Perlukah Ditubuhkan “Kementerian Jawab Fitnah” Di Malaysia?

Menerusi beberapa potong hadis yang disabdakan Rasulullah SAW, para ulama mentafsirkan bahawa antara petanda kiamat ialah dengan berlakunya tuduhan fitnah secara berleluasa di muka bumi Allah ini.

Ternyata benarlah sebagaimana yang disabdakan itu di mana kita sebagai umat akhir zaman begitu galak disajikan dengan pelbagai bentuk fitnah khususnya dengan menggunakan internet sebagai mekanisme paling ampuh untuk menyebarkan dosa besar tersebut.

Malangnya, masih ramai lagi rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam tanpa soal panjang terus percaya bulat-bulat dengan apa yang dihidangkan kepada mereka, tanpa menyedari sama ada juadah maklumat itu haram atau halal untuk dijamah.

Terbaru yang berlaku semalam, entah ‘malaun’ mana, tanpa rasa bersalah menabur fitnah dengan mengubahsuai sekeping gambar yang kononnya memaparkan ‘tweet’ dari Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
pmo jawab
Pada paparan palsu yang diubahsuai itu, ‘malaun’ itu menyebar dakwaan kononnya Najib mengarahkan sekolah ditutup pada hari Isnin dan Selasa kerana jerebu yang bertambah buruk. Gara-gara fitnah itu, terpaksa pula pihak Pejabat Perdana Menteri (PMO) membuat kenyataan di laman Facebook menafikan imej palsu berkenaan.

Timbul persoalan di fikiran penulis, sampai bilakah budaya fitnah akan terus bermaharajalela dan mencemarkan negara kita? Negara kita merupakan sebuah negara Islam dan apakah ciri masyarakat Islam di Malaysia suka mencetus dan menyebarkan fitnah?

Penulis melihat, fitnah semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Ia banyak membabitkan perbuatan fitnah terhadap kepimpinan kerajaan Malaysia sama ada menerusi media barat, blog, Facebook, Twitter, Instagram dan laman-laman sosial lain.

Tidak cukup di internet, mereka turut menyebarkan fitnah tersebut menerusi pelbagai aplikasi telefon pintar seperti Whatsapp, Telegram, WeChat dan sebagainya. Boleh dikatakan setiap hari ia berlaku, bukan? Pantang ada isu, ada saja fitnah yang bakal menyusul…

Pada pandangan penulis, sekiranya ia terus berlaku, maka ia akan menjejaskan moral dan kualiti ahklak masyarakat di negara kita, terutama generasi yang akan datang. Ia akan terus menjadi budaya songsang, seolah-olah budaya berkenaan ‘dihalalkan’ oleh Islam.

Padahal, fitnah sudah ditegaskan tergolong dalam tujuh dosa besar di dalam Islam!

Selain itu, fitnah-fitnah itu akan menjejaskan produktiviti negara kita. Sebagai contoh, fitnah terhadap Perdana Menteri mengenai kes pembunuhan Altantuya sudah pun diperjelas sebelum Najib menjadi Perdana Menteri lagi.

Bukan saja pernah bersumpah di atas nama Allah SWT sebanyak tiga kali di dalam rumah Allah, malah beliau turut disahkan tidak punya sebarang kaitan dengan kes berkenaan oleh mahkamah, mahupun pihak berkuasa yang menyiasat kes tersebut.

Peliknya, pihak pembangkang terus melaung-laungkan fitnah tersebut sambil ‘balaci-balaci’nya yang beragama Islam terus menerus menyambut dan percaya pada fitnah berkenaan walaupun mereka tidak punya sebarang bukti kukuh untuk menuduh sebegitu.

Benarlah bahawa Najib itu manusia biasa yang punya salah dan silap, tidak sempurna dan maksum dirinya seperi Rasulullah SAW. Namun, sekiranya beliau dibuktikan tidak bersalah, mengapa pula harus beliau difitnah?

Mungkin pemimpin DAP tidak percaya atau beriman kepada hukum hakam atau terma pahala dan dosa. Namun sebagai umat Islam, ada pula yang percaya dan tergamak menyebarkan kesesatan akal mereka itu kepada orang lain tanpa rasa berdosa. Wajarkah berbuat begitu selaku umat Islam?

Suka penulis cadangkan di sini, janganlah diikutkan hawa nafsu politik yang menghalalkan sesuatu yang haram. Hanya mereka yang bukan Islam sahaja yang boleh berbuat demikian, dan kita sebagai umat Islam diharamkan sama sekali meniru cara kuffar itu berpolitik.

Lagipun, banyak lagi kerja-kerja penting dan bermanfaat yang harus diberi perhatian oleh para pemimpin kita selain dari melayan fitnah-fitnah bodoh yang tidak berguna itu. Kalau hendak dilayan fitnah setiap hari, tak jadi kerjalah. Kerjanya menjawab fitnah setiap hari. Perlukah diwujudkan Kementerian Jawab Fitnah di Malaysia?

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL