Anwar yang patut berubah, bukan Khalid

Pengumuman kenaikan besar gaji Menteri Besar, Exco dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor lain semalam tidak seharusnya menjolok kritikan atau mengerdip rasa cemburu mana-mana pihak.

Keputusan yang diluluskan sebulat suara ahli-ahli Dewan itu sebenarnya bukanlah yang pertama dan lonjakan gaji paling besar. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak menikmati kenaikan tiga kali ganda gaji dan imbuhan asal, awal tahun ini.

Sudah tentu kenaikan ini sudah difikirkan masak-masak oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri semalam. Implikasi kenaikan gaji itu hanya tambahan belanja RM5 juta setahun.

Setakat ini Selangor dikhabarkan mempunyai rizab kewangan hampir RM3 bilion.

Sudah tentu juga perhitungan kenaikan itu bukanlah dibuat secara membuta tuli dan mendadak. Abdul Khalid teliti orangnya. Tentu langkah ini sudah lama masuk dalam perkiraannya sebelum diumumkan.

Kecermatan cara Abdul Khalid membuat keputusan dalam pengurusan kewangan, bagaimanapun sering disalahertikan. Malah ada yang menuduhnya “lembab” membuat keputusan serta lengah pula melaksanakan arahan.

Namun Abdul Khalid seorang pragmatik. Salah faham dan kritikan begitu adalah lumrah dalam dunia politik, katanya, walaupun beliau masih boleh dianggap “baru” berkecimpung di dalamnya.

Maka pengakuannya bahawa kini sudah agak terlewat baginya belajar cara untuk melaksanakan arahan dengan cepat seperti mana dihajatkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada kewajaran dan kebenarannya.

Pengakuannya itu jujur. Ini kerana beliau (terpaksa?) yakin Anwar membuat teguran itu dengan sepenuh kejujuran hati politiknya.

“Berbanding pemimpin lain, Abdul Khalid paling setia mendengar. Ada juga yang kita tegur, beliau tak dengar. Beliau adalah paling patuh, cuma paling lambat laksanakan,” kata Anwar.

Berucap dalam  Kongres Nasional Khas PKR 2013 Ahad lalu, Anwar berkata cara beliau menegur Khalid seharusnya dijadikan model bagi pemimpin Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah dan salah faham dalam gabungan itu.

“Saya tegur sebagai seorang sahabat. Saya tegur dengan memuji rekod baik kepimpinan beliau.

“Namun, saya juga tegur agar beliau dapat memperbaiki beberapa skru longgar sebelum ini. Ini cara kita menegur seorang sahabat,’ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL