Mahathir Mengkhianati Peneroka FELDA
Kesalahan yang dilakukan oleh Guan Eng dalam mengamalkan dasar kleptokrasi adalah amat berat dan tidak dapat dimaafkan oleh rakyat Malaysia. Kesalahan yang melibatkan berbillion wang rakyat dirompak secara terancang. Keluhan hati rakyat dianggap seumpama burung yang berbunyi sahaja, tidak meninggalkan kesan dihati pemimpin chauvanis DAP yang berkuasa di Pulau Pinang dan Selangor secara dasarnya. Sikap perkauman dan politik kebencian terus menjadi amalan seharian. Menuding jari kepada pihak lain untuk menutup kesalahan yang dilakukan dimana melibatkan wang rakyat disembunyikan serapat mana yang boleh. Namun rakyat bukan lah sebodoh itu untuk mendiamkan diri apabila kepentingan mereka diabaikan sama sekali. Rakyat semakin sedar bahawa mereka sebenarnya telah tertipu dengan janji manis yang dibisikkan dicuping telinga mereka sebelum kemenangan DAP dan PKR di Pulau Pinang dan Selangor. Rakyat sedar mereka sudah melakukan kesilapan yang besar dimana telah memberikan sebuah negeri