor, belum masuk lagi gaji sebagai ADUN yang berjumlah RM11,250 dan gaji sebagai Ahli Parlimen serta lain-lain elaun yang semuanya akan mencecah hampir atau lebih RM50,000 sebulan.
Lumayan ganjarannya berbanding kakitangan Kerajaan Negeri yang cuma memperolehi setengah bulan bonus. Nampak sangat habuan untuk diri sendiri lebih diutamakan. Patutlah ramai dikalangan pemimpin PR ada yang sibuk berebut nak menjadi MB Selangor sebab ganjarannya lumayan mengalahkan gaji Perdana Menteri.
Dalam konteks mendahulukan rakyat, kenaikan menggila gaji Khalid sebagai MB bukan sahaja tidak menepati ikrar Aku Janji malah boleh disimpulkan sebagai sengaja melanggar ikrar tersebut kerana ternampak jelas Khalid lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri dan anggota pentadbirannya berbanding kepentingan rakyat marhaen.
Bila Khalid lebih mengutamakan kepentingan diri dalam hal mendapat ganjaran yang menggila tinggi secara tidak langsung ia melanggar tuntutan ikrarnya sendiri untuk mentadbir Selangor secara bertanggungjawab, berintegriti, penuh amanah, jujur dan ikhlas, bukan begitu?
Kalau Khalid mendahulukan rakyat sepatutnya akan wujud rasa malu dalam dirinya bila mana isu kenaikan gaji MB dipertikaikan khalayak apatah lagi disaat pimpinan PR yang lain sibuk mahu bercakap perihal kononnya PR jauh berbeza dari BN yang sering dikaitkan dengan istilah Barang Naik.
Balik-balik duk bandingkan Selangor dengan kenaikan gaji KM Sarawak langsung tak kena. Macamlah keluasan Selangor yang cuma 7,956 KM persegi jauh mengatasi keluasan 124,449 KM persegi bumi Sarawak yang mana hampir menyamai keluasan Semenanjung Malaysia. Kata PR berbeza dari BN, yang nak diikut jejak Sarawak, apahal?

Comments