Portal pro-pembangkang menyiarkan kenyataan tidak tepat oleh PM Najib Razak..Lagi Buat BODOH PR Ni
Portal pro-pembangkang menyiarkan kenyataan tidak tepat oleh PM Najib Razak mengenai bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama. Menurut PM Najib, dengan bermain golf dengan Presiden Obama membolehkan beliau bertukar pandangan lebih 4 jam mengenai Malaysia dan ASEAN kerana Malaysia memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN ketika ini. Portal pro-pembangkang, The Malaysian Insider (TMI) dan Malaysiakini memberitakan seolah-olah PM Najib dengan angkuhnya mengaku bahawa hanya beliau saja sebagai PM bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat sedangkan apa yang hendak disampaikan adalah sebaliknya. Hubungan 2 hala yang baik dengan kuasa besar itu membolehkan hubungan diplomatik dan ekonomi antara Amerika dan ASEAN dapat diperkukuhkan. Adakah TMI dan Malaysiakini gagal untuk melihat kepentingan hubungan tersebut, dan lebih suka menyiarkan berita yang tidak tepat mengenai PM Najib dan kerajaan?