Kucing Kurap: ANULAE Desak Jeff Ooi Mohon Maaf
Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja- Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE), Azih Muda semalam telah menghantar memorandum menuntut Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi memanggil pegawai-pegawai kerajaan berpangkat rendah sebagai ‘kucing kurap.’
“ANULAE Semenanjung Malaysia melahirkan rasa terkilan di atas sikap tidak bertanggungjawab penghinaan dan menjatuhkan maruah pekerja tanpa asas oleh Jeff Ooi.
“Dan hari ini kami akan menghantar memorandum kepada Jeff Ooi yang juga Ahli Parlimen Jelutong, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osmar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak”, katanya.
Azih membuat kenyataan itu sebagai membantah kenyataan Jeff Ooi, 19 November lalu yang melabelkan pegawai-pegawai berpangkat rendah daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai ‘kucing kurap’.
Jeff Ooi membuat gelaran itu apabila mesyuarat yang dianjurkannya tidak dihadiri oleh pegawai-pegawai atasan MPPP untuk menyelesaikan kes rampasan barangan terhadap sekumpulan penjaja haram yang dipercayai dari bangsa Cina.
Azih berkata, gelaran yang diberikan oleh Jeff Ooi itu biadap dan beliau mesti menarik balik kenyataan tersebut serta memohon maaf kepada semua kakitangan pihak berkuasa tempatan khususnya MPPP.
Comments