Mahkamah Rayuan tolak permohonan Tian Chua batal kes tuduh Lahad Datu sandiwara UMNO

Ingat lagi kes Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua tuduh insiden berdarah pencerobohan orang Sulu di Lahad Datu satu sandiwara UMNO.Jumaat,Mahkamah Rayuan di Putrajaya menolak permohonan beliau untuk membatalkan pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kes berkenaan.

Tian Chua, 50,merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 26 September lalu yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan tersebut.

Kini pintu rayuannya hanya tingga di Mahkamah Persekutuan.

Jika tidak mahu merayu lagi maka kes itu akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen.

Keputusan tolak rayuan Jumaat dibuat oleh panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif.Dua lagi hakim ialah Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Lim Yee Lan.

Dakwaan Tian Chua yang dibuat pada 1 Mac 2011 di Fraser Business Park ,Kuala Lumpur telah mencetuskan kemarahan ramai pihak.

Jika disabit kesalahan dibawah Akta Hasutan beliau bolehn dikenakan denda RN5,000 atau tiga tahun penjara atau keduanya sekali.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana